Kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas, jelas menunjukkan bahawa Akta Hasutan wajar dikekal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.
Beliau berkata akta tersebut dapat menjadi perisai untuk mempertahan dan mengekal keharmonian serta perpaduan kaum di negara ini.
"Ia juga isyarat jelas kepada pembangkang bahawa ia (akta) bukan senjata kerajaan kepada mereka. Ini kerana saya difahamkan, ada juga penyokong kerajaan (bantah)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Beliau mengulas bantahan sekumpulan penduduk terhadap pemasangan lambang salib di luar rumah kedai yang digunakan sebagai gereja di kawasan Taman Medan, Petaling Jaya pada Ahad lepas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam berkata polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan tersebut dan jika mereka didapati melanggar undang-undang negara, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada.
Sementara itu Nancy berkata, daripada sudut undang-undang, Akta Hasutan atau Kanun Keseksaan boleh dikenakan terhadap mereka yang didapati bersalah, namun terpulang kepada pihak Peguam Negara untuk menentukannya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan mengikut perasaan terhadap perkara yang tidak disenangi mereka.
"Hal (ketidakpuasan hati) ini, boleh disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan atau membuat laporan polis, bukan dengan sewenang-wenangnya menunjukkan ketidakpuasan hati mereka terutamanya membabitkan sensitiviti kaum," katanya.
Bernama
Wed Apr 22 2015
![Kes bantahan salib buktikan Akta Hasutan wajar dikekal - Nancy Kes bantahan salib buktikan Akta Hasutan wajar dikekal - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/71422084744_295x200.jpg)
NANCY: Kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas, jelas menunjukkan bahawa Akta Hasutan wajar dikekal. -Gambar fail
![Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721109015_bekaspengawalperib.jpg)
Bekas pengawal peribadi Wan Azizah cedera kemalangan
Bekas anggota polis wanita yang kini bekerja sebagai pengawal peribadi cedera setelah motosikal ditunggangnya melanggar sebuah SUV di lebuh raya PLUS.
![Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719996195_MKulasegaran.jpg)
Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat dijangka dibentang akhir tahun ini - Kulasegaran
RUU Kebebasan Maklumat dijangka dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini selepas cadangan ketetapan bagi penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dibawa ke Jemaah Menteri untuk kelulusan.
![Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108438_azizi.jpg)
Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, tak 'lompat parti' - Takiyuddin
Menurut Takiyuddin, keahlian Muhamad Jailani yang juga wakil rakyat UMNO diterima pada 10 Jun tahun lalu, namun diumumkan secara rasmi hari ini.
Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19 - Pakar
Itu kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Aznida Mohamad Zaki yang berkata pihaknya akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dikalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
LHDN lulus 141,406 permohonan PKPS 2.0
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah meluluskan sebanyak 141,406 permohonan program khas pengakuan sukarela (PKPS) 2.0 yang melibatkan 102,572 bilangan kes pembayar cukai individu, 27,707 bilangan kes syarikat dan selebihnya melibatkan lain kategori seperti pertubuhan.
![Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017239_TBFADILLAH.jpg)
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, liputan sistem kumbahan - Fadillah
Pelan Transformasi Air sasar tingkatkan air bersih, tingkatkan liputan sistem kumbahan - Fadillah
![Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721103547_WargaThailandWitt.jpg)
Warga Thailand mengaku tidak bersalah seleweng diesel
Seorang warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas pertuduhan menyeleweng 322 liter minyak diesel.
Lilitan reben putih tak langgar peraturan - Timbalan Speaker
Ramli berkata, perkara itu juga adalah merupakan keputusannya dan bukan dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.
Kos pampasan tanah fasa 1B proses projek LPB Sabah RM1.2 bilion - Alexander
Anggaran kos pengambilan balik tanah bagi keseluruhan Fasa 1B proses pengambilan tanah dan penilaian pampasan tanah bagi Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah (LPB Sabah) berjumlah RM1.2 bilion.
![ECRL Sungai Chinchin: Terpulang kepada penduduk jika mahu fail injunksi - Amirudin ECRL Sungai Chinchin: Terpulang kepada penduduk jika mahu fail injunksi - Amirudin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708757690_AmirudinShari.jpg)
ECRL Sungai Chinchin: Terpulang kepada penduduk jika mahu fail injunksi - Amirudin
Terpulang kepada penduduk untuk memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Sungai Chinchin, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
![Penduduk bantah pembinaan asrama tempatkan 7,000 pekerja asing Penduduk bantah pembinaan asrama tempatkan 7,000 pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704880907_PendudukTelukKumba.jpg)
Penduduk bantah pembinaan asrama tempatkan 7,000 pekerja asing
Muhammad Idiris berkata, projek yang dicadang dibina di lot 1859, 1860 dan 1865 berhampiran Bandar Baru Perda itu telah mendapat kebenaran.
![Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692945827_TBChowKonYeow.jpg)
Bantahan konsert TikTok : Penganjur setuju pindah ke Batu Kawan - Chow Kon Yeow
Penganjur Konsert Viral Lagu Tik Tok bersetuju untuk berpindah lokasi dari Dewan Millenium Kepala Batas ke Stadium Batu Kawan susulan bantahan.
![Ancaman kenderaan berat, penduduk Felda Triang mohon jalan dinaik taraf Ancaman kenderaan berat, penduduk Felda Triang mohon jalan dinaik taraf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675315673_TBMOGOK.jpg)
Ancaman kenderaan berat, penduduk Felda Triang mohon jalan dinaik taraf
Enam tahun bukan tempoh singkat bagi kira-kira 1,600 penduduk Felda Triang 1 di Bera yang terpaksa berdepan dengan ancaman kenderaan berat yang keluar masuk di kampung mereka.
![China umum kelonggaran sekatan COVID-19, di tengah-tengah bantahan awam China umum kelonggaran sekatan COVID-19, di tengah-tengah bantahan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670418723_BeijingChinacovi.jpg)
China umum kelonggaran sekatan COVID-19, di tengah-tengah bantahan awam
Kerajaan China melaksanakan pakej baharu membabitkan 10 langkah kelonggaran dasar sifar COVID-19.
![Penduduk bantah pembinaan kondo, bimbang keselamatan pelajar, kesesakan makin teruk Penduduk bantah pembinaan kondo, bimbang keselamatan pelajar, kesesakan makin teruk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664448362_BantahkondoBatu.jpg)
Penduduk bantah pembinaan kondo, bimbang keselamatan pelajar, kesesakan makin teruk
Projek baharu bakal dibina namun tidak sedikit pun mereka gembira kerana dakwa penduduk, ia hanya menambah masalah kepada masalah yang sudah ada, kesesakan jalan yang teruk.
![Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558459708_KhalidSamad.jpg)
Hanya mahkamah tentukan projek Taman Rimba Kiara - Khalid
Beliau sudah buat yang terbaik untuk menangani isu tersebut dan pada masa ini pihaknya sedang menyiapkan laporan berkenaan cadangan isu projek pembangunan berkenaan untuk perhatian Kabinet.
![Kes bantahan salib buktikan Akta Hasutan wajar dikekal - Nancy Kes bantahan salib buktikan Akta Hasutan wajar dikekal - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-01/71422084744_295x200.jpg)
Kes bantahan salib buktikan Akta Hasutan wajar dikekal - Nancy
Kes bantahan penduduk terhadap lambang salib di Petaling Jaya, Ahad lepas, jelas menunjukkan bahawa Akta Hasutan wajar dikekal, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.