KUALA LUMPUR: Berita ini merupakan bahagian terakhir daripada empat siri tentang kisah anak yang tertukar.
Insiden tertukar bayi ketika dilahirkan 20 tahun lepas, dipercayai berlaku akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan, boleh meninggalkan kesan trauma emosi serta mengganggu tingkah laku, bukan sahaja kepada ketiga-tiga mangsa tetapi juga kedua-dua keluarga terlibat.
Pegawai Psikologi Kanan, Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM) Siti Fatimah Abdul Ghani berkata kesemua pihak yang terlibat, pastinya memerlukan masa yang lama untuk menerima hakikat kejadian itu.
"Jika tiga mangsa berkenaan dan keluarga mereka reda dan positif dengan apa yang berlaku, kesan trauma akan dapat dihadapi dengan lebih cepat.
"Bagaimanapun, saya menasihati mereka supaya mendapatkan khidmat kaunseling yang bertauliah supaya dapat menyantuni emosi mereka secara praktikal," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama sebelum ini berkenaan dua keluarga terpaksa mengharungi kisah tragis apabila tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar tertukar ketika dilahirkan.
Kejadian itu disedari selepas ketiga-tiga mangsa, Adryani Iwani, 'kembarnya' Adryana Irwani dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, masing-masing 20 tahun, menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada September tahun lepas.
Mengulas lanjut tentang kejadian itu, Siti Fatimah berkata paling penting dalam situasi sekarang, keluarga terlibat perlu memastikan orientasi kefungsian diri mangsa terlibat seperti makan, minum dan komunikasi berjalan seperti biasa.
Menurutnya, pada masa yang sama mangsa mahupun ahli keluarganya perlu mengelakkan membandingkan diri antara satu sama lain, mengkritik atau mempertikaikan perkara yang sudah tersurat sejak azali itu.
"Yang terjadi adalah sesuatu ujian daripada Allah, ada sebab ia berlaku sama ada untuk kita teladani atau mengelak.
"Ia juga mungkin satu pengajaran besar kepada pihak yang terbabit, baik dalam soal kepekaaan mahupun integriti," katanya.
BACA: Kembar seiras tertukar: HRPZ II teliti dokumen, kesan petugas kesihatan terlibat
BACA: Kembar seiras tertukar, hanya diketahui selepas 20 tahun
Sementara itu, Pensyarah Kanan (Bimbingan dan Kaunseling) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Syed Mohamad Syed Abdullah percaya kedua-dua keluarga terbabit masih bergelut dengan perasaan terkejut, sedih dan keliru untuk menerima kejadian itu.
"Ini petanda-petanda normal (yang boleh dijangkakan) bagi mereka yang menghadapi sesuatu ujian. Mereka akan rasa marah, sedih dan akan ada sedikit kemaafaan, sehinggalah pada satu peringkat nanti mereka boleh berada pada tahap penerimaan sepenuhnya.
"Sehubungan itu, dalam hal ini sokongan moral yang kuat daripada pihak yang ada di sekeliling amat perlu untuk membantu mereka terus cekal menghadapi tempoh getir itu," katanya.
Syed Mohamad turut menasihati mangsa yang terlibat supaya menguruskan perasaan terpendam dengan cara baik termasuk meluahkannya kepada adik-beradik, yang boleh menjadi pendengar yang baik.
Pada masa yang sama juga, katanya Adryani Iwani, Adryana Irwani, dan kembar Noratirah perlu menjauhi sifat berteka-teki dengan pemikiran sendiri kerana ia boleh menjejaskan kesihatan diri.
"Sesetengah orang yang tidak dapat menerima hakikat, akan berterusan menangis dan murung, ada sesetengah orang pula yang terkejut dengan apa yang berlaku tetapi jauh di sudut hati mereka dapat menerima keadaan ini kerana ada kekuatan 'resilience' atau daya tahan dalam diri mereka.
"Oleh itu, daripada berfikiran negatif seperti kenapa perkara ini berlaku atau siapa bersalah, ia harus diimbangi dengan pemikiran yang positif iaitu menerima bahawa ini ujian kehidupan walaupun berat, tetapi mungkin ada kebaikan di sebaliknya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021
Keluarga terlibat perlu memastikan orientasi kefungsian diri mangsa terlibat seperti makan, minum dan komunikasi berjalan seperti biasa.. -Gambar hiasan
NASA lakar sejarah terbang paling hampir kepada matahari
Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah pada Selasa apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari.
Presiden AS Biden tandatangani 50 RUU malam Krismas
Antara undang-undang baharu itu ialah Akta Hentikan Penyalahgunaan Institusi Kanak-Kanak yang diperjuangkan oleh selebriti Paris Hilton.
Enam disenarai individu dikehendaki polis Hong Kong
Enam individu disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis Hong Kong kerana disyaki melanggar undang-undang keselamatan negara itu.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu team LZJ
Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) mengumumkan bekas pemain badminton negara Yeoh Kay Bin sebagai ketua jurulatih baharu pasukan itu.
PGA tumpas aktiviti pemerdagangan orang di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan kegiatan pemerdagangan orang membabitkan enam pendatang tanpa izin menerusi Op Nyah II di Kampung Barol Pial di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
12 kontena misi bantuan MAPIM berjaya masuk ke Gaza
Menerusi satu kenyataan media pada Rabu, beliau berkata, fasa pertama berjaya dengan 12 kontena manakala pihaknya sedang mengusahakan fasa kedua dan ketiga untuk mencukupkan sasaran 100 kontena untuk Gaza.
25 pemandu bas ekspres, persiaran dikesan pandu seorang diri
Sebanyak 25 bas ekspres dan persiaran dikesan beroperasi dengan hanya seorang pemandu bagi perjalanan jarak jauh dalam operasi yang diadakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang di tiga plaza tol di negeri itu, pada Selasa.
Masih terlalu awal klasifikasikan punca insiden
Siasatan mengenai nahas pesawat di Kazakhstan sedang dijalankan dan pada masa ini masih terlalu awal mengklasifikasikan kes tersebut.
Kesemua 28 mangsa terselamat dirawat di hospital berhampiran
Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada rabu mengesahkan kesemua 28 mangsa yang terselamat termasuk dua kanak-kanak dalam nahas kapal terbang Embraer 190, sedang dirawat di hospital berhampiran.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Selain itu pihak berkuasa tempatan juga memaklumkan suruhanjaya kerajaan telah ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci berhubung punca kemalangan.
Azerbaijan Airlines terhempas, Vladimir Putin ucap takziah
Menurut jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov, pihaknya sangat bersimpati dengan mereka yang terkesan serta mendoakan pemulihan segera kepada semua mangsa yang terselamat.
Sejumlah 89 orang masih dilaporkan hilang susulan banjir di Sepanyol
Berkemungkinan terdapat lebih banyak kes orang hilang yang butirannya belum didaftarkan.
Bapa bebas tuduhan bunuh anak lelaki
Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan seorang bapa daripada pertuduhan membunuh anak lelakinya, tiga tahun lepas.
GISB: Teknologi DNA jadi harapan rungkai isu ketidakpastian nasab
Penggunaan sains dan DNA mampu menawarkan penyelesaian tuntas dalam merungkai ketidaktentuan nasab kanak-kanak yang diselamatkan.
Sampel DNA sepadan, jenazah Nur Farah Kartini diserah hari ini
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan diserahkan kepada keluarga hari ini.
Polis sahkan rangka milik 'Hafiz'
Polis mengesahkan rangka manusia yang ditemukan di kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, di Jalan Yong Peng, dekat sini, pada 24 Jun, milik remaja yang dilaporkan hilang pada 26 Mei.
Dua anggota polis parah, suspek dikejar maut dalam kemalangan
Dua anggota dari Cawangan Unit Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar cedera parah manakala seorang suspek maut, selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Benteng Parit Kongsi 4.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
DNA kini boleh diambil daripada pendingin hawa bagi tujuan forensik
Setiap benda hidup menghembuskan DNA dalam bentuk air liur atau wap yang dikeluarkan ketika bernafas.
Tulang dijumpai di Tongkang Pechah milik Bella - Polis
Polis mengesahkan beberapa tulang yang ditemui di kawasan rumah terbiar di Tongkang Pechah di Batu Pahat pada 28 Feb lepas milik mangsa kes pembunuhan, Bella.
Rangka manusia sah milik Bella - Polis
Laporan mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Bella yang dilaporkan hilang Disember lalu.