SHAH ALAM: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sejak hari pertama dituduh menerima suapan berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN), bekas Timbalan Perdana Menteri itu yakin bahawa beliau tidak pernah melakukan perkara tersebut.
Presiden UMNO itu berkata, keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sekali gus membetulkan tanggapan salah atau 'hukuman yang dijatuhkan' oleh pandangan umum terhadapnya sepanjang perbicaraan rasuah berhubung sistem VLN berlangsung.
Ahmad Zahid juga menambah, beliau yakin keputusan yang dibuat hari ini telah diteliti oleh hakim melalui perundangan yang adil.
"Tentunya saya berasa bahawa apa juga telah dipertuduhkan, saya harus reda dengan ujian yang telah ditimpa ke atas saya.
"Namun saya istiqamah dan amat yakin bahawa pertuduhan-pertuduhan itu tidak pernah saya lakukan dan saya amat yakin selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, bahawa ini adalah kejayaan perjuangan BN dan UMNO," katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah, di sini pada Jumaat.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan membebas dan melepaskan Ahmad Zahid selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie bagi kesemua 40 tuduhan terhadap beliau.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa beliau telah dimalukan dengan pelbagai tuduhan sebelum mahkamah membuat keputusan hari ini.
"Saya telah diaibkan, saya telah dimalukan, malah saya telah ditelanjangkan dengan pelbagai tanggapan.
"Saya telah dihukum terlebih dahulu oleh 'the court of public opinion' tetapi alhamdulillah hari ini menyaksikan segalanya dan perundangan telah ditegakkan demi kebenaran. Saya sekali lagi bersyukur," tambah Ahmad Zahid.
Dalam masa yang sama, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak pembelaan yang mewakili, Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh kerana melakukan tugas dengan cemerlang.
Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 tuduhan menerima suapan SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu, bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta, RM3 juta, 15,000 Swiss Franc dan AS$15,000 daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan tugas rasmi beliau ketika itu.
Hasimi Muhamad
Fri Sep 23 2022

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. - Astro AWANI/ShahirOmar

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kes rasuah VLN: 'Saya diaib, ditelanjang oleh pandangan umum' - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menambah, beliau yakin keputusan yang dibuat hari ini telah diteliti oleh hakim melalui perundangan.