KOTA BHARU: Bilangan kes COVID-19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata meskipun jangkaan awal akan berlaku kenaikan kes, namun sebaliknya berlaku dan jumlah kes masih pada dua digit.
Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keberkesanan Pelan Pemulihan COVID-19 yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti penekanan kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan program vaksinasi termasuk dos penggalak.
"Syukur kerana kita sudah masuk fasa peralihan ke endemik dan bilangan kes tidak banyak walaupun di peringkat awal kita menjangkakan dengan migrasi ramai rakyat dari negeri yang kes COVID-19 tinggi ke sini, maka akan berlaku kenaikan.
"Kita bersyukur kerana sehingga hari ini iaitu seminggu sebelum dan seminggu selepas Aidilfitri kes masih tidak menunjukkan peningkatan dan masih kekal di dua digit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Hari Raya Bersama Media di pejabatnya di Kota Darul Naim, di sini hari ini.
Katanya meskipun terdapat kes baharu, jumlahnya tidak tinggi malah kemasukan ke hospital juga berkurangan termasuk kes serius yang membawa kepada kematian.
"Bagi saya vaksin amat berkesan bagi mencegah COVID-19 daripada menjadi semakin buruk dan ia satu kejayaan besar kepada usaha kerajaan," katanya.
Sementara itu mengulas mengenai kadar vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak dan dos penggalak yang agak rendah di negeri ini, Dr Izani berkata jumlah kes yang semakin berkurangan mungkin menyebabkan sebahagian penduduk menangguhkan vaksinasi.
"Kemungkinan ada penduduk yang merasakan kita sudah berjaya mendapat imuniti kelompok sehingga tidak perlu lagi mendapatkan vaksin," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata meskipun jangkaan awal akan berlaku kenaikan kes, namun sebaliknya berlaku dan jumlah kes masih pada dua digit. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor sehingga semalam
Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Sabtu lepas hingga semalam.

Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus
Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus pada Minggu Epidemologi ke-23 (ME 23/2023) iaitu bagi tempoh 4 Jun hingga 10 Jun kepada 3,814 kes berbanding 4,523 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut
Jepun mencatatkan 233,100 kes harian COVID-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.

Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani
Bilangan kes COVID-19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVID-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini.

Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron
Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.

COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.

Kes jangkitan COVID-19 kanak-kanak di Sabah tinggi, libatkan 33 bayi - Masidi
Kes jangkitan COVID-19 hari ini direkodkan tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Sabah iaitu 518 kes dengan 33 kes daripadanya melibatkan bayi.

Malaysia rekod trend penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34
Malaysia merekodkan trend penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini apabila mencatat penurunan kes sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34.

COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumultif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.