SHAH ALAM: Maklumat yang diterima Siti Suriani Wahiddin, 23, dan Diana Hanani Abdullah, 23, atau Dianah iaitu ibu kepada bayi yang tertukar di sebuah hospital swasta di sini pada Jun lalu didakwa tidak lengkap.
Tetuan Marcus Tan dan Co iaitu peguam cara kepada ibu berkenaan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada pihak hospital berkenaan laporan perubatan yang lengkap.
Menurutnya, ia adalah bagi mengambil langkah seterusnya kepada pihak hospital terbabit.
“Berkenaan kejadian bayi tertukar, pihak Siti Suriani dan Dianah telah melantik peguam cara untuk mendapat nasihat mengenai langkah-langkah seterusnya dan tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap hospital berkenaan.
“Pada masa ini, satu surat telah dihantar oleh Tetuan Marcus Tan dan Co kepada pihak hospital memohon kerjasama bagi menyediakan rekod kelahiran dan perubatan yang berkaitan,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, pihaknya turut memfailkan satu permohonan bagi penzahiran pratindakan bagi mengenal pasti identiti kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
Pada 11 Jun lalu, kejadian bayi tertukar berlaku apabila pihak hospital telah menyerahkan anak kepada Siti Suriani iaitu Aiman kepada Dianah setelah dibenarkan discaj.
Sehari selepas itu pula, anak kepada Dianah iaitu Aysar telah diserahkan kepada Siti Suriani apabila dibenarkan discaj dari wad berkenaan.
“Menurut Siti Suriani dan Dianah, sebelum mereka dibenarkan keluar dari wad hospital, pihak hospital hanya mengesahkan tag nama yang dipaparkan pada troli bayi sahaja.
“Pihak hospital tidak mengesahkan tag nama yang dipasang pada kaki bayi sebelum menyerahkannya kepada kedua-dua ibu bapa.
“Kejadian tragis tersebut hanya disedari apabila suami Siti Suriani membaca tag nama yang dipasang pada kaki bayi tersebut dan terus bergegas menghubungi pihak hospital untuk mendapat pengesahan,” ujarnya.
Tambah kenyataan itu, pihak hospital mengarahkan kedua-dua ibu bapa untuk datang ke hospital bersama bayi yang diserahkan kepada mereka.
“Sebelum datang ke hospital, kedua-dua ibu bapa telah membuat laporan di balai polis terdekat sebagai bukti.
“Siti Suriani dan Dianah berharap pihak hospital mampu memberikan penjelasan yang munasabah berkaitan kejadian ini,” tambah kenyataan tersebut.
BACA: Bayi tertukar di hospital swasta, ibu mahu ambil tindakan undang-undang
BACA: Bayi tertukar di hospital swasta, polis sah tiada unsur jenayah
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 31 2021
![Kes bayi tertukar: Maklumat daripada pihak hospital tidak lengkap - Peguam Kes bayi tertukar: Maklumat daripada pihak hospital tidak lengkap - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635716984_bayitertukar.jpg)
Dari kiri: Dianah, Siti Suriani dan peguam cara daripada Tetuan Marcus Tan dan Co ketika mengadakan sidang akhbar pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
![Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709865166_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia meneruskan peningkatan pada awal dagangan
Pada 9.19 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.20 mata kepada 1,630.02 daripada 1,629.82 ketika ditutup pada Isnin.
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
![Kes bayi tertukar: Maklumat daripada pihak hospital tidak lengkap - Peguam Kes bayi tertukar: Maklumat daripada pihak hospital tidak lengkap - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/61635716984_bayitertukar.jpg)
Kes bayi tertukar: Maklumat daripada pihak hospital tidak lengkap - Peguam
Pihaknya turut memfailkan satu permohonan bagi penzahiran pratindakan bagi mengenal pasti identiti kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
![Insiden tertukar bayi boleh tinggal kesan trauma - Pakar Insiden tertukar bayi boleh tinggal kesan trauma - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/61624513520_bayi.jpg)
Insiden tertukar bayi boleh tinggal kesan trauma - Pakar
Berita ini merupakan bahagian terakhir daripada empat siri tentang kisah anak yang tertukar.
![Bayi tertukar di hospital swasta, ibu mahu ambil tindakan undang-undang Bayi tertukar di hospital swasta, ibu mahu ambil tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51623590044_SitiJamumallhilan.jpg)
Bayi tertukar di hospital swasta, ibu mahu ambil tindakan undang-undang
Mereka mendakwa pihak hospital menyerahkan bayi tanpa membuat pemeriksaan teliti.