Tidak mungkin wujud ketidakwarasan sementara kerana konteks kesementaraan itu tidak dapat dinilai, demikian pandangan peribadi seorang pakar psikologi.
Prof Madya Dr Mariani Md Nor dari Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya merujuk kepada kes melibatkan pelajar UiTM, Nursyuhada Johari yang maut disyaki dikelar seorang tukang masak yang dikatakan teman lelakinya, Selasa lalu.
“Kita tidak tahu latar belakang kes ini, jadi kita tidak dapat menilai apa yang berlaku sebenarnya. Namun, pada saya, ia tidak boleh dikatakan sebagai ketidakwarasan sementara atau konteks kesementaraan itu kerana ia juga boleh berlanjutan,” kata Dr Mariani.
Menurutnya, keadaan kesihatan mental yang tidak stabil berserta obses cinta itu boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar keadaan normalnya.
“Kita lihat pada aspek kesementaraannya di situ. Kalau kesihatan mentalnya terjejas, saya kira, dia tidak akan menjadi seorang tukang masak kerana tugas itu perlu menggunakan peralatan membahayakan – api, pisau, sudu, garfu - semua ini boleh membunuh dan mencederakan orang lain.
"Jadi perkara ini boleh berlaku hasil daripada desakan naluri. Puncanya ialah obses cinta itu,” tambah Mariani.
Obses cinta ialah apabila seseorang itu mempunyai perasan atau semangat kekitaan yang tinggi berserta perasaan punyai hak milik yang menebal terhadap seseorang.
Perasaan yang kuat ini mendorong seseorang itu untuk berbuat apa sahaja termasuk mencederakan orang yang dikasihi ataupun orang lain bagi memastikan cintanya eksklusif.
Antara tanda individu itu obses cinta ialah apabila wujudnya perasaan cemburu buta yang berlainan atau melampau sehinggakan pasangan itu tidak dibenarkan berhubung dengan orang lain atau berkenalan dengan sesiapa sahaja di laman sosial.
Tanda kedua ialah apabila individu itu seorang yang panas baran yang selalunya tersentap apabila berlaku perkara yang mencuit perasaan apabila dikaitkan dengan orang yang disayangi.
Mariani juga berkata bahawa ahli keluarga terdekat memainkan peranan yang penting dalam melindungi dan memastikan kesejahteraan mental ahli keluarganya.
Ibu dan bapa adalah akar umbi kepada kesihatan mental yang optimum. Keluarga yang berkomunikasi dengan sihat dan berhemat antara satu sama lain dapat membantu dalam menjana mental yang sihat dan seterusnya menjamin kesejahteraan masyarakat sekeliling.
“Didikan agama dan moral yang kukuh yang membantu dalam menjamin batas-batas sosial kerana apabila seseorang itu berada berdua-duaan sahaja tanpa sesiapa di sekeliling - ditambah pula dengan keadaan mental yang kurang baik, ditambah dengan obses cinta yang keterlaluan, dan tanpa nasihat daripada orang yang dipercayainya - maka kekerasan dan keganasan akan berlaku,” kata Mariani.
Masyarakat sekeliling juga memainkan peranan yang sama penting dengan tidak cepat menghukum mereka yang mempunyai gangguan mental.
Masyarakat kini sering melabel mereka yang mencari pertolongan kaunseling serta pakar psikologi dengan perkataan-perkataan yang tidak sesuai seperti 'gila' atau pun 'bermasalah' juga mengeruhkan lagi keadaan emosi dan mental mereka yang terjejas.
Apabila ditanya mengenai tahap kesihatan mental rakyat Malaysia secara keseluruhannya, Mariani berkata perlu adanya pemantauan kerana terdapatnya peningkatan kes-kes jenayah melibatkan ahli keluarga di Malaysia.
“Keadaan kesihatan mental rakyat Malaysia ini perlu dikawal kerana saya lihat dari semasa ke semasa keadaan jenayah semakin bertambah.
"Keadaan jenayah ini juga banyak berlaku dalam kalangan keluarga di mana sebelum ini jarang-jarang berlaku," katanya lagi.
"Jadi, kalau keharmonian dalam satu unit keluarga itu dijaga oleh ibu bapa, adik beradik dan sebagainya, melalui komunikasi yang berkesan saya pasti satu Malaysia dengan jutaan unit keluarga di sini boleh berakhir dengan perkara yang positif daripada apa yang berlaku,“ ujar Mariani
Nursyuhada, pelajar tahun satu UiTM, maut dikelar suspek di tepi Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Gantang, dekat Taiping.
Linawati Adnan
Fri Feb 06 2015
keadaan kesihatan mental yang tidak stabil berserta obses cinta itu boleh menyebabkan seseorang itu bertindak di luar keadaan normal. -Gambar fail
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Kaunseling bantu ibu miliki tiga anak autistik kawal emosi
Kehidupan itu dijalani oleh guru tadika Dalilah Diyana Sazali yang mempunyai tiga anak autistik berusia lima hingga 11 tahun.
Kepimpinan wanita dalam industri siber boleh dipertingkat melalui integrasi emosi
Anita berkata, sebagai peneraju dalam bidang yang didominasi lelaki, kaum hawa harus menggunakan emosi mereka secara positif.
Pasca banjir: Kanak-kanak perlu sokongan emosi, psikologi - Pakar
Sokongan psikologi dan emosi terhadap golongan ini amat diperlukan terutama ketika fasa pasca banjir.
Kita banyak berhutang dengan anak-anak. Lakukan perubahan sebelum terlambat
Anak-anak yang setiap hari menjadi korban daripada betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi.
Kerap peluk anak jika mahukan dia sihat, kuat dan bijak
Kita harus usaha untuk peluk anak sekurangnya 20 saat sehari. Itulah paling kurang jika kita mahu anak sihat, kuat dan bijak.
Wanita perlu positif hadapi fasa menopaus
Golongan wanita yang mengalami peralihan menopaus akan melalui perubahan fizikal, mental, emosi dan kesihatan.
Ambil iktibar daripada Selesema Sepanyol, jangan abaikan aspek emosi anak - Dr Zulkifli
Kesan buruk terhadap generasi yang membesar ketika pandemik 1918 itu harus dipelajari supaya tidak berulang dan menimpa anak-anak kita.
Program Lambaian Rindu Baitullah fokus emosi, mental bakal jemaah haji - Zulkifli
Selepas dua tahun turut-turut Arab Saudi menutup sempadannya kepada kemasukan dari luar berikutan penularan pandemik COVID-19.
Hari Kebahagiaan Antarabangsa 2021: Bagaimana kita boleh bantu antara satu sama lain?
Selain daripada kembimbangan dijangkiti wabak berkenaan, ada juga yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
Masa terbaik calon SPM, SVM bertenang uruskan emosi
Tempoh ini dapat membugarkan semula semangat pelajar agar lebih bermotivasi menghadapi detik peperiksaan tidak berapa lama lagi.