GOMBAK: Terpulang kepada penduduk untuk memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Sungai Chinchin, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.
Penduduk mempunyai hak berbuat demikian, namun beliau menegaskan bahawa projek tersebut mengikut prosedur betul yang sebahagiannya telah diatur sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
Menurut Amirudin, mereka yang membangkitkan isu itu ibarat hero kesiangan yang mahu mengambil kesempatan untuk menimbulkan isu.
"Mereka yang datang adalah orang luar. Saya akan berbincang dengan penduduk tapi jika mereka mahu ambil injunksi, terpulang itu hak mereka dan boleh teruskan.
"Namun kita akan cuba membantu kerana kerajaan negeri ada tanggungjawab untuk selesaikan projek ini sebaik mungkin. Projek ini juga beri manfaat kepada ekonomi," katanya.
Amirudin berkata demikian mengulas hasrat penduduk 13 kampung dan penempatan di Gombak Utara mahu memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang pembinaan projek ECRL Sungai Chinchin.
Beliau ditemui pada Program Agrobandar Tamanan Melon di Pandan Jaya pada Sabtu.
Pada Jumaat, Gerakan Pembela Ummah mengadakan sidang akhbar selamatkan tanah warisan Melayu Islam Gombak Utara daripada jajaran ECRL KL - Node Highway.
Penduduk di situ sepakat tidak mahu laluan ECRL berkenaan melalui kawasan Gombak Utara kerana kawasan berkenaan sudah padat dengan penduduk dan tidak boleh dipindahkan sewenang-wenangnya.
Dalam pada itu, Amirudin berkata, projek itu perlu mengikut aturan ditetapkan bagi memastikannya tidak tertangguh lagi.
"Sebenarnya pendirian kerajaan negeri sebelum ini tidak setuju dengan laluan utara dan mahu laluan selatan.
"Bagaimanapun, kerajaan negeri berlembut untuk pertimbangan laluan utara kerana jika tidak buat begitu, kerajaan terpaksa tanggung hutang yang panjang. Lebih banyak hutang akan ditanggung jika ditangguhkan lagi," katanya.
Tambah beliau, tanah gantian di Sungai Chinchin membabitkan sebahagian rizab yang diambil bagi laluan ECRL juga sedang dalam tindakan.
"Tanah ganti sekitar kawasan itu juga dan perlu diuruskan dengan kaedah wakaf. Saya tengah atur perbincangan bagi melindungi tanah berkenaan serta tanah perkuburan tradisi di kawasan tersebut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024
Amirudin (kiri) merasmikan Program Agrobandar Tamanan Melon di Pandan Jaya pada Sabtu.
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
Kematian Orang Asli dalam tahanan: Polis teruskan siasatan pelbagai sudut
Polis akan meneruskan siasatan kematian seorang lelaki Orang Asli berusia 25 tahun ketika dalam tahanan pada 4 Mei lalu.
Teka-teki terjawab, Nabila Razali hamil anak sulung
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali umum sedang hamil anak sulung dan dijangka bersalin pada Januari tahun depan.
Atlet menembak sensasi Korea Selatan ditawar jadi 'pembunuh upahan'
Atlet menembak Korea Selatan Kim Ye-ji ditawar menjadi 'pembunuh upahan' selepas penampilan uniknya mendapat perhatian seluruh dunia.
MQSS medan lahirkan generasi celik al-Quran - KPM
Kemahiran yang ditonjolkan dalam MQSS bukan bersifat pertandingan atau persaingan mencari seorang juara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi.
Liga Europa: Tottenham kekal rentak kemenangan
Tiga mata skuad bimbingan Ange Postecoglou dijana Pape Sarr dan Brennan Johnson pada setiap babak menundukkan anak buah Pascal Jansen.
Mangsa banjir di PPS Perak bertambah, beberapa tempat di Selangor, Kedah dinaiki air
Di Selangor, 1,968 individu daripada 480 keluarga terjejas akibat banjir dipindahkan ke enam PPS yang dibuka pagi ini.
AS sahkan kes baharu selesema burung H5 melibatkan manusia di California
Tiada kaitan ditemukan antara kedua-dua kes setakat ini, menandakan ia kejadian berasingan penularan virus dari haiwan kepada manusia.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
ECRL Sungai Chinchin: Terpulang kepada penduduk jika mahu fail injunksi - Amirudin
Terpulang kepada penduduk untuk memfailkan injunksi mahkamah bagi menghalang pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Sungai Chinchin, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.