KUALA LUMPUR: Sejumlah 7,509 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam 24 jam yang lalu iaitu sedikit peningkatan berbanding semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.
Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: covidnow.moh.gov.my
Pada Jumaat, sejumlah 7,420 kes baharu COVID-19 dilaporkan.
Sementara itu, dalam kenyataan media hariannya, Dr Noor Hisham berkata, daripada 7,509 jangkitan baharu, 7,493 merupakan penularan tempatan sementara baki16 kes merupakan kes import.
"Daripada 7,509 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 116 kes (1.5 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5 dan 7,393 kes (98.5 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2," katanya.
Selain itu, beliau turut memaklumkan 9,531 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini.
Dalam pada itu, 695 kes kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 347 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Pada masa sama, beliau memalumkan sejumlah sembilan kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 702 kluster masih aktif.
Astro Awani
Sat Oct 16 2021

Pertambahan 7,509 kes baharu COVID-19 hari ini menjadikan kumulatif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes. - Foto BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

COVID-19: 28,825 kes jangkitan baharu, 238 di ICU
Jangkitan harian melibatkan 28,734 kes tempatan dan selebihnya 91 kes import.

COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumultif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.

COVID-19: 12,434 kes baharu dilaporkan di seluruh negara hari ini
Sarawak kekal mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,967 kes harian baharu, diikuti Selangor (1,362) dan Johor (1,289).

COVID-19: Malaysia rekod kes positif, kematian tertinggi dalam sehari
Angka kes baharu COVID-19 hari ini 24,599 kes yang merupakan jumlah kes harian tertinggi negara.

Isu doktor kontrak: 'Lanjutan kontrak untuk beri masa pinda Akta Pencen' - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham menggesa golongan petugas kesihatan untuk tidak meninggalkan tanggungjawab dan menyertai demonstrasi berkaitan isu doktor kontrak.

Dr Mohamed Sapian dilantik Pengarah Kesihatan Sarawak
Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Mohamed Sapian Mohamed dilantik sebagai pengarah baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berkuat kuasa 14 Jun 2021.

NPRA Malaysia lulus pendaftaran bersyarat Ravidasvir, rawat Hepatitis C
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Malaysia meluluskan pendaftaran secara bersyarat produk ravidasvir sebagai rawatan virus hepatitis C (HCV) yang selamat dan berkesan.

Tempoh kuarantin pengembara tiba dari India melalui misi kemanusiaan, penerbangan repatriasi dilanjut
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, ia dilanjutkan susulan tujuh daripada 132 penumpang telah dikesan positif

COVID-19: Malaysia catat 1,063 kes baharu, terendah tahun ini
Malaysia merekodkan kes baharu terendah untuk tahun ini iaitu 1,063 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes kini sebanyak 326,034 kes.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.