KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus perhubungan AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah meragui ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low adalah penasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ketika itu pengerusi Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Joanna Yu Ging Ping, 52, berkata Jho Low memperkenalkan dirinya sebagai penasihat kepada Najib dan pihak atasan pengurusan 1MDB yang lain juga merujuk Jho Low sebagai 'bos'.
"Semua pertemuan kami dengan 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi (ketika itu ketua pegawai eksekutif 1MDB), Nik Faisal Ariff Kamil, (ketika itu ketua pegawai pelaburan 1MDB) dan Terence Geh (ketika itu timbalan ketua kewangan 1MDB pegawai) merujuk Jho Low sebagai 'bos' dan Datuk Seri Najib sebagai 'bos besar'.
"Beliau (Jho Low) sangat berperanan dalam urusan mereka mengenai 1MDB dan bagi saya, saya percaya beliau adalah penasihat kepada Datuk Seri Najib.
"Bagaimanapun, saya tidak melihat Datuk Seri Najib di pejabat 1MDB, tetapi saya telah melihat Jho Low. Saya percaya apabila Shahrol Azral dan Nik Faisal bercakap tentang urusan, mereka selalu merujuk semula kepada Jho Low. Jadi, saya tidak meragui Jho Low mewakili Datuk Seri Najib," katanya sambil menambah bahawa beliau telah diperkenalkan Jho Low pada 2007.
Yu berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada perbicaraan Najib dalam kes penyelewengan RM2.3 bilion daripada dana 1MDB.
Semasa ditanya Ahmad Akram sama ada terdapat mana-mana individu yang memberitahunya bahawa Jho Low bukan penasihat Najib, Yu menjawab tiada.
Saksi pendakwaan ke-41 itu berkata satu lagi komunikasi oleh Jho Low yang membuatkan beliau yakin ahli perniagaan itu mewakili Najib ialah mesej melalui BlackBerry Messenger (BBM) berhubung isu kad kredit AmBank bekas perdana menteri itu.
"Saya tidak mempunyai sebab untuk meraguinya (Jho Low), apabila beliau berkata (dalam mesej BBM) bahawa cek telah ditulis, apabila berkata kad kredit tidak boleh digunakan, ada transaksi ditolak, dan apabila berkata ada masuk dana ke akaun Datuk Seri Najib, saya tidak sangsi beliau mewakili Datuk Seri (Najib) apabila beliau berkomunikasi dengan saya.
"Saya tidak meragui Jho Low berhubung dengan Datuk Seri Najib, terutamanya mengenai kad kredit di Itali bahawa bank itu menolak transaksi tertentu, saya berasa amat terkilan kerana menolak transaksi kad kredit PM. Yang itu saya bimbang akan ada kesan dan saya percaya Jho Low berkomunikasi dengan Datuk Seri (Najib) dan beliau (Low) menerima arahan," kata Yu.
Ditanya sebab beliau menghubungi Jho Low berhubung akaun Najib dan tidak menyemak secara peribadi dengan Najib, Yu menjawab: "Ini juga kerana Najib adalah Perdana Menteri Malaysia. Saya tidak fikir saya akan pergi atau menghubungi pejabatnya, itu bukan peringkat saya."
Sementara itu, menjelaskan bagaimana akaun Najib sentiasa ditambah setiap kali pengeluaran berlebihan, Yu berkata akaun itu menerima dana di kaunter daripada dua individu dikenali sebagai Kee Kok Thiam dan Josie.
Ahmad Akram: Adakah mereka orang Arab?
Yu: Tidak. Setahu saya, mereka (Kee dan Josie) adalah orang Cina Malaysia.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram.
Bagi pertuduhan rasuah, Najib didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014, manakala pertuduhan pengubahan wang haram didakwa dilakukan di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 27 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023
Joanna Yu Ging Ping berkata Jho Low (foto) memperkenalkan dirinya sebagai penasihat kepada Najib dan pihak atasan pengurusan 1MDB yang lain juga merujuk Jho Low sebagai 'bos'. - Gambar fail
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.
Tiga maut terkena tembakan polis ketika pegawai buat "tinjauan" di masjid bersejarah di India
Polis berkata "tinjauan" dilakukan atas perintah mahkamah selepas seorang peguam mendakwa masjid itu dibina di atas tapak peninggalan Hindu.
Badan Peguam Malaysia buka pusat mediasi di Bar Auditorium, Tanjong Mas
Mohamad Ezri berkata Pusat Mediasi Kelantan akan mengendalikan sesi mediasi dengan pilihan kaedah penyelesaian pertikaian sedia ada.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Kerajaan Australia batal cadangan undang-undang kawal maklumat salah
Kerajaan Australia secara rasmi menolak cadangan undang-undang yang akan mewajibkan syarikat media sosial untuk mengawal maklumat salah dan palsu di platform mereka.
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.