Peguam bela kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa 99.9 peratus wang digunakan anak guamnya untuk tujuan kebajikan dan bukan dibelanjakan untuk dirinya sendiri.
Menurut Shafee, sebanyak 13.7 peratus daripada wang itu pula disalurkan untuk kebajikan untuk pertubuhan bukan kerajaan (NG0).
Beliau berkata, 0.1 peratus daripada wang digunakan bagi membaiki kediaman Najib di Jalan Langgak Duta dan Pekan bagi kemudahan orang awam datang ke rumah bekas Perdana Menteri itu.
Shafee berkata demikian ketika rayuan menangguhkan mitigasi dihadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Mohd Nazlan bagaimanapun menolak permohonan penangguhan itu dan meminta pihak pembelaan dan pendakwaan meneruskan mitigasi terhadap Najib.
Ketika ini, mitigasi masih dijalankan oleh pihak pendakwaan sebelum Hakim memutuskan hukuman yang akan dijatuhkan terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.
BACA: LAPOR LANGSUNG Najib bersalah atas tujuh pertuduhan
Najib pada Selasa didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.
Keputusan disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Mahkamah mendapati pasukan pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pasukan pendakwaan bagi tuduhan salah guna kuasa.
Fareez Azman
Tue Jul 28 2020

Mahkamah diberitahu bahawa 99.9 peratus wang digunakan Najib untuk tujuan kebajikan dan bukan dibelanjakan untuk dirinya sendiri. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Representasi mohon maaf dibuat atas cadangan Peguam Negara - Isham Jalil
Cadangan tersebut dibuat kepada peguam Isham beberapa minggu lalu, sebelum beliau bersetuju memandangkan kos guaman yang agak tinggi.

Setahun Najib di penjara: 'Kenapa UMNO tak boleh dapatkan keadilan untuk pemimpin kita?' - Nazifuddin
Mohd Nazifuddin berkat keadilan buat bapanya bagaikan sirna, selain mendakwa apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang zalim dan cukup menyedihkan.

Kes SRC: 99.9 peratus wang diguna untuk kebajikan, bukan dibelanja Najib - Shafee
Sebanyak 13.7 peratus daripada wang itu pula disalurkabn untuk kebajikan untuk pertubuhan bukan kerajaan.