KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek tenaga solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak ditangguhkan buat kali ketiga setelah status MySejahteranya masih menunjukkan beliau mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menangguhkan perbicaraan kes itu selepas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan mengenai status MySejahtera Rosmah yang masih jingga.
"Saya dimaklumkan oleh rakan saya bahawa anak guam mereka masih tidak dapat hadir ke mahkamah kerana statusnya (MySejahtera jingga). Saya berada dalam situasi yang sangat sukar kerana saya sudah mencadangkan kepada mahkamah mengenai kemungkinan mengadakan perbicaraan secara hibrid.
"Saya juga mencadangkan bahawa kami akan memudahkan Rosmah memberikan keterangan dari rumahnya, dengan kehadiran dua timbalan pendakwa raya dan peguam bela boleh menemaninya dengan pegawai mahkamah turut hadir," kata Sri Ram.
Peguam Datuk Jagjit Singh yang mewakili Rosmah mengesahkan status Rosmah MySejahtera masih tidak berubah sehingga hari ini dan beliau memohon maaf atas perkara itu.
"Perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 23 Dis dan saya memberi jaminan anak guam saya akan dapat hadir. Saya lebih suka prosiding dijalankan seperti biasa dengan semua pihak hadir secara fizikal di mahkamah," kata Jagjit.
Bagaimanapun, hakim berkata beliau akan mengambil kira cadangan Sri Ram untuk prosiding perbicaraan secara hibrid bagi memastikan kesinambungan perbicaraan tanpa gangguan lagi.
"Saya akan meneliti peruntukan berkaitan dan jika ia boleh dilakukan, saya akan memaklumkan kepada semua pihak terlebih dahulu dan itu dengan andaian status tertuduh kekal kecuali biru. Jika statusnya kembali biru, semuanya baik dan tidak perlu menyusahkan diri kita untuk sebarang peruntukan lain.
"Saya perlu membuat ketetapan kerana kita tidak boleh berterusan seperti ini, perbicaraan perlu berakhir," kata hakim.
Mahkamah kemudian menetapkan dua tarikh perbicaraan tambahan iaitu 23, 24 Dis dan enam hari lagi, pada 10, 11, 12, 13 dan 14 Jan serta 4 Feb tahun depan bagi perbicaraan itu.
Pada 8 dan 10 Dis, hakim menangguhkan perbicaraan kes Rosmah kerana prosedur operasi standard (SOP) kompleks mahkamah hanya membenarkan orang yang berstatus biru MySejahtera boleh memasuki bangunan dan tidak membenarkan mereka yang mempunyai kontak rapat atau kasual (dengan kes COVID-19) masuk ke dalam premis.
Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan projek bernilai RM1.25 bilion untuk membekalkan tenaga hibrid solar kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 13 2021

Datin Seri Rosmah Mansor menunggu di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi menghadiri perbicaraan kes projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Mahdzir tulis surat kepada Najib
Melalui surat Mahdzir yang dihantar kepada Najib, Mahdzir mengajukan memohon kelulusan Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu untuk mengecualikan dokumen tertentu.