HULU SELANGOR: Seorang wanita antara empat individu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes samun yang menyasarkan golongan wanita di sekitar Rawang dan Hulu Selangor pada 13 dan 15 Mei lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kesemua suspek berusia 28 tahun hingga 47 tahun itu, ditahan susulan laporan daripada seorang wanita yang disamun pada 10 Mei.
Beliau berkata polis turut merampas antaranya dua kenderaan curi yang dipercayai digunakan untuk kegiatan jenayah, dua telefon bimbit, satu set pakaian dan seutas rantai emas.
"Dua suspek mempunyai lebih 20 rekod berkaitan jenayah dan dadah, manakala dua lagi tiada sebarang rekod jenayah. Dua daripada mereka juga positif dadah hasil ujian air kencing.
"Pihak polis juga sedang mencari seorang lagi suspek lelaki yang masih bebas dipercayai rakan jenayah mereka," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, di sini hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati kesemua mereka telah aktif sejak tiga tahun lepas dengan modus operandi menyasarkan golongan wanita di kawasan yang kurang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan kegiatan samun.
Ahmad Faizal berkata kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397A kanun sama kerana samun dan curi kenderaan.
Sementara itu, Ahmad Faizal berkata dua lagi lelaki berusia 36 dan 37 tahun ditahan di sekitar Batu Caves dan Petaling Jaya kerana disyaki terlibat dengan kegiatan samun dengan menyamar sebagai anggota polis.
Beliau berkata penahanan mereka susulan daripada kes samun kedai runcit di Jalan Meranti, Batang Kali menyebabkan kerugian RM17,000 pada 13 Mac lepas.
"Modus operandi mereka menyasarkan kedai runcit untuk melakukan samun dengan menyamar sebagai anggota polis sejak awal tahun ini.
"Polis turut merampas antaranya satu telefon bimbit, sebuah motosikal jenis Kawasaki, satu ves warna hijau dan biru berlogo polis dan dua topi keledar," katanya.
Menurutnya semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, manakala ujian air kencing mereka negatif dadah.
Katanya mereka direman bermula 16 hingga 22 Mei sebelum disambung reman serta dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul berkaitan kes lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2023
![Kes samun: Wanita antara empat ditahan Kes samun: Wanita antara empat ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683198431_Handcuffedwomen.jpg)
Kesemua suspek berusia 28 tahun hingga 47 tahun itu, ditahan susulan laporan daripada seorang wanita yang disamun pada 10 Mei. -Gambar hiasan/freeimages
![Harimau belang mati dilanggar kereta Harimau belang mati dilanggar kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720244791_harimau.jpg)
Harimau belang mati dilanggar kereta
Kejadian sekitar jam 5.45 pagi itu menyebabkan kereta jenis Nissan Juke yang dipandu seorang lelaki mengalami kerosakan di bahagian depan.
![Saya ada maruah... - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga Saya ada maruah... - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238179_BernardChandran.jpg)
"Saya ada maruah..." - Bernard Chandran tak bayar Lady Gaga
Bernard Chandran berkongsi pengalaman ketika penyanyi terkenal antarabangsa, Lady Gaga menggayakan rekaan bajunya.
![EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720239174_tbEnglandGarethSo.jpg)
EURO 2024: England lega UEFA hanya denda Jude Bellingham
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, berpuas hati dengan keputusan UEFA yang tidak menggantung Jude Bellingham.
![Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720243620_lawanarus.jpg)
Lawan arus kerana tak perasan jalan tidak boleh dilalui
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 11.39 pagi.
PRK Sg Bakap: 31.84 peratus sudah mengundi setakat 12 tengah hari – SPR
Sebanyak 31.84 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 12 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
![MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720243130_ZahidHamidi.jpg)
MARA Inc: KKDW cari jalan atasi kerugian agar tidak berulang - Ahmad Zahid
KKDW akan mencari jalan untuk mengatasi kerugian MARA Inc berjumlah RM286.30 juta seperti dilaporkan Laporan Ketua Audit Negara.
[TERKINI] Kerajaan fokus pemulangan aset 1MDB
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya difahamkan bahawa penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
Pola pengundian golongan muda dan warga emas seimbang
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Ramlan Harun memberitahu hasil tinjauan SPR mendapati pola pengundian golongan muda dan warga emas dilihat adalah seimbang.
![YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720236691_tbYouTube.jpg)
YouTube perkenal ciri padam lagu langgar hak cipta tanpa ganggu dialog
Oleh itu ciri Erase Song diperkenalkan dengan bahagian yang mengandungi muzik yang melanggar hak cipta boleh dibisukan.
![Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720243231_tbMasoudPezeshkian.jpg)
Bekas menteri kesihatan Pezeshkian menang pilihan raya presiden Iran
Bekas Menteri Kesihatan Masoud Pezeshkian memenangi pusingan penentuan pilihan raya presiden Iran.
![Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/41437207555_PolisLogo.jpg)
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
![Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715738106_AkhyarRashid.jpg)
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
![Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715203216_OKUMautDisamun.jpg)
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
![Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714701816_AkhyarRashidjpg.jpg)
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
![Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714636719_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
![Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713444999_teksi.jpg)
Pemandu teksi cedera disamun empat penjenayah menyamar sebagai penumpang
Teksi jenis Proton Iswara milik mangsa berusia 72 tahun itu, turut dilarikan kumpulan penyamun tersebut, selain dompet dan barangan peribadi lain.
![Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710230391_HANDCUFF.jpg)
Tiga lelaki ditahan disyaki terlibat samun penuntut IPT
Polis menahan tiga lelaki dipercayai terlibat kejadian samun di kediaman penuntut sebuah institut pengajian tinggi (IPT) di Pagoh, awal pagi semalam.
![Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713156830_kedaiserbaneka.jpg)
Dua lelaki samun kedai serbaneka diburu
Kedua-dua suspek berjaya melarikan wang perniagaan kedai serbaneka berkenaan termasuk barang kemas milik mangsa.
![Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711516964_PerompakMati.jpg)
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
![Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000 Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710805224_tbKessamunemas.jpg)
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.