Polis akan memanggil beberapa lagi individu termasuk ahli politik bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cabul oleh bekas pegawai penyelidik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis setakat ini telah merakamkan lapan percakapan saksi.

“Setakat ini kita telah merakam percakapan lapan saksi dan akan memanggil beberapa lagi individu termasuk ahli politik untuk membantu melengkapkan siasatan,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

BACA: Yusoff Rawther beri keterangan lebih tujuh jam di Bukit Aman


Media sebelum inj melaporkan Muhammed Yusoff Rawther membuat laporan polis susulan dakwaan dicabul oleh Presiden PKR itu pada 2 Oktober tahun lepas.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Anwar, yang mendakwa sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson pada tarikh berkenaan.