Wed Dec 18 2024
Wan Saiful tidak kelirukan dewan rakyat - Parlimen
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesahkan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengenai tawaran untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengelirukan Dewan Rakyat. Keputusan ini dibuat selepas jawatankuasa yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bermesyuarat pada 6 dan 10 September lalu. #AWANInews
Wan Saiful tidak kelirukan dewan rakyat - Parlimen
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengesahkan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengenai tawaran untuk menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengelirukan Dewan Rakyat. Keputusan ini dibuat selepas jawatankuasa yang dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, bermesyuarat pada 6 dan 10 September lalu. #AWANInews
Kesalahan merokok: Tok Mat mohon maaf, akan bayar kompaun
Menteri Luar, Mohamad Hasan mohon maaf dan akan membayar kompaun atas kesalahan merokok di sebuah restoran seperti yang tular dalam media sosial. #AWANInews
Pasca perang Syria: Kubur besar dedah kekejaman rejim Assad
Tapak kubur besar-besaran di Syria telah mendedahkan skala kematian di bawah kerajaan pimpinan Bashar Al-Assad dimana anggaran lebih 100,000 orang telah diseksa dan dibunuh sejak 2013. #AWANInews
Menteri Alumni UM wajib salur RM10,000 kepada Tabung Endowmen UM
Semua menteri yang merupakan Alumni Universiti Malaya diwajibkan menyumbangkan dana RM10,000 setiap seorang kepada IPT itu. #AWANInews
Musa Aman dilantik Yang Dipertua Negeri Sabah
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyerahkan Surat Cara Pelantikan kepada Tan Sri Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11, hari ini. Bekas Ketua Menteri Sabah itu dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tun. #AWANInews
Pembantu kesihatan dituduh tawar khidmat seks
Seorang pembantu perawatan di sebuah klinik di Kota Bharu, Kelantan, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menawarkan perkhidmatan seksual menerusi aplikasi Wechat. #AWANInews
Hujan berterusan waspada di 4 negeri bermula Isnin hingga Khamis
Walaupun banjir mula pulih di beberapa negeri Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan waspada di empat negeri mulai hari ini hingga Khamis ini. #AWANInews
Pesalah khalwat berulang pertama disebat luar penjara
Seorang tukang rumah bakal disebat di luar penjara pada 27 Disember ini, sekali gus menjadi individu pertama di Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang. #AWANInews
Sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM30 bilion menjelang 2027 - PM
Dalam sidang media Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri Thailand, Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan tentang kemajuan dalam pembangunan infrasturuktur rentas sempadan dan penambaikkan penjajaran jalan raya melibatkan kerjasama antara Malaysia dan Thailand. Kerjasama ini juga mempertingkatkan pengurusan air dan mitigasi banjir khususnya di kawasan Sungai Kelantan, Sungai Kolok dan kawasan sekitar utara Malaysia serta selatan Thailand. Ujarnya, pertemuan ini juga memperkukuhkan perdagangan intra Asia, menggalakkan pelaburan dan menetapkan sasaran perdagangan dua hala sebanyak RM30 bilion menjelang 2027. #AWANInews
Bayaran haji untuk kumpulan B40 ditetapkan pada RM15,000 seorang
Tuan Syed Hamadah memaklumkan bahawa jemaah haji dari golongan B40 akan menerima bantuan kewangan dari Tabung Haji sebanyak RM17,300 seorang dan ditambah bantuan kerajaan sebanyak RM1000 seorang. Tambah beliau, jumlah bantuan ini adalah lebih separuh atau 55 peratus dari keseluruhan kos haji. #AWANInews
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Polis tembak mati lelaki ada 24 kes jenayah lampau selepas berbalas tembakan
Polis menembak mati seorang lelaki paling dikehendaki yang mempunyai 24 rekod jenayah lampau selepas berbalas tembakan di Jalan Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kelantan pada jam 5.30 pagi Jumaat. #AWANInews
Perang dengan Iran? 'apa sahaja boleh berlaku' - Trump
Presiden Pilihan Amerika Syarikat, Donald Trump, menyatakan bahawa kemungkinan perang dengan Iran masih terbuka ketika ditanya dalam wawancara dengan majalah Time. Trump menyatakan bahawa situasi global kini sangat tidak menentu dan menegaskan bahawa "apa sahaja boleh berlaku" berkaitan konflik dengan Iran. #AWANInews
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Datuk Seri Tiong King Sing memaklumkan bahawa beliau tidak boleh memuaskan hati semua pihak susulan beberapa pihak mendesaknya meletak jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).