RAUB: Seorang wanita warga Pakistan dihadapkan di Mahkamah Sesyen Raub di sini hari ini berkaitan kes tular seorang kanak-kanak yang didakwa hampir menjadi mangsa culik.
Jika sabit kesalahan, tertuduh, Bibi Nasihat, 42 tahun, boleh didakwa mengikut Seksyen 350 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan dan dihukum di bawah Seksyen 352 Kanun Keseksaan.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, kertas pertuduhan tidak dapat dibaca di hadapan Hakim Ahmad Faizadh Yahaya berikutan ketiadaan jurubahasa dan tertuduh tidak memahami Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya S Punitha mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM7,000 dengan dua penjamin warganegara.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi merayu agar anak guamnya diberi ikat jamin pada kadar minima.
Menurutnya, tertuduh yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak berusia 12 tahun baharu sebulan tiba di negara ini.
"Tertuduh tidak bekerja, datang ke negara ini kerana mengikut suaminya yang telah menetap di sini sejak tahun 2013. Suami tertuduh bekerja di sebuah kedai perabot dengan pendapatan RM1,600 sebulan.
"Kami mohon agar wang jaminan dapat dikurangkan dengan mengambil kira latar belakang tertuduh, selain turut mengalami kesukaran untuk mendapatkan dua penjamin warganegara.
"Kami juga bersedia mencadangkan tertuduh dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.
BACA: Dakwaan culik di Genting Highlands, dua wanita asing ditahan
BACA: Tular video cubaan culik kanak-kanak: Polis hubungi pemilik akaun TikTok
Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Ahmad Faizadh membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin pemastautin tetap, dengan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 1 Nov ini bagi mendapatkan jurubahasa Pakistan dan fakta serta hukuman.
Isnin lalu, satu video berdurasi satu minit 20 saat melalui akaun TikTok milik @alfitry_azmi52 menjadi tular selepas dimuat naik di Facebook 'Daily Traffic Report'.
Menerusi video itu, seorang kanak-kanak didakwa hampir menjadi mangsa culik seorang wanita warga asing di Genting Highlands.
Susulan itu, pihak keselamatan Genting Highlands membuat laporan polis pada Isnin lalu.
Norfarhiza Mohd Atar
Thu Sep 29 2022
![Kes culik di Genting Highlands, wanita warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah Kes culik di Genting Highlands, wanita warga Pakistan dihadapkan ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71664424828_KesculikdiGenting.jpg)
Bibi Nasihat (kelubung putih) dihadapkan di Mahkamah Sesyen Raub susulan kes tular seorang kanak-kanak dikatakan hampir menjadi mangsa culik di Genting Highlands. - Foto Astro AWANI
Elak lawat kawasan panas dadah di Narathiwat
Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelak daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat yang dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
IPT perlu amal konsep kongsi ilmu, kepakaran - Zambry
Institusi pendidikan tinggi (IPT) negara ini perlu mengamalkan konsep perkongsian ilmu serta kepakaran bagi menghasilkan sesuatu yang lebih hebat.
![Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual' Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739489999_AhmedAboulGheit.jpg)
Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
![Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739489692_IsraelPalestinians.jpg)
Hamas akan bebaskan tawanan seperti dipersetujui jika Israel patuh gencatan senjata
Hamas berkata ia akan membebaskan tawanan Israel seperti yang dirancang di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
![Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739268222_keslemas.jpg)
Remaja lemas di taman rekreasi Jalan Batang Kali-Genting Highlands
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting Highlands, Selangor, tengah hari tadi.
![Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737121676_tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong
Akses ke pusat peranginan itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas.
![Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737121676_tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.
![Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Genting Highlands Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735984344_TBPDRM.jpg)
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Genting Highlands
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang di Genting Highlands, Bentong, sejak Selasa lepas.
![Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734938918_kemalangan.jpg)
Lelaki maut nahas dua kenderaan di Genting Highlands
Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua kenderaan jenis Toyota Corolla Altis dan Cam Placer-X.
![Perbandaran Rimbawan tawar kehidupan moden dalam kehijauan Genting Highlands Perbandaran Rimbawan tawar kehidupan moden dalam kehijauan Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734499032_LBSBinaGroupGent.jpg)
Perbandaran Rimbawan tawar kehidupan moden dalam kehijauan Genting Highlands
Bandar yang berkeluasan 315 ekar ini turut dibangunkan dengan menggunakan pendekatan Miyawaki Method untuk meningkatkan biodiversiti dan mempercepatkan proses regenerasi semula jadi.
![Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730820584_TBZAIHAMKUANTAN.jpg)
Tujuh lelaki tular bergaduh di kasino sudah ditahan, dituduh di mahkamah
Polis mengesahkan enam lelaki tempatan dan seorang warga asing yang terbabit dalam pergaduhan di sebuah kasino di Genting Highlands telah ditahan serta dituduh di mahkamah.
![Pokok tumbang hempap lima kenderaan di Genting Highlands Pokok tumbang hempap lima kenderaan di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726587508_Limakenderaandihem.jpg)
Pokok tumbang hempap lima kenderaan di Genting Highlands
Lima kereta rosak dihempap pokok tumbang di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah hotel di Genting Highlands, petang tadi.
![Tukang kebun buat laporan palsu disamun Tukang kebun buat laporan palsu disamun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41725115142_PDRM.jpg)
Tukang kebun buat laporan palsu disamun
Polis mengesan satu laporan palsu dibuat seorang tukang kebun yang mendakwa dirinya disamun oleh tiga lelaki di Genting Highlands, semalam.
![Syarikat bas didakwa berkaitan kemalangan di Genting Highlands Syarikat bas didakwa berkaitan kemalangan di Genting Highlands](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719719805_baspersiaran.jpg)
Syarikat bas didakwa berkaitan kemalangan di Genting Highlands
Pengarah, M Kumar, 50, yang mewakili syarikat M Kumar Trans Tour Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar.