SYDNEY: Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.
New South Wales (NSW) merekodkan 30,402 kes baharu pada Rabu, berbanding 10,689 kes pada Selasa.
Negeri itu juga mencatat lima kematian sementara 1,016 pesakit menerima rawatan di hospital dengan 36 orang ditempatkan di unit rawatan rapi.
Menurut Kementerian Kesihatan peningkatan jumlah kes baharu itu disebabkan isu pemprosesan data.
Selain itu, kementerian turut memberi amaran agar bersiap sedia menghadapi gelombang baharu COVID-19, dengan kemungkinan peningkatan kes dua kali ganda pada pertengahan April.
Victoria turut mencatatkan angka tertinggi selama lima minggu berturut-turut, dengan 9,426 kes direkodkan pada Rabu, meningkat daripada 7,460 sehari sebelumnya.
Pengerusi Biostatistik dan Epidemiologi di Universiti Australia Selatan, Adrian Esterman berkata kajian awal menunjukkan subvarian Omicron BA.2 mempunyai kadar kebolehjangkitan 40 peratus berbanding varian sebelum ini.
Persatuan Perubatan Australia (AMA) menggesa kerajaan negeri dan persekutuan untuk meningkatkan sistem kesihatan bagi menghadapi gelombang COVID seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022
New South Wales (NSW) merekodkan 30,402 kes baharu pada Rabu, berbanding 10,689 kes pada Selasa. - Gambar fail/REUTERS
AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman yang melibatkan dakwaan titah tambahan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut. #AWANInews
MCMC turun 8,756 kandungan berkaitan buli siber tahun lepas - Teo
MCMC menurunkan sebanyak 8,756 kandungan berkaitan buli siber sepanjang tahun lepas.
USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. #AWANInews
PLKN 3.0 bermula dengan lancar - Khaled Nordin
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, yang bermula hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan, telah disediakan pada tahap terbaik, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. #AWANInews
Isu halal: siasat pihak guna logo halal pada sandwich ada unsur babi - Dr. Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan 'ham dan cheese' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM). #AWANInews
Kertas SPM didakwa bocor: KPM ada SOP pengurusan peperiksaan
Pihak KPM komited memastikan SOP berkenaan dipatuhi semua pihak terlibat sepanjang peperiksaan berlangsung.
MASwings: Rundingan selesai, tandatangan SPA Februari - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata rundingan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings selesai dimuktamadkan.
Tiga nelayan hilang ketika merawai ditemukan selamat di Indonesia
Tiga nelayan yang dikhuatiri hilang setelah menjalankan aktiviti merawai dekat Pulau Payar ditemukan selamat dan berada di Indonesia.
Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun dilancar selewat-lewatnya Februari
Perdana Menteri dijangka melancarkan Projek Penanaman Padi Lima Musim Dua Tahun yang telah diumumkan pada Belanjawan 2025, selewat-lewatnya Februari ini.
AWANI Ringkas: Lebih 8,000 calon ditawarkan ke MRSM sesi 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor sehingga semalam
Empat kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Johor yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Sabtu lepas hingga semalam.
Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus
Jumlah kes COVID-19 menurun 15.7 peratus pada Minggu Epidemologi ke-23 (ME 23/2023) iaitu bagi tempoh 4 Jun hingga 10 Jun kepada 3,814 kes berbanding 4,523 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod dua hari berturut-turut
Jepun mencatatkan 233,100 kes harian COVID-19 pada Khamis memecah rekod baharu untuk hari kedua berturut-turut yang turut menyaksikan peningkatan pengunaan katil di hospital.
Kes COVID-19 di Kelantan tidak meningkat meskipun ramai perantau pulang - Dr Izani
Bilangan kes COVID-19 di Kelantan tidak menunjukkan peningkatan meskipun dengan kepulangan begitu ramai perantau menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.
KKM jangka kes COVID-19 akan meningkat selepas Aidilfitri - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan kes penularan COVID-19 akan meningkat pada perayaan Aidilfitri ini.
Kes COVID-19 melonjak di Australia akibat subvarian Omicron
Kes jangkitan harian COVID-19 di beberapa negeri di Australia menyaksikan peningkatan mendadak susulan subvarian BA.2 Omicron, lapor Xinhua.
COVID-19: Kes libatkan kanak-kanak semakin banyak di Labuan
Kes COVID-19 melibatkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun semakin meningkat di Labuan.
Kes jangkitan COVID-19 kanak-kanak di Sabah tinggi, libatkan 33 bayi - Masidi
Kes jangkitan COVID-19 hari ini direkodkan tinggi dalam kalangan kanak-kanak di Sabah iaitu 518 kes dengan 33 kes daripadanya melibatkan bayi.
Malaysia rekod trend penurunan kes COVID-19 sejak Minggu Epidemiologi ke-34
Malaysia merekodkan trend penurunan kes COVID-19 sejak kebelakangan ini apabila mencatat penurunan kes sejak Minggu Epidemiologi (ME) ke-34.
COVID-19: 7,509 jangkitan baharu, 9,531 kes sembuh dilaporkan
Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumultif kes ketika ini adalah 2,384,542 kes.