KUALA LUMPUR: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang juga saksi ke-95 memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa siasatan SPRM mendapati proses penukaran wang tunai kepada cek bernilai RM7.5 juta membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah aktiviti 'mencuci duit' dari sumber meragukan.
Mohd Fahmee Mohamad Nor, 39, dalam pemeriksaan semula menjelaskan, siasatan yang dijalankan terhadap pengurup wang, Omar Ali Abdullah, menunjukkan bahawa saksi pendakwaan ke-81 itu tidak mengenali individu yang memberi wang untuk ditukarkan kepada cek.
"Omar Ali mengatakan bahawa beliau tidak mengenali individu yang memberi wang tersebut dan hanya memaklumkan orang itu berpakaian kemas dan ia adalah arahan dari Datuk Seri Zahid," jelasnya kepada Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery On.
Mengikut pertuduhan ke-27, Ahmad Zahid didakwa telah mengarahkan Omar Ali untuk mengubah bagi pihak dirinya wang tunai berjumlah RM7.5 juta melibatkan 35 keping cek.
Kesemua cek tersebut diserahkan kepada Lewis & Co bagi pembelian simpanan tetap di Malayan Banking yang merupakan hasil aktiviti haram.
Ditanya mengenai hasil siasatan wang sumbangan adalah daripada Yayasan Al Bukhary, Mohd Fahmee menjelaskan sepanjang siasatannya tidak menemui resit berkaitan sumbangan yayasan itu.
Timbalan Pendakwa Raya: Secara spesifik, mengapa tiada percakapan diambil Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary atau mana-mana (ahli) dari Yayasan Al-Bukhary?
Saksi: Tidak rakam percakapan dari Tan Sri (Syed Mokhtar) kerana Omar Ali kata, dia tidak kenal orang yang beri duit itu. Dia cuma kata ada orang pakaian kemas dan ia arahan dari Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Pendakwa Raya: Selain keterangan Omar Ali itu, apakah punca atau yang membuatkan anda putuskan untuk tidak pergi dalam untuk siasatan Yayasan Al-Bukhary?
Saksi: Antara punca Omar tidak kenali orang yang beliau terima duit, selain tu Omar siasat cek yang dibuat oleh kawan-kawan untuk masuk ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co.
BACA: Zahid mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan libatkan cek bernilai RM7.5 juta
BACA: Kronologi kes rasuah Zahid Hamidi melibatkan dana Yayasan Akalbudi
Timbalan Pendakwa Raya: Selaku Pegawai Penyiasat, dah ambil keterangan Omar Ali dan pengeluar cek? Lihat secara keseluruhan siasatan anda.
Saksi: Sebagai pegawai penyiasat, saya lihat bahawa ini proses 'mencuci duit' dari sumber-sumber dari akaun.. 'cuci duit' ialah dari sumber meragukan.
Timbalan Pendakwa Raya: Adakah hasil siasatan dapati wang dari Yayasan Al Bukhary?
Saksi: Tidak.
Timbalan Pendakwa Raya: Adakah selepas Omar Ali bagi keterangan, anda dihubungi orang dari Yayasan Al Bukhary?
Saksi: Tidak.
Timbalan Pendakwa Raya: Sepanjang siasatan, ada mana-mana saksi beritahu sumbangan dari Yayasan Al Bukhary?
Saksi: Tidak sepanjang siasatan, tidak ada jumpa resit dari Yayasan Al Bukhary.
Terdahulu, ditanya Datuk Ahmad Zaidi Zainal dari pasukan pembelaan dalam pemeriksaan balas, Mohd Fahmee tidak menjawab soalan sama ada dia mengetahui Omar Ali memberi keterangan bahawa sumber wang tersebut adalah derma dari Yayasan Al Bukhary.
Dia turut bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa intipati pertuduhan pengubahan wang haram adalah daripada mana sumber wang tersebut.
Malah beliau juga bersetuju dengan cadangan Ahmad Zaidi bahawa Yayasan Al Bukhary adalah sebuah yayasan yang besar dan kukuh.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan diteruskan dengan saksi ke-96 memberi keterangan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Fareez Azman
Tue Mar 09 2021
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Foto Bernama
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Bung Moktar, isteri diperintah bela diri tiga tuduhan rasuah
Bung Moktar Radin dan Zizie Izette diperintah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.
Keputusan rayuan kes rasuah Bung Moktar, isteri diketahui esok
Mahkamah Rayuan akan membuat keputusan berhubung rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Bung Moktar dan isterinya Zizie Izette daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta, esok.
Pembantu penguasa kastam dituduh terima RM900, lepaskan ubat penumpang di KLIA
Seorang Pembantu Penguasa JKDM mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, atas pertuduhan menerima ganjaran berjumlah RM900 bagi melepaskan ubatan penumpang warga Bangladesh.
Tiada aduan dakwa ADUN bincang rasuah ratusan ribu ringgit - Azam Baki
Tiada sebarang aduan diterima berkaitan rakaman audio didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membincangkan rasuah bernilai ratusan ribu ringgit setakat ini.
Aktivis politik, 2 lagi ditahan kes minta, terima rasuah daripada pendakwah selebriti
SPRM telah menahan reman tiga individu termasuk seorang aktivis politik kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
Dua pegawai pejabat pendidikan direman bantu siasatan kes rasuah
Suspek lelaki dan wanita itu ditahan pada 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.
Pendakwaan bantah soalan tiada kaitan kes rasuah Lim Guan Eng
Pihak pendakwaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng membantah soalan yang dikemukakan pasukan pembelaan.
Kontraktor Bangladesh ditahan atur kemasukan pekerja asing, mengaku tidak bersalah terima rasuah
Alif Khan, 35, yang bekerja sebagai kontraktor membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.
Mahkamah Rayuan tangguh keputusan rayuan bekas KSU KKLW, anak
Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan berhubung rayuan bekas KSU KKLW Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anak lelakinya terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi pertuduhan rasuah.