IPOH: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menumpukan usaha pada menangani isu kandungan palsu di media sosial berikutan peningkatan ketara bilangan kes tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata sebanyak 35 kes disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada Januari tahun ini sahaja, berbanding 48 kes sepanjang tahun lepas.
"Dari tahun 2020 sehingga Januari tahun ini, kes yang disiasat adalah sebanyak 444 dan kita boleh nampak memang ada peningkatan sejak awal tahun ini, jadi mengikut trend itu, sepanjang tahun ini kemungkinan 350 kes disiasat.
"Saya harap rakyat Malaysia lebih celik digital dan jangan membuat kenyataan palsu dan kandungan tidak sesuai. Bagaimana mengawal berita palsu dan ucapan kebencian itu adalah fokus KKD, kami akan menumpukan isu ini supaya memastikan kestabilan dan keharmonian masyarakat tidak terancam," katanya kepada pemberita semasa sesi walkabout di Medan di Medan Selera Stadium Perak, di sini hari ini.
Teo berkata agensi di bawah KKD termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan dipertanggungjawabkan untuk memastikan maklumat yang disebarkan adalah tepat dan segera membuat penafian sekiranya terdapat penyebaran berita palsu.
"Pada masa sama kami melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan bekerjasama dengan penyedia platform media sosial supaya membantu mengeluarkan kandungan-kandungan yang tidak betul.
"Apabila kami mendapati ada berita palsu atau ucapan kebencian kami memang akan memaklumkan penyedia media sosial untuk meminta kerjasama mereka supaya ia tidak viral dan menyebarkan informasi tidak betul.
"Paling penting ucapan kebencian itu tidak boleh ada platform atau peluang dalam media sosial kerana akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara," katanya.
Sementara itu, beliau berkata peruntukan RM10 juta bagi geran pengoperasian untuk memperkukuh peranan Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) dalam Belanjawan 2023 dapat menambah baik peranan pusat itu.
Ia sekali gus membantu menyekat pengaliran keluar wang mangsa penipuan dalam talian dengan lebih efektif, katanya.
Katanya NSRC bertindak sebagai pusat respons setempat yang menggabungkan sumber dan kepakaran daripada Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), CyberSecurity Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM), MCMC, institusi perbankan serta syarikat telekomunikasi bagi menerima laporan daripada mangsa penipuan dalam talian.
"Yang paling penting ialah kami hendak menyekat aliran wang itu daripada ke luar negara kerana kebanyakan mangsa yang berputih mata apabila tidak mendapat semula wang simpanan mereka, jadi sekiranya kes berlaku dalam tempoh 24 jam dan institusi bank mendapat maklumat, mereka boleh membuat sekatan terhadap duit tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
![Kes meningkat, KKD tumpu usaha tangani kandungan palsu di media sosial Kes meningkat, KKD tumpu usaha tangani kandungan palsu di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677400294_TBTEONIE.jpg)
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata sebanyak 35 kes disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada Januari tahun ini sahaja, berbanding 48 kes sepanjang tahun lepas. - Foto BERNAMA
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kes meningkat, KKD tumpu usaha tangani kandungan palsu di media sosial Kes meningkat, KKD tumpu usaha tangani kandungan palsu di media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61677400294_TBTEONIE.jpg)
Kes meningkat, KKD tumpu usaha tangani kandungan palsu di media sosial
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menumpukan usaha pada menangani isu kandungan palsu di media sosial berikutan peningkatan ketara bilangan kes tahun ini.