KUALA LUMPUR: Seorang pengurus projek memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita akaun bank Yayasan Akalbudi (YAB) menyebabkan pembayaran Masjid Tuminah Hamidi di Bagan Datuk, Perak kepada pihak kontraktor, tertangguh selama beberapa bulan.
Saksi pembelaan kesembilan, Ramli Ghani berkata demikian ketika prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Ramli, 56, yang bekerja di bawah syarikat Noble Energy Construction Sdn Bhd iaitu kontraktor pembinaan masjid sejak 2008 itu berkata, proses pembinaan masjid dibuat pada Julai 2017, namun ia dihentikan seketika pada pertengahan 2018 kerana siasatan SPRM.
“Selepas mendapat kebenaran daripada Yayasan Al Falah, barulah kerja-kerja pembinaan tersebut diteruskan semula pada awal 2019.
“Pembinaan Masjid Tuminah Hamidi ini sepatutnya selesai pada September 2022 lalu, namun hanya berjaya disiapkan April lalu dan digunakan untuk sambutan Ramadan,” katanya.
Beliau berkata, kos pembinaan masjid itu sebanyak RM38 juta dengan tambahan RM5.7 juta selepas Proses Perubahan Kerja (VO).
Sementara itu, saksi pembelaan ke-10, Pengerusi Masjid Al Aula, Hutan Melintang, Bagan Datuk, Mohd Sani Chik berkata, pembinaan Masjid Al Aula merupakan 100 peratus hasil sumbangan Ahmad Zahid.
Mohd Sani, 74, berkata, Ahmad Zahid bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM400,000 menggunakan cek peribadinya.
Menurutnya, masjid itu siap dibina pada 2004 manakala tiga tahun kemudian, ahli kariah masjid telah memohon supaya satu kawasan tanah kubur bagi masjid tersebut dibuat.
Bagaimanapun beliau berkata, pembinaan tanah kubur itu terbantut kerana terdapat beberapa isu dalaman antaranya kos dan lokasi.
Katanya, Ahmad Zahid memaklumkan kepadanya, 'proceed whatever you have done (teruskan apa sahaja yang telah anda lakukan), saya akan bantu’ selain memberikan sumbangan sebanyak RM200,000.
“Selain itu, Ahmad Zahid turut memberi sumbangan lembu untuk sambutan Aidiladha, pek-pek makanan untuk Ramadan dan RM8,000 untuk kerja pembinaan penambahbaikan pejabat Masjid Al Aula,” katanya ketika membaca pernyataan saksinya.
Ahmad Zahid, 70, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Prosiding di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Selasa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 21 2023
![Kes Zahid Hamidi: Akaun Yayasan Akalbudi disita, bayaran bina masjid tertangguh - Saksi Kes Zahid Hamidi: Akaun Yayasan Akalbudi disita, bayaran bina masjid tertangguh - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692612371_yayasanakalbudi.jpg)
Ahmad Zahid, 70, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Gambar/ Astro AWANI
![Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720088293_HasyimAsyari.jpg)
Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia
DKPP Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.
![Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN
Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilay
BYD buka kilang di Thailand, pertama di Asia Tenggara
Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada gelombang pelaburan bernilai lebih 1.44 bilion dolar Amerika daripada pembuat EV China yang mendirikan kilang di Thailand, dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai.
3,000 kilang pintar dijangka sumbang RM36.8 bilion KDNK
3,000 kilang pintar dengan teknologi 5G dijangka akan menyumbang hampir RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pantau Agenda Reformasi: Sungai Bakap Memilih: Analisis kecenderungan pengundi
Ikuti ulasan Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM, Mujibu Abd Muis mengenai prestasi calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menjeland hari pengundian 6 Julai akan datang.
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
!['Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon 'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720087002_sadiqjamil.jpg)
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
![RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720076038_ZahidHamidi.jpg)
RUU berkaitan pekerja gig dijangka dibentang pada sesi Parlimen Oktober - Ahmad Zahid
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia yang dipengerusikan beliau hari ini.
![PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719301389_AhmadZahidHamidi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Zahid janji bantu Joohari bangunkan Sungai Bakap
TPM berazam akan membantu kawasan Sungai Bakap yang dikategorikan sebagai luar bandar.
![Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718808324_TBNajib.jpg)
Najib gagal dalam permohonan cabar kewujudan titah adendum jalani tahanan di rumah
Mahkamah Tinggi KL tolak permohonan Najib untuk dapatkan kebenaran mulakan semakan kehakiman bagi mencabar kewujudan Titah Adendum.
![BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719735298_TBzahidhamidi.jpg)
BN guna lambang sendiri pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan menggunakan lambang sendiri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) biarpun mengadakan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH).
![TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719671337_TBZahidHamidi.jpg)
TVET diharap sentiasa jadi pilihan utama lanjut pelajaran - Ahmad Zahid
TVET diharapkan sentiasa menjadi pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, terutama dalam kalangan pelajar yang tidak mendapat keputusan baik dalam SPM.
![‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu ‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719659212_umno.jpg)
‘Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli’ - Mohamad Sabu
Bantu UMNO perkuat, kembali kepercayaan ahli - Mohamad Sabu
![Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663745283_TBAZLANRAZALI.jpg)
Institusi TVET bakal terap silibus antirasuah seperti disyorkan SPRM
SPRM akan menyediakan tenaga pengajar Training of Trainers (TOT), dan pensyarah bagi modul-modul teknikal yang berkaitan dengan Akta SPRM 2009.
![Kerajaan buta warna dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid Kerajaan buta warna dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719303558_ZahidHamidi.jpg)
Kerajaan "buta warna" dalam buka peluang untuk rakyat ikuti TVET- Ahmad Zahid
Kerajaan mengambil pendirian 'buta warna' dalam memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengikuti kursus TVET di negara ini.
![UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719265810_AhmadZahidHamidi.jpg)
UiTM berperanan penting lahir golongan profesional, teknokrat Bumiputera - Ahmad Zahid
Usaha itu perlu, memandangkan tidak ada satu bidang profesional dan teknikal yang Bumiputera telah mencapai kadar peratusan berkenaan.
![Jangan berunding ketika parti lemah - Ahmad Zahid Jangan berunding ketika parti lemah - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719119680_ahmadzahid.jpg)
Jangan berunding ketika parti lemah - Ahmad Zahid
Beliau berkata, soal bekerjasama dengan siapa tidak perlu diberi perhatian terlebih dahulu kerana hanya dengan kekuatan pihak lain barulah akan ada perundingan berlaku.