SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Bekas Pengarah UKSB Harry Lee Vui Khun memaklumkan perkara itu semasa pemeriksaan balas peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Ahmad Zahid ketika dirujuk buku faraid tersebut.
Buku faraid UKSB yang juga dikenali sebagai Buku 555 di dalam perbicaraan kes Ahmad Zahid, adalah lejar yang mencatatkan bayaran yang dibuat oleh syarikat itu kepada beberapa individu antara 2014 dan 2018.
Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah Lee boleh mengesahkan bahawa "KJ" yang dinyatakan di dalam lejar tersebut adalah Khairy Jamaluddin, saksi itu menjawab, "Itu saya tidak pasti."
Ahmad Zaidi: "Saya rasa anda kenal Wan Quoris (Pengarah UKSB Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) yang pernah bekerja dengan KJ sebelum ini?"
Lee: "Saya tidak begitu pasti beliau bekerja dengan KJ sebelum ini. Tetapi saya tahu beliau (Wan Quoris Shah) kata beliau sangat mengenali KJ."
Dalam prosiding sebelum ini, Lee dalam pernyataan saksinya berkata bahawa beliau membawa masuk Wan Quoris Shah sebagai pengarah dalam UKSB pada Mei 2013 kerana lelaki itu adalah ahli UMNO dan syarikatnya memerlukan kelebihan inidividu tersebut bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan Ahmad Zahid yang ketika itu Menteri Dalam Negeri.
Saksi itu juga tidak dapat menjawab soalan Ahmad Zaidi ketika ditanya mengenai pembayaran kepada individu dicatat dengan perkataan "bomoh" di dalam buku sama.
Selain catatan KJ dan bomoh, antara catatan lain yang tertera di dalam buku tersebut adalah KPU (ketua pengarah), FM (Menteri Luar), SUB (Setiausaha Bahagian) dan AK (Akbar Khan).
Saksi pendakwaan ke-15 itu juga bersetuju dengan cadangan Ahmad Zaidi bahawa bayaran yang dibuat kepada menteri dan ahli politik yang dicatatkan dalam buku tersebut adalah sumbangan politik.
Lee turut mengesahkan bahawa sumber kewangan yang dibayar kepada individu-individu di dalam buku faraid tersebut diperoleh daripada sub kontraktornya di Hong Kong (syarikat itu dilantik UKSB bagi menguruskan Sistem Visa Luar Negara (VLN) bagi pihak mereka) dan sumber dana tersebut tidak pernah dimasukkan ke dalam akaun UKSB.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmatan pusat sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Beliau didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung 30 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Ahmad Zahid hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bagi perbicaraan berhubung kes rasuah berkaitan Sistem Visa Negara (VLN). - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Lima hilang selepas perahu lumba karam
Wartawan AWANI Borneo, Fadillah Sulaiman bawakan laporan terkini insiden perahu lumba karam dan tenggelam berhampiran kawasan perindustrian Bintawa.
Kematian Yahya Sinwar tidak sesekali patahkan semangat Hamas
Kematian itu dilihat bakal mempupuk semangat yang menebal dalam kalangan mereka untuk terus memperjuangkan agenda pembebasan Palestin yang merdeka sekali gus menamatkan agenda kekejaman rejim Zionis
Pesara ATM bebas tuduhan rasuah
Mahkamah Sesyen melepaskan dan membebaskan seorang pesara ATM daripada lima pertuduhan rasuah berhubung pelantikan sebuah syarikat secara rundingan terus.
Saksi dakwa Lim akan beri projek terowong jika atur MoU dengan syarikat China
Pengarah ZCSB mendakwa Lim akan memberinya Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang secara rundingan terus, jika beliau dapat mengaturkan MoU dengan sebuah syarikat dari China.
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura disabitkan 5 pertuduhan, hukuman 3 Oktober
Bekas menteri pengangkutan Singapura, S. Iswaran disabitkan dengan lima pertuduhan selepas mengaku bersalah berikutan pindaan yang dikemukakan pendakwa raya pada hari pertama perbicaraannya.
Pengarah urusan, pengurus besar syarikat konsesi pengiklanan direman lima hari
Seorang pengarah urusan dan pengurus besar sebuah syarikat konsesi pengiklanan di Shah Alam, Selangor direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan rasuah.
Hukuman ke atas Donald Trump ditangguh sehingga selepas pilihan raya
Hakim Juan Merchan menetapkan hukuman akan dijalankan tepat tiga minggu selepas pilihan raya pada 5 November.
Kes rasuah: Bekas SU Politik Hamzah Zainudin akan kemuka representasi
Kes dihadapi bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin itu membabitkan dakwaan rasuah berkaitan tender perkhidmatan penyelenggaraan dan pembekalan alatan PDRM.
Bicara kes rasuah anak Hamzah Zainudin bermula Mac 2025
Perbicaraan kes rasuah anak Hamzah Zainudin, Muhammad Faisal Hamzah akan bermula 24 Mac tahun depan.
Bekas ahli MAIDAM, isteri mengaku terima rasuah, kemuka tuntutan palsu agihan zakat
Seorang bekas ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) bersama isterinya didenda atas pertuduhan menerima rasuah wang tunai dan mengemukakan tuntutan palsu berhubung agihan zakat.
SPRM kesan seorang lelaki bagi bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Ada transaksi kemasukan wang RM49,000 ke akaun peribadi Wan Saiful - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu terdapat transaksi kemasukan wang berjumlah RM49,000 ke dalam akaun bank persendirian Wan Saiful dua tahun lepas.