KUALA LUMPUR: Anak lelaki Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin mempersoalkan kenapa sehingga kini UMNO tidak boleh mendapatkan keadilan untuk bapanya, yang telah setahun menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Menurut Mohd Nazifuddin, ahli keluarganya tidak dapat membendung rasa kecewa kerana segala pengorbanan bekas Perdana Menteri itu kepada rakyat dan negara, yang disifatkan seperti mengorbankan nyawanya sendiri seolah-olah tidak dihargai.
Beliau menambah, setahun berlalu tetapi keadilan buat bapanya bagaikan sirna, selain mendakwa apa yang berlaku kepada bekas Presiden UMNO itu sekarang adalah sesuatu yang zalim dan cukup menyedihkan.
"Ayahanda (Najib) masih di belakang tirai besi, masih cuba tersenyum untuk kita semua.
"Jika UMNO hari ini yang mana adalah sebahagian daripada kerajaan dan jaguh orang Melayu, kenapa kita (UMNO) tidak boleh mendapatkan keadilan untuk pemimpin kita sendiri?
"Jika Tun Razak (bekas Perdana Menteri) dipenjarakan hari ini dan bukan DSN (Datuk Seri Najib), adakah kita akan dapat keadilan untuknya?," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
BACA: Setahun Najib di penjara: 'Saya akan terus berjuang dapatkan keadilan' - Nooryana Najwa
Mengulas lanjut, Ketua UMNO Bahagian Langkawi itu berkata ketika Pilihan Raya Ngeri (PRN) baru-baru ini, rakyat mula bersuara bahawa ia bukan sekadar isu ekonomi dan keperluan asas, tetapi mengenai prinsip dan hak asasi manusia.
Mohd Nazifuddin menegaskan, beliau berharap kita (UMNO) tidak terlambat untuk membatalkan ‘kesalahan’ yang telah dilakukan kerana orang yang menjadi juara terbesar ketidakadilan terus berdiam diri.
"...Dan wajar kita bertanya kepada diri kita hari ini, di manakah silapnya kita?" soalnya lagi.
"Hari ini DSN dikurniakan insan baharu dalam keluarga, seorang lagi cucu. Beliau sepatutnya berada di samping keluarga tercinta meraikan kehidupan dan generasi akan datang. Bukan di mana beliau berada hari ini, belakang tirai besi yang kaku," tambah Mohd Nazifuddin.
Dalam pada itu, beliau berkata antara yang diperjuangkan ketika ini adalah untuk memastikan bapanya mendapat perbicaraan yang adil.
"Seperti yang dikatakan oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abdul Rahman Sebli: "Keadilan bukan sahaja mengenai kesalahan atau tidak bersalah orang yang dituduh."
"Ia juga mengenai perbicaraan yang adil. Orang yang dituduh harus merasakan bahawa dia telah menjalani perbicaraan yang adil.
"Jika dia tidak boleh dibicarakan secara adil atas kesalahan yang dia pertuduhkan, dia tidak patut dibicarakan sama sekali. Menafikan tertuduh untuk perbicaraan yang adil adalah satu bentuk ketidakadilan yang serius."
Selain itu, Mohd Nazifuddin mengatakan ramai yang tidak faham isu sebenar kes SRC International Sdn Bhd dan tidak mengikut perbicaraan secara rapi.
Golongan berkenaan, ujar beliau, masih mempunyai persepsi bahawa Najib telah mencuri (dana berjumlah) RM42 juta, dan naratif itu menjadi lebih hangat dengan permainan ‘spin’ ahli-ahli politik yang secara nyata bermusuhan dengan bekas Ahli Parlimen Pekan itu.
"Dengan ulasan mudah oleh seorang Hakim yang menghakimi ayahanda (Najib), di mana RM42 juta adalah bukan hak beliau untuk disedekahkan kepada rakyat. Natijahnya, ayahanda disumbat di belakang tirai besi.
"Duit ini yang bukannya daripada hasil rompakan atau mana-mana sumber yang salah di sisi perundangan, bahkan bukan pula daripada kantung KWAP (Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)) tetapi diberi oleh syarikat-syarikat perniagaan bagi tujuan CSR (tanggungjawab sosial korporat)," dakwa Mohd Nazifuddin.
Pada 23 Ogos tahun lalu, buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama dipenjarakan selama 12 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International.
Hasimi Muhamad
Wed Aug 23 2023
Mohd Nazifuddin berkata keadilan buat bapanya bagaikan sirna, selain mendakwa apa yang berlaku kepada bekas Presiden UMNO itu sekarang adalah sesuatu yang zalim dan cukup menyedihkan. - Foto FB Nazif Najib
Nahas Ayer Keroh: Pemandu bas maut kemalangan dikebumikan
Pemandu bas yang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, lori, treler, MPV dan Perdua Bezza di KIlotere 204 PLUS selamat dikebumikan jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Maju Jaya, Johor Bahru, pada Selasa.
Nahas Ayer Keroh: Keluarga lima maut yakin siasatan polis telus
Bapa kepada Allahyarham Khairul Ikhwan yakin pihak polis akan menjalankan siasatan teliti dan mengumpulkan bukti kemalangan yang mengorbankan anaknya, menantu, cucu dan dua besannya.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Datuk Mazupi Abdul Rahman percaya pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan individu yang didapati bersalah hingga mengakibatkan berlakunya tragedi ngeri itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 24 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel bunuh seorang kanak-kanak Palestin setiap jam di Gaza - UNRWA
"Seorang kanak-kanak dibunuh setiap jam. Ini bukan sekadar angka, ia adalah nyawa yang dipendekkan."
TDM tahan dua warga India cuba seberang Sungai Golok
Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) menahan dua warga India yang cuba menyeberangi Sungai Golok menuju ke Thailand, pada Ahad lepas.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.
Nahas KM204: 'Saya percaya polis kumpul bukti untuk pendakwaan' - Bapa mangsa
Mazupi yakin polis sedang menjalankan siasatan secara telus dan adil berhubung kejadian yang mengorbankan anak, menantu dan besannya.
Menara Eiffel dikosongkan akibat litar pintas pada rel kuasa lif
Masalah teknikal berlaku antara tingkat dua dan puncak menara, lantas mencetuskan penggera kebakaran.
Puak bersenjata Syria setuju bubar, gabung bawah Kementerian Pertahanan
Langkah itu diambil semasa mesyuarat di Damsyik antara ketua pentadbiran baharu Syria Ahmed al-Sharaa dan wakil puak revolusi di negara itu.
Setahun Najib di penjara: 'Kenapa UMNO tak boleh dapatkan keadilan untuk pemimpin kita?' - Nazifuddin
Mohd Nazifuddin berkat keadilan buat bapanya bagaikan sirna, selain mendakwa apa yang berlaku sekarang adalah sesuatu yang zalim dan cukup menyedihkan.