IPOH: Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada 23 Jun ini sama ada mangsa dalam kes Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh Paul Yong Choo Kiong yang didakwa merogol dan seorang lagi saksi boleh memberi keterangan secara tertutup atau sebaliknya.
Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata mahkamah akan membuat inkuiri terhadap kedua-dua saksi di dalam kes tersebut terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
"Pada 23 Jun iaitu hari pertama sambung bicara, saya akan membuat keputusan sama ada Seksyen 20 Akta Perlindungan Saksi 2009 dan Seksyen 265A Kanun Aturan Jenayah boleh digunakan atau sebaliknya," katanya selepas mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan melalui aplikasi Zoom hari ini.
Hujahan itu mengenai permohonan pendakwaan supaya dua saksi itu memberi keterangan secara tertutup mengikut Akta Perlindungan Saksi 2009.
Pada 6 April lepas, Pengarah Pendakwaan Negeri Perak Datuk Jamil Aripin Jamil memaklumkan bahawa dua saksi itu merupakan peserta Program Perlindungan Saksi di bawah akta berkenaan dan telah menyatakan hasrat mereka untuk memberi keterangan secara tertutup tanpa dilihat tertuduh dan peguam-peguamnya serta enggan identitinya didedahkan.
Terdahulu, peguam Datuk Rajpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan memaklumkan bahawa pihaknya bersetuju bahawa mangsa boleh memberi keterangan secara tertutup tanpa ada orang awam dan tertuduh, namun peguam dibenarkan melihat mangsa dan pemeriksaan balas secara kehadiran fizikal dalam kandang saksi di mahkamah.
"Untuk saksi kedua, pihak kami membantah dan beliau tidak patut untuk dilindung langsung dalam mahkamah untuk memberi keterangan sama ada secara video link mahupun in camera (secara tertutup). Beliau patut jadi sebagai saksi biasa, tidak ada sebab munasabah untuk dilindungi," hujahnya.
Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fitri Sadarudin yang dibantu Liyana Zawani Mohd Radzi dan Ainul Wardah Shahidan berhujah bahawa isu identiti bukan hanya kepada nama tetapi melibatkan banyak aspek termasuk gangguan emosi serta trauma.
Hakim Abdul Wahab juga menetapkan perbicaraan bersambung pada 23 hingga 25 Jun dan 12 hingga 16 Julai. Sebelum ini mahkamah telah mendengar keterangan beberapa orang saksi pendakwaan pada perbicaraan bermula pada 5 April lepas.
Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia di kediamannya di Meru Desa Park antara 8.15 malam dan 9.15 malam pada 7 Julai 2019.
Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen, namun pada 15 Dis 2020 Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan agar kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.
Yong pertama kali didakwa atas pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 Ogos 2019 ketika beliau memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Yong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumahnya yang merupakan warga Indonesia pada 7 Julai 2019. - Gambar fail/ BERNAMA
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
DUN Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 - Ruddy Awah
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijangka dibubarkan pada Ogos 2025 bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Peruntukan RM60,000 ADUN pembangkang Pulau Pinang kekal bagi tahun 2025
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukkan RM60,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang bagi tahun 2024, dan jumlah itu akan dikekalkan tahun 2025, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Rasuah ADUN: Peguam individu terlibat sebar video pernah bertemu SPRM minta perlindungan
Peguam individu terlibat dengan penyebaran video yang didakwa berkaitan isu rasuah melibatkan seorang ADUN pernah mengadakan pertemuan dengan SPRM untuk mendapatkan perlindungan.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.
Woo Kah Leong tawar diri bertanding sebagai calon Ketua DAPSY kebangsaan
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Ketua DAPSY pada pemilihan parti itu yang akan berlangsung pada 17 November ini.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Hamzah Zainudin bertanding Timbalan Presiden Bersatu
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin, disahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu dalam pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Oktober ini.
Penduduk Kampung Kerinting mohon jambatan gantung rentas Sungai Ketil dinaik taraf
Lebih 1,000 penduduk Kampung Kerinting memohon agar jambatan gantung yang digunakan untuk menyeberangi Sungai Ketil dibaik pulih dengan segera.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.