KUALA LUMPUR: Perbicaraan membabitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berhubung dakwaan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur disambung ke 10 April depan.
Sebelum ini, perbicaraan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu dijadual diadakan dari 16 Januari hingga 19 Januari 2023 namun mahkamah pada Isnin menetapkan tarikhnya dijadualkan semula kepada April nanti.
Ketua pendakwa raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan dan pihak pembelaan juga bersetuju mengenai tarikh perbicaraan tambahan untuk perbicaraan dari Jun hingga Ogos.
BACA: Zahid tarik balik rayuan dapatkan rakaman percakapan saksi daripada SPRM
Beliau menyenaraikan tarikh perbicaraan tambahan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak iaitu 12 Jun hingga 15 Jun, 24 Julai hingga 27 Julai, 1 hingga 3 Ogos, 7 hingga 10 Ogos dan 21 hingga 24 Ogos 2023.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah mengambil maklum tarikh perbicaraan tambahan itu dan berkata tarikh perbicaraan yang dijadualkan sebelum ini pada April akan dikekalkan.
Pada 2 November 2022, Mahkamah Tinggi telah menetapkan 21 tarikh bagi perbicaraan tambahan dari Januari hingga Mei (16 hingga 19 Januari, 30 hingga 31 Januari, 7 hingga 9 Februari, 27 hingga 30 Mac, 10 hingga 13 April, dan 15 hingga 18 Mei).
Tarikh itu adalah bagi menggantikan tarikh perbicaraan yang dibatalkan atau dikosongkan pada November 2022.
Bagaimanapun, difahamkan bahawa tarikh perbicaraan dari Januari hingga Mac tahun ini juga telah dikosongkan dan tidak lagi terpakai.
Berikutan sebutan pada Isnin, perbicaraan Zahid akan disambung semula pada 10 April hingga 13 April, 15 Mei hingga 18 Mei, serta tarikh perbicaraan tambahan Jun hingga Ogos.
Kali terakhir kes Zahid dipanggil di Mahkamah Tinggi adalah pada 2 November 2022, apabila perbicaraan ditetapkan untuk diteruskan dengan saksi pembelaan memberi keterangan bagi pihak Zahid.
Begitupun, perbicaraan tidak berlangsung pada 2 November atau tarikh perbicaraan yang selebihnya pada 2022 iaitu 3, 9 dan 10 November kerana saksi sakit dan ketika itu Zahid sedang meneruskan rayuan untuk didengar pada 14 November oleh Mahkamah Rayuan.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Ridauddin Daud
Mon Jan 16 2023
![Kes Yayasan Akalbudi: Prosiding bela diri Zahid Hamidi disambung April Kes Yayasan Akalbudi: Prosiding bela diri Zahid Hamidi disambung April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673168769_ZahidHamidiTimbal.jpg)
Prosiding bela diri kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disambung 10 April depan. - Gambar fail
![Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720343260_TBFranceElection.jpg)
Pusingan penentu pilihan raya Perancis bermula
Perancis kembali ke pusat pengundian pada Ahad bagi pusingan penentu pilihan raya Parlimen.
![Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720347992_TBMaalHijrah.jpg)
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
Uruguay kuburkan hasrat Brazil
Hanya tinggal empat pasukan akan beraksi untuk merebut slot ke final yang dijadual berlangsung pada 14 Julai ini di Stadium Hard Rock, Miami Gardens, Florida.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
![Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720162604_pegawai.jpg)
Representasi pegawai SPRM, Datuk Roy kaji semula tuduhan rasuah ditolak
Jabatan Peguam Negara menolak representasi dikemukakan seorang pegawai SPRM dan Datuk Roy untuk mengkaji semula pertuduhan rasuah.
![Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600 Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719996767_TBCourtHammer.jpg)
Dua anggota polis didakwa peras ugut, minta RM600
Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di ini atas pertuduhan memeras ugut seorang lelaki dengan meminta wang RM600, tiga bulan lepas.
![Mahkamah Tinggi tolak permohonan Badan Peguam semak kehakiman DNAA Ahmad Zahid Mahkamah Tinggi tolak permohonan Badan Peguam semak kehakiman DNAA Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713965887_TBROSMAHCOURT.jpg)
Mahkamah Tinggi tolak permohonan Badan Peguam semak kehakiman DNAA Ahmad Zahid
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Badan Peguam untuk mencabar tindakan Peguam Negaramemberhentikan prosiding terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes Yayasan Akalbudi.
![Pembantu tadbir pejabat tanah mengaku tidak bersalah terima rasuah Pembantu tadbir pejabat tanah mengaku tidak bersalah terima rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719399154_courtgavelmahkam.jpg)
Pembantu tadbir pejabat tanah mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pembantu tadbir Pejabat Daerah dan Tanah hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM7,880.
![Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719394396_courtgavelmahkam.jpg)
Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO
Seorang pengarah syarikat latihan sistem teknologi maklumat didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menggunakan dokumen palsu berhubung kursus penyelenggaraan portal MyIPO.
![PROLINTAS ambil maklum 'warga kerja' ditahan, komited kekalkan integriti PROLINTAS ambil maklum 'warga kerja' ditahan, komited kekalkan integriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719333189_Prolintas.jpg)
PROLINTAS ambil maklum 'warga kerja' ditahan, komited kekalkan integriti
PROLINTAS ambil maklum beberapa warga kerja mereka ditahan reman oleh SPRM bagi membantu siasatan, kekal komited dengan integriti.
![Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717914597_BajuLokap.jpg)
Rasuah: Bekas pengurus bank ditahan SPRM
Seorang bekas pengurus bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
![Rasuah pendaftaran nikah di Thailand: SPRM tak tolak pegawai lebih tinggi terlibat Rasuah pendaftaran nikah di Thailand: SPRM tak tolak pegawai lebih tinggi terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717930656_TANSRIAZAMBAKIjp.jpg)
Rasuah pendaftaran nikah di Thailand: SPRM tak tolak pegawai lebih tinggi terlibat
SPRM tidak menolak kemungkinan penglibatan pegawai lebih tinggi dalam kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
![Pengarah jabatan kerajaan bebas tahanan reman SPRM dengan jaminan Pengarah jabatan kerajaan bebas tahanan reman SPRM dengan jaminan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717914597_BajuLokap.jpg)
Pengarah jabatan kerajaan bebas tahanan reman SPRM dengan jaminan
Pengarah sebuah jabatan kerajaan yang remannya berakhir esok bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit, dibebaskan hari ini.
![Nikah di Thailand: Reman pendaftar perkahwinan disambung 3 hari Nikah di Thailand: Reman pendaftar perkahwinan disambung 3 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717905675_BajuLokap.jpg)
Nikah di Thailand: Reman pendaftar perkahwinan disambung 3 hari
Tempoh reman terhadap tiga lelaki termasuk pendaftar perkahwinan di sebuah jabatan di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari lagi.