Rakyat Malaysia, dan mungkin juga penduduk dunia, menanti dengan penuh debaran tarikh 28 Julai atau Selasa ini untuk mengetahui nasib bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
Tarikh keramat itu bakal dicatat sebagai detik penting dalam sejarah kehakiman Malaysia yang menyaksikan Mahkamah Tinggi memutuskan sama ada Najib, yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-67 pada Khamis lepas, didapati bersalah atau sebaliknya.
Beliau berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.
Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali akan menjadi tumpuan pada Selasa ini kerana beliau bakal menentukan nasib Najib apabila memikul tanggungjawab untuk membuat keputusan dalam kes itu, yang dijangka diumumkan pada kira-kira 10 pagi.
Pada 5 Jun lepas, beliau menetapkan 28 Julai untuk mengumumkan keputusan dalam kes itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di akhir kes pembelaan yang bermula pada 1 Jun.
Pada 11 Nov 2019, hakim itu telah mengarahkan Najib membela diri atas kesemua pertuduhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membukti satu kes prima facie terhadapnya.
Dalam penghakimannya, Mohd Nazlan antara lain memutuskan bahawa Najib telah menggunakan kedudukan atau kuasanya bagi mendapatkan ganjaran dan menggunakan dana SRC sebanyak RM42 juta, yang beliau mempunyai kepentingan, untuk kepentingan peribadi dan manfaat sendiri.
Hakim itu juga memutuskan bahawa tertuduh mempunyai pengaruh yang besar di samping kuasa penuh dalam SRC dan pendakwaan berjaya membuktikan terdapat unsur-unsur pecah amanah oleh Najib yang melibatkan dana syarikat itu.
Bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram, Mohd Nazlan berkata hasil RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah berasal daripada aktiviti haram seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan CBT.
Pada 3 Dis 2019, Najib memberi keterangan sebagai saksi pertama pembelaan untuk menjawab pertuduhan terhadapnya.
Pembelaan memulakan kesnya dengan Najib membaca penyataan saksi setebal 243 muka surat yang menyentuh, antara lain, pelantikan pengarah dana pelaburan negara 1MDB dan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).
Najib, yang juga Menteri Kewangan ketika beliau menyandang jawatan Perdana Menteri, turut berbicara panjang tentang penubuhan 1MDB, peranan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dalam penubuhan TIA yang kemudian dikenali sebagai 1MDB, serta idea di sebalik penubuhan SRC.
Ahli Parlimen Pekan itu juga memberitahu mahkamah bahawa beliau “terkejut” semasa menerima RM42 juta daripada SRC dalam akaun bank peribadinya pada Disember 2014 dan Februari 2015 namun beliau tidak memulangkan wang itu kerana ingin melihat hasil siasatan yang dijalankan pihak berkuasa.
Dalam keterangannya, Najib juga mengaku memasukkan perkataan bersetuju dalam minit mesyuarat di atas sepucuk surat daripada SRC yang meminta persetujuan beliau sebagai Menteri Kewangan bagi pinjaman sebanyak RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Najib berkata beliau memasukkan perkataan itu ke dalam minit mesyuarat untuk perhatiannya sendiri bagi menunjukkan sokongan kepada permohonan pinjaman oleh SRC dan menambah bahawa ketika itu, perkara tersebut adalah isu semasa dan telah menarik perhatiannya, jadi beliau memutuskan untuk memanjangkan sokongan kepada permohonan yang dikemukakan SRC pada 3 Jun 2011.
Bagaimanapun, katanya perkataan bersetuju itu tidak membawa maksud bahawa ia adalah muktamad dan tidak boleh diubah.
Turut memberi keterangan pada peringkat pembelaan ialah dua bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu Tan Sri Dzulkfili Ahmad serta Latheefa Koya dan bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya ad hoc Datuk V. Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan.
Perbicaraan itu bermula pada 3 April 2019 dengan pendakwaan memanggil 57 saksi sebelum menutup kesnya pada 27 Ogos tahun sama.
Semasa perbicaraan, pendakwaan mengemukakan lebih 750 eksibit termasuk dokumen bank berkaitan akaun bank Najib, dokumen transaksi tunai, minit mesyuarat dan perbualan menerusi Blackberry Messenger berhubung transaksi bekas perdana menteri itu.
Saksi yang memberi keterangan termasuk Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan R. Uma Devi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWAP Azian Mohd Noh, bekas anggota lembaga pengarah SRC Tan Sri Ismee Ismail dan Pengarah Bukan Eksekutif SRC Datuk Suboh Md Yassin.
Turut memberi keterangan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, bekas Pengurus Perhubungan AmBank Joanna Yu Ging Ping, bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan pegawai penyiasat Rosli Husain.
Pada mulanya Najib dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 4 Julai 2018 di mana beliau berdepan tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.
Pada 8 Ogos 2018, beliau dihadapkan ke Mahkamah Sesyen sekali lagi dan berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama. Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan kesemua pertuduhan digabung dalam satu perbicaraan.
Bagi pertuduhan CBT, Najib sebagai seorang ejen dan penjawat awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia serta Penasihat Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC), didakwa menyeleweng RM27 juta dan RM5 juta daripada dana sebanyak RM4 bilion milik SRC.
Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Kumpulan AmBank, No 55, Jalan Raja Chulan di sini antara 24 Dis 2014 dan 29 Dis 2014.
Bagi pertuduhan ketiga, Najib didakwa menyeleweng RM10 juta daripada RM4 bilion milik SRC di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015.
Ketiga-tiga pertuduhan adalah di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman maksimum penjara 20 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya, Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, didakwa menggunakan kedudukannya untuk melakukan rasuah membabitkan RM42 juta menerusi penglibatan atau penyertaannya dalam keputusan untuk menyediakan jaminan kerajaan bagi pinjaman yang dipohon daripada KWAP oleh SRC yang berjumlah RM4 bilion.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presinct 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 17 Ogos 2011 dan 8 Feb 2012 mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai rasuah atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa menerima RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta hasil aktiviti haram menerusi Sistem Pemindahan Dana dan Sekuriti Secara Elektronik Tepat Masa (Rentas) ke dalam dua akaun AmIslamic Bank Berhad beliau bernombor 2112022011880 dan 2112022011906.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, AmBank Group Building, No. 55, Jalan Raja Chulan di sini, antara 26 Dis, 2014, dan 10 Feb, 2015.
Pertuduhan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan jika sabit kesalahan, bekas perdana menteri itu berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai hasil haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi, bagi setiap pertuduhan.
Selain tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC, Najib berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan ganjaran sebanyak RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang sama.
Kes itu masih dibicarakan di peringkat pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah.
Najib turut didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara sebelum laporan itu sekali lagi dimuktamad dan dibentang di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy didakwa bersubahat dengan Najib melakukan pindaan itu bagi melindungi beliau daripada diambil tindakan. Kes itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan.
Najib juga berdepan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC dan ia masih di peringkat pengurusan kes di hadapan Mohamed Zaini.
Beliau turut berdepan enam pertuduhan CBT membabitkan RM6.6 bilion bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah berkaitan urusan membabitkan pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) di hadapan Mohd Nazlan. Kes itu belum dibicarakan.
Secara keseluruhan, Najib berdepan 42 pertuduhan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 26 2020
Najib, perdana menteri keenam dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah. -Bernama
Polis mohon bantuan kesan pelajar tingkatan dua dilapor hilang
Polis menerima laporan mengenai kehilangan Qayzikri Hazimi, 14, daripada gurunya pada 5.12 petang.
Bebaskan jiwa daripada amalan rasuah - KP SPRM
Pembanterasan rasuah menjadi agenda yang sangat penting demi masa depan negara, kata Azam.
Niaga AWANI: Greater KL: Tackling red tape, boosting investment for economic growth
CEO, InvestKL, Datuk Muhammad Azmi Zulkifli explores Malaysia's positive economic growth in the first half of 2024, focusing on how it influences foreign direct investments (FDI). Examining InvestKL's alignment with national frameworks like NIMP, HGHV, and NETR, and assesses Malaysia's progress in attracting key investments, particularly in data centers, digital sectors, and semiconductors. Additionally, the discussion delves into InvestKL's recent success in securing RM3.3 billion in investments, the competitive landscape, and the broader impact of these investments on inclusive growth and the well-being of the rakyat.
Langkawi dilanda banjir kilat
Kawasan yang terjejas akibat dinaiki air adalah Kuah, Padang Matsirat, Temonyong dan Kampung Bukit Kembojani.
AWANI Ringkas: Lagi mendapan baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MBSB catat lonjakan 19.5% pendapatan operasi bersih suku kedua 2024
Kumpulan MBSB catat peningkatan kukuh dalam pendapatan operasi bersih daripada RM365 juta pada suku pertama kepada RM436 juta pada suku kedua 2024.
Tiga belas pengunjung taman hiburan 'tersangkut' di udara
Tiga belas pengunjung taman hiburan berjaya dibebaskan selepas terperangkap dalam sebuah permainan di Seaworld, Gold Coast Australia pada selasa apabila ia secara tiba-tiba berhenti.
Pihak taman hiburan memberitahu, kesemua mereka yang berjaya diselamatkan itu 'tersangkut' di udara selama kira-kira 90 minit.
Pihak taman hiburan memberitahu, kesemua mereka yang berjaya diselamatkan itu 'tersangkut' di udara selama kira-kira 90 minit.
Apple lancar iPhone 16 bulan depan
Syarikat pengeluar peranti komunikasi, Apple dijangka memperkenalkan generasi baharu iPhone 16 yang dilengkapi teknologi Kecerdasan Buatan (AI), bulan depan.
Jong Un hadir ujian sistem pelancar roket
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, menghadiri ujian sistem pelancar roket berkaliber 240mm yang ditingkatkan pada Rabu.
Cubaan bunuh, Tuhan lindungi saya - Trump
Calon presiden Parti Republik, Donald Trump berkata beliau percaya Tuhan telah melindunginya semasa cubaan bunuh di salah satu acara kempen di Butler, Pennsylvania, pada bulan Julai lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perjanjian penyelesaian DOJ, Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu berhubung perjanjian penyelesaian di antara Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dengan Low Taek Jho atau Jho Low tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.