Mon Jan 13 2025
AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman yang melibatkan dakwaan titah tambahan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut. #AWANInews
Gempa Bumi Bermagnitud 6.9 Landa Miyazaki: Rakaman CCTV Dedahkan Detik Kejadian
Rakaman yang diperoleh daripada Reuters ini adalah visual kamera pengawasan di bandar Miyazaki, yang menunjukkan detik-detik berlakunya gempa bumi bermagnitud 6.9 yang melanda bandar tersebut pada 13 Januari 2025. #AWANInews
Angka korban di Los Angeles meningkat kepada 24
Angka korban akibat kebakaran hutan yang dahsyat di California, Amerika Syarikat (AS), meningkat kepada 24 orang pada Ahad. #AWANI745 #AWANInews
Sandwich 'ham dan keju' dijual di UM sah tiada sijil halal - Jakim
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia. #AWANInews
AGC usul larangan dalam kes Titah Tambahan Najib
Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan akan memohon perintah larangan (gag order) berkaitan semakan kehakiman yang melibatkan dakwaan titah tambahan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak. Permohonan ini bertujuan mengawal penyebaran maklumat berkaitan kes tersebut. #AWANInews
USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan ‘menyembunyikan’ kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman. #AWANInews
PLKN 3.0 bermula dengan lancar - Khaled Nordin
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, yang bermula hari ini selepas tujuh tahun dimansuhkan, telah disediakan pada tahap terbaik, menurut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. #AWANInews
Isu halal: siasat pihak guna logo halal pada sandwich ada unsur babi - Dr. Akmal
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan serta mengambil tindakan terhadap pihak yang terbabit susulan penemuan produk makanan 'ham dan cheese' yang status halalnya diragui dijual di sebuah kedai serbaneka di Universiti Malaya (UM). #AWANInews
Brazil umum Indonesia sertai BRICS sebagai anggota penuh
Kementerian Luar Brazil pada Isnin dalam satu kenyataan menjelaskan penyertaan Indonesia secara rasmi dalam BRICS sebagai anggota penuh, menjadikan kumpulan ekonomi pesat membangun itu sebagai anggota keenamnya. #AWANInews
Luruan monsun kuat bermula 9 Jan, hujan lebat berterusan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan, berdasar kepada analisis terhadap model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun kuat dijangka masuki rantau negara bermula 9 hingga 13 Januari ini. #AWANInews
Memahami penularan virus HMPV dan risiko di Malaysia
Pakar Kesihatan Awam, Dr Farhan Rusli berkongsi pandangan dan analisis mengenai penularan virus hMPV serta risiko di Malaysia. #AWANInews
Titah Adendum: Shafee baca surat daripada Sultan Pahang sahkan perintah tambahan wujud
Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membacakan surat daripada Sultan Pahang yang juga bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang mengesahkan kewujudan perintah tambahan tahanan dalam rumah bagi bekas Perdana Menteri itu. #AWANInews
Drama cetus fenomena labuh tirai malam ini
Setelah 35 episod bersiaran, drama fenomena yang berjaya menggegarkan Malaysia hingga ke Indonesia, Andai Tiada Dia, bakal melabuhkan tirainya pada malam ini. #AWANInews
Rosmah lepas, bebas 17 tuduhan ubah wang haram, elak cukai
Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). #AWANInews
Wan Saiful tidak kelirukan dewan rakyat - Parlimen
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesahkan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengenai tawaran untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengelirukan Dewan Rakyat. Keputusan ini dibuat selepas jawatankuasa yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bermesyuarat pada 6 dan 10 September lalu. #AWANInews
Kesalahan merokok: Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
Menteri Luar, Mohamad Hasan mohon maaf dan akan membayar kompaun atas kesalahan merokok di sebuah restoran seperti yang tular dalam media sosial. #AWANInews