KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perundangan membabitkan dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya.
Peguam Amer Hamzah Arshad mewakili Wan Saiful memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob bahawa pihaknya menyerahkan surat tersebut melalui e-mel pada 2 Mei lepas.
"Kami mahu pihak pendakwaan meneliti isu yang dibangkitkan dalam surat tersebut. Pihak pembelaan mengambil langkah yang sepatutnya kerana ia membabitkan pertuduhan yang akan dibicarakan di mahkamah," katanya pada pengurusan kes hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Muhammad Ali berkata pihaknya menerima surat berkenaan pada 3 Mei dan sedang mempertimbang isu yang dibangkitkan.
"Surat tersebut akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan dan kami akan memberi maklum balas mengenai perkara tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat itu diterima," katanya.
Selain itu, Siti Amirah berkata pihaknya masih belum memperoleh beberapa dokumen daripada pihak bank berkaitan perbicaraan untuk diserahkan kepada pasukan pembelaan.
"Sehubungan itu, kami mohon tarikh pengurusan kes lain ditetapkan untuk pihak kami memaklumkan perkembangan mengenai surat tersebut selain menyerahkan dokumen berkenaan dan pernyataan saksi kepada pihak pembelaan," katanya.
Rozina kemudian berkata sebarang isu dalam kes itu sepatutnya diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sejak kes berkenaan bermula dan tarikh perbicaraan sepatutnya boleh ditetapkan hari ini.
"Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 22 Mei untuk pihak-pihak memaklumkan mengenai perkembangan surat tersebut dan penyerahan dokumen serta pernyataan saksi kepada pihak pembelaan," katanya.
Sementara itu, Amer Hamzah ketika ditemui pemberita berkata dalam surat tersebut pihaknya membangkitkan bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya tidak menepati Seksyen 152, 153 dan 154 Kanun Prosedur Jenayah.
Wan Saiful, 47, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek "Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur" daripada Kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta.
Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek itu.
Beliau didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di sini antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Wan Saiful menghantar surat kepada SPRM berhubung isu perundangan membabitkan dua pertuduhan rasuah yang dihadapinya. - Gambar/ Bernama
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Wan Saiful dedah perbualan WhatsApp, gambar didakwa ‘ejen’ pujuk sokong PM
Wan Saiful mendedahkan butiran perbualan WhatsApp dengan individu yang didakwa ejen atau orang tengah, bagi menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu sokong PM: Wan Saiful dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
Azalina bangkit memaklumkan Wan Saiful pada 21 Mac telah menyatakan bahawa pertuduhan kes mahkamah terhadapnya boleh dibatal dan digugurkan.
Bicara kes rasuah, pengubahan wang haram Wan Saiful ditangguh ke 24 Jun
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa ditangguhkan ke 24 Jun.
Isteri Wan Saiful kritikal hidap kanser usus tahap empat
Keadaan isterinya kini kritikal kerana kanser telah merebak ke beberapa organ yang lain.
Kes rasuah Wan Saiful: Surat pelawaan tender turut dihantar kepada Nepturis - Saksi
Surat pelawaan tender bagi Projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur dihantar kepada tiga syarikat kontraktor termasuk Nepturis.
Wan Saiful kecam ugutan bunuh diterima Teresa Kok
Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengecam tindakan ugutan pembunuhan yang diterima oleh Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Wan Saiful sendiri minta 'habuan', jumpa saya dan MP Gua Musang - Zulkafperi
Beliau mendakwa Wan Saiful turut berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan berhubung peruntukan yang diterima.
Tiga Ahli Parlimen PN berdepan hukuman berat - Speaker Dewan Rakyat
Johari beri peringatan semua isu politik mesti dibahaskan, didebatkan dan dipertarungkan di pentas luar, bukan di Dewan Rakyat.
Parlimen: Wan Saiful dedah MP Gua Musang, Tanjong Karang jadi 'ejen pemujuk' kerajaan
Beliau mendedahkan individu itu sebagai Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi.