KUALA LUMPUR: Lebih 22,000 laporan kesan advers vaksin COVID-19 diterima melalui respons kendiri di aplikasi MySejahtera sejak 27 Okt lalu.
Jumlah itu bersamaan dengan 0.45 peratus laporan bagi setiap 1,000 dos vaksin yang diberikan, kata Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang.
Daripada jumlah itu, sekurang-kurangnya 1,483 laporan, atau 0.03 peratus daripada setiap 1,000 dos vaksin, dikategorikan sebagai kesan sampingan yang serius.
"Semua kes yang dikategorikan serius akan disiasat secara menyeluruh dan terperinci oleh fasiliti kesihatan.
"Laporan penyiasatan ini kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19 (JFK) untuk menyelia atau (mengesan) hubung kait antara kesan sampingan dan vaksin yang diambil.
"Daripada jumlah kes serius setakat ini, terdapat 519 laporan yang merekodkan kes-kes kematian dalam kalangan penerima COVID-19.
"Namun demikian, selepas penyeliaan dilakukan, tiada kematian yang dikaitkan secara langsung dengan vaksin COVID-19 yang telah diberikan setakat ini," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (Bersatu-Alor Gajah) yang meminta perincian berkenaan langkah-langkah keselamatan yang diambil bagi memastikan vaksin diterima bersesuaian dengan kondisi badan penerima.
Mohd Redzuan juga mahu tahu berkenaan bentuk pampasan yang diterima penerima vaksin sekiranya terdapat kesan sampingan selepas divaksinasi.
Mengulas lanjut, Aaron berkata, setakat 29 Okt, sebanyak 74 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 telah diterima.
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 58 permohonan dalam pertimbangan jawatankuasa, manakala sembilan dalam pertimbangan badan induk bantuan khas tersebut.
"Lima permohonan pula telah ditolak sebab tidak dikategorikan sebagai Adverse Events Following Immunisation (AEFI) dan dua permohonan tiada hubung kait secara langsung dengan penggunaan vaksin.
"Sehingga 29 Okt, masih belum ada permohonan yang diluluskan," ujar beliau.
Hasimi Muhamad
Mon Nov 01 2021
Sehingga 29 Okt lalu, 74 permohonan Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 telah diterima tetapi belum ada yang diluluskan setakat ini. - Gambar hiasan
Pastikan rumah PPR di Sabah tidak disalah guna - Hajiji
PBT di Sarawak telah diarah memantau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan masing-masing bagi memastikan ia tidak disalah guna oleh penerima.
Pembinaan terusan hubung Mekong beri kesan pada Vietnam
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet pada Isnin merasmikan terusan kontroversi yang berpotensi mengurangkan penghantaran melalui pelabuhan-pelabuhan milik negara jirannya, Vietnam. Terusan kontroversi itu menelan belanja 1.7 bilion dolar dan dibiayai oleh syarikat utama milik kerajaan China dikenali China Road and Bridge Corporation.
Dua ditahan seludup ganja guna cadar, mainan kucing
Dua individu ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan ganja dalam bungkusan cadar dan mainan kucing yang dibawa dari Thailand ke United Kingdom (UK) melalui Indonesia.
Australia tingkatkan tahap amaran keganasan
Australia meningkatkan tahap amarannya berkaitan keganasan daripada 'mungkin' kepada 'hampir' pada Isnin, susulan peningkatan pandangan yang menyokong keganasan di negara itu.
Protes Bangladesh: Kumpulan perusuh ceroboh kediaman rasmi Sheikh Hasina
Perusuh di Bangladesh telah membentuk satu protes yang besar dan menceroboh masuk kediaman rasmi Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, selepas dia melepaskan jawatan dan melarikan diri dari negara itu.
PM Bangladesh Hasina mendarat di India
Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina mendarat di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin, selepas beliau melarikan diri dari negaranya berikutan demonstrasi besar-besaran terhadap kerajaannya.
Kapten Batik, Fairuz Ramdan kolaborasi peraga koleksi “Ori-Tsuru”
Dengan sentuhan magis, Kapten Batik dan Fairuz Hamdan mengetengahkan koleksi Ori-Tsuru" bagi menghargai kisah inspirasi seorang gadis Jepun, Sadako Sasaki yang menjadi mangsa serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki.
Rakyat Malaysia di Lubnan perlu lebih berjaga-jaga
Susulan peningkatan ketegangan di antara rejim Zionis Israel dan Tentera Hezbollah yang berlaku di Lubnan, Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Isnin berkata ia sedang memantau rapat situasi tersebut.
Buat masa ini, Kementerian berkata, insiden berbalas serangan yang sedang berlaku di Selatan Lubnan tidak melibatkan atau menjejaskan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Buat masa ini, Kementerian berkata, insiden berbalas serangan yang sedang berlaku di Selatan Lubnan tidak melibatkan atau menjejaskan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Ringgit terus kukuh, naik kepada 4.42 berbanding dolar AS
Ringgit meneruskan momentum kenaikan dari minggu lepas untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin di tengah-tengah kelemahan Indeks Dolar AS.
AMANAH mahu diberi peluang bertanding
Parti AMANAH Kluang mahu diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Sidang Anak Muda K2K buka ruang golongan muda bersuara
Sidang Anak Muda Program Kita-Untuk-Kita (K2K) membuka peluang kepada golongan muda bersuara, mengemukakan pandangan serta mendalami konteks sidang Dewan Rakyat dengan lebih jelas.
Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menumpukan usaha pada mempertingkatkan aset dan kebajikan pasukan keselamatan di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: PN seru kerajaan panggil segera Mesyuarat Khas Dewan Rakyat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, insiden terhadap Ismail merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan, terkutuk lagi terkeji yang wajib dikecam sekeras-kerasnya.
Tempoh perkhidmatan PM 10 tahun perlu dibahaskan di Parlimen - Azalina
Suatu sidang khas Parlimen perlu diadakan di bawah Peraturan 11(3), Peraturan Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk membahaskan pengehadan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri tidak melebihi 10 tahun.
Pertikaian politik: Guna nama penjawat awam boleh jatuhkan reputasi perkhidmatan - Cuepacs
Tindakan sesetengah ahli politik yang sesuka hati menggunakan nama penjawat awam dalam pertikaian politik adalah sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam.
Bulgaria sekali lagi gagal bentuk kerajaan di tengah-tengah kekacauan politik
Ahli politik Bulgaria sekali lagi gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya parlimen pada Jun.
Yang Dipertua Dewan rakyat lawat DUN Semenanjung Malaysia mulai esok
Tan Sri Johari Abdul akan mengadakan lawatan kerja ke DUN di Semenanjung Malaysia mulai esok hingga 13 Ogos sempena Pra-Persidangan Speaker-speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia 2024.
Islam larang baca qunut nazilah kepada sesama Muslim - Mufti
Mufti Terengganu berkata, perbuatan itu mesti ditegah; Mufti Perlis menegaskan, doa yang dipanjatkan kepada Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk.
Titah Diraja sebagai peringatan, wakil rakyat elak pertelingkahan - Pakar
Baginya, ketegasan Sultan Ibrahim, terutamanya dalam pemerintahan, seharusnya dijadikan peringatan buat semua wakil rakyat.
Imuniti Ahli Parlimen semasa berucap, berbahas ada batasnya - Pakar
Wakil rakyat perlu mencerminkan keperibadian terpuji dan perlu mengelak daripada kecenderungan untuk menghasut semasa berucap atau berbahas.