KUALA LUMPUR: Pendakwaan dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi di sini hari ini menyifatkan bahawa kes terhadap Presiden UMNO itu adalah sama seperti kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd.
Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong berkata ini kerana kedua-dua tertuduh gagal menentukan sama ada wang yang mereka terima sebagai 'sumbangan' adalah dari sumber yang sah atau sebaliknya.
Beliau turut membacakan sebahagian penghakiman dalam kes Najib yang menyaksikan bekas Perdana Menteri itu didapati bersalah atas pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International.
Katanya Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali telah memutuskan bahawa sukar untuk dipercayai bahawa Najib tidak tahu atau tidak mengesyaki bahawa wang yang didepositkan ke dalam akaun banknya adalah hasil aktiviti haram.
Harris Ong berkata pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Ahmad Zahid turut berkongsi fakta yang sama dengan kes Najib, contohnya berhubung pemindahan berjuta-juta ringgit daripada akaun Yayasan Akalbudi (YAB) ke akaun pemegang amanahnya iaitu Tetuan Lewis & Co.
Beliau berkata tertuduh juga tidak pernah mengadu mengenai tindakan pengurup wang Omar Ali Abdullah yang menukarkan sejumlah RM7,511,250.20 kepada 35 keping cek.
Semalam, Harris Ong berhujah bahawa Omar Ali sebagai ejen, telah menerima arahan daripada Ahmad Zahid untuk menukarkan wang terbabit dalam bentuk cek dan selepas itu, menyerahkan cek terbabit kepada Tetuan Lewis & Co.
Beliau juga berkata Ahmad Zahid mempunyai kuasa untuk mengurus dan memanfaatkan wang terbabit dengan membeli saham serta beberapa banglo di Country Height Kajang, Selangor.
"Yang Arif, tindakan membeli banglo terbabit tidak ada kena-mengena dengan amal jariah seperti yang didakwa oleh pembelaan.
"Tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa wang terbabit telah dibelanjakan untuk tujuan amal kecuali demi kepentingan tertuduh," katanya ketika menyangkal hujah pembelaan berkaitan 27 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Ahmad Zahid di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.
Menyentuh penglibatan firma guaman yang digunakan untuk 'mengubah wang' terbabit, Timbalan Pendakwa Raya itu berkata ia adalah isu yang serius dan tidak hanya berlaku di negara ini.
Harris Ong berkata pendakwaan telah mengemukakan bukti boleh dipercayai bagi setiap elemen dalam pertuduhan pengubahan wang haram yang tidak goyah meskipun ketika soalan balas.
"Keterangan secara langsung, berdasarkan keadaan persekitaran dan berdokumen yang dikemukakan dalam perbicaraan kes ini mewajarkan tertuduh diperintah membela diri atas semua pertuduhan pengubahan wang haram," katanya.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB.
Pendakwaan akan menyambung hujahnya pada 11 Okt ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah jenayah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB. - Gambar fail
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Payung pantai lebih cantik dan tersusun di Telok Kemang bermula 16 Disember
MPPD menyediakan 33 plot perniagaan payung pantai baharu itu menggantikan khemah biru yang mencemarkan pandangan di kawasan Pantai Telok Kemang.
Mansuh peperiksaan di sekolah untuk kurangkan tekanan murid - Fadhlina
Keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan pembelajaran berorientasikan peperiksaan bertujuan mengurangkan tekanan murid sekolah.
Sidang Parlimen: Dasar tempoh kuarters kerajaan akan dikaji semula
Kerajaan sedang menilai cadangan dasar baharu berkaitan tempoh menduduki kuarters kerajaan untuk memastikan pengurusan lebih sistematik, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Dalam jawapan di Dewan Rakyat yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, beliau menyatakan bahawa Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) sedang meneliti cadangan memperkenalkan dasar tempoh penghuni, termasuk kemungkinan pelaksanaan dasar exit policy.
Sidang Parlimen: Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan
Kerajaan merancang melanjutkan tempoh pelaksanaan skim MySalam selama dua tahun lagi, menjadikannya empat tahun dari tempoh asal, menurut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Beliau berkata langkah ini bertujuan memperluaskan perlindungan sosial bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang memerlukan.
Sidang Parlimen: KPKM teliti pembekalan pertanian secara persaingan terbuka
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang meneliti cadangan bagi pelaksanaan pembekalan dan penghantaran input pertanian bersubsidi secara persaingan terbuka.
[TERKINI] Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku
Seorang pastor didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan membunuhseterusnya menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku tiga tahun lalu.
Kerajaan kawal had pengambilan pekerja asing
Kerajaan sentiasa memastikan pengurusan pengambilan pekerja asing yang seimbang dengan keperluan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Malaysia kini mempunyai 17.2 juta tenaga kerja aktif, dengan had maksimum pekerja asing ditetapkan pada 2.58 juta orang.
Google Gemini bakal bawa ciri iOS ke Android
Pembangun bebas melakukan apa sahaja pada notifikasi yang dipaparkan, seperti meletakkan butang jeda, butang henti, butang merakam, akses pantas membalas mesej, dan pelbagai lagi.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Timbalan Menteri PETRA, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata angka ini meningkat berbanding tahun 2023, yang mencatatkan 464,076 akaun dipotong dengan tunggakan sebanyak RM945,435,794.07.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.
NADMA jalin kerjasama dengan NCEMA UAE - TPM Ahmad Zahid
pengalaman emiriah arab bersatu (uae) dalam menangani cabaran bencana dan krisis agak kompleks berbanding bencana yang kerap berlaku di malaysia seperti banjir, tanah runtuh dan jerebu akibat kemarau
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan rasmi ke UAE bermula 13 Nov
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 13 hingga 19 November ini.
Kos bina baharu rumah PPRS dinaikkan - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan menaikkan peruntukan bagi membina rumah baharu di bawah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Bangunan Semarak20: Pengerusi, CEO Felcra Berhad diarah beri penjelasan kepada PAC
Ahmad Zahid akan mengarahkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, memberi penjelasan kepada PAC berhubung prestasi penjualan bangunan Komersial Semarak20.