Polis telah mengambil keterangan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, berhubung laporan polis terhadapnya yang dibuat oleh pendakwah antarabangsa dari India, Dr Zakir Naik.
Pegawai polis dari Bukit Aman tiba di Tingkat 52, bangunan Komtar, di sini, jam 8 pagi dan menunggu lebih satu jam sebelum Ramasamy tiba lebih kurang pukul 9.20 pagi.
Selain Ramasamy, polis turut merekodkan keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees.
Keterangan diambil bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Polis sebelum ini memaklumkan akan memanggil lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, untuk dirakam percakapan, susulan laporan polis oleh penceramah bebas itu yang mendakwa mereka memfitnahnya.
BACA: Dr Zakir Naik ke Bukit Aman lagi
Pada 16 Ogos lepas, Zakir membuat laporan polis terhadap Kulasegaran serta Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; Satees, Ramasamy dan bekas duta Malaysia, Datuk Dennis Ignatius kerana didakwa memfitnahnya.
Beliau berkata, fitnah berkenaan dibuat berdasarkan kenyataan dalam ceramahnya di Kota Bharu, 3 Ogos lalu.
BACA: 115 laporan polis diterima, Zakir Naik akan dipanggil beri keterangan - Mazlan
Laporan polis Zakir dibuat di Balai Polis Komuniti Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
Beliau mendakwa, laporan itu dibuat bagi meminta polis menyiasat semua individu berkenaan mengikut Akta Hasutan 1948 atau mana-mana akta berkaitan fitnah yang dibuat terhadapnya.
BACA: Zakir tidak dibenar beri ceramah di semua medium termasuk media sosial - KPN
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 11 2019
Ramasamy (kanan) dan Satees (tengah) diambil keterangan di pejabat Timbalan Ketua Menteri II di Bangunan Komtar, hari ini. Astro AWANI
Biden lupuskan hutang pelahar hampir 55,000 rakyat AS bernilai AS$4.28 bilion
Hampir 55,000 rakyat AS yang bekerja dalam sektor awam akan mendapat pelepasan hutang pelajar yang keseluruhannya bernilai AS$4.28 bilion.
Pemandu rempuh pasar Krismas di Jerman, dua maut
Rempuhan itu menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 60 cedera.
Kerajaan lanjut pengecualian visa untuk rakyat India dan China hingga 2026
Pengecualian visa 30 hari untuk rakyat India dan China dilanjutkan sehingga 2026, sokong sektor pelancongan dan ekonomi menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Syarikat bas diingatkan sediakan pemandu kedua sepanjang musim perayaan
Timbalan Menteri Pengangkutan tegaskan pemandu kedua wajib bagi perjalanan jauh. JPJ diminta pantau keselamatan bagi kurangkan risiko kemalangan musim perayaan.
'Kami harap ada jawapan untuk penantian kami' - Voice 370
Voice 370, persatuan yang mewakili keluarga penumpang dan kru MH370 menyambut baik langkah kerajaan untuk memperbaharui usaha mencari pesawat malang itu dengan Ocean Infinity, melalui konsep ‘No Find, No Fee’.
Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, ia berkata, pihak keluarga turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke di atas komitmen untuk mencari jawapan terhadap misteri kehilangan pesawat tersebut.
Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, ia berkata, pihak keluarga turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke di atas komitmen untuk mencari jawapan terhadap misteri kehilangan pesawat tersebut.
KKM sambut baik langkah BNM kawal selia premium insurans dan takaful perubatan
KKM menyokong langkah BNM mengawal kenaikan premium insurans perubatan untuk kurangkan beban rakyat. Pendekatan holistik dan kerjasama semua pihak dijalankan bagi menjamin akses kesihatan berkualiti.
Tragedi Krismas: Pemandu rempuh pasar krismas di Jerman, dua maut puluhan cedera
Seorang pemandu merempuh kumpulan besar pengunjung di pasar Krismas di bandar Magdeburg, Jerman, pada petang Jumaat, menyebabkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 60 cedera, kata pegawai tempatan.
Volkswagen, Kesatuan Sekerja setuju kurangkan 35,000 pekerjaan di Jerman
Volkswagen pada hari Jumaat mengumumkan perubahan besar kepada operasi di Jerman, termasuk pengurangan lebih daripada 35,000 pekerjaan masa depan dan pengurangan kapasiti yang ketara.
Perdagangan: Trump desak EU tingkat import minyak dan gas atau berdepan tarif
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) untuk meningkatkan pembelian minyak dan gas dari AS atau menghadapi tarif tinggi ke atas eksport EU, termasuk kereta dan barangan mesin.
Pasca Perang Syria: A.S jumpa pemimpin baharu Syria
Diplomat kanan Amerika Syarikat (AS) yang melawat Damsyik pada hari Jumaat telah bertemu dengan pemimpin baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, dalam pertemuan tatap muka pertama sejak penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh kumpulan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) dua minggu lalu.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.