Mahkamah Sesyen Kangar hari ini melepaskan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim tanpa dibebaskan daripada pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan bawah umur, Oktober tahun lalu, apabila pengadu yang hadir ke mahkamah sebagai saksi kelima menarik balik tuduhan terhadap tertuduh.
Terdahulu, Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau tiba di pekarangan mahkamah kira kira jam 9.45 pagi ditemani isteri Datin Seri Shamsiah Mohd Yassin dan ahli keluarga terdekat.
Ketua peguam bela Shahidan, Zamri Ibrahim yang ditemui selepas proses perbicaraan menjelaskan bahawa Hakim Ainul Shahrin Mohamad memutuskan tuduhan ke atas anak guamnya digugurkan selepas pengadu yang juga seorang remaja bawah umur hadir memberikan keterangan dan menarik balik tuduhannya ke atas tertuduh.
Tambah Zamri, pihak pendakwaan juga tidak berhajat untuk memanjangkan proses perbicaraan dengan memanggil enam saksi lagi.
“Keputusan pihak pendakwaan tak teruskan dengan pendakwaan (kerana) pihak pengadu buat keputusan untuk tarik balik aduan. Jadi terima kasih kepada pihak pendakwaan kerana tarik balik.
“Sebenarnya keputusan mahkamah adalah untuk lepas tanpa dibebaskan berdasarkan keputusan pengadu tidak teruskan dengan kes, walaupun kita sudah jalankan tiga orang saksi termasuk pengadu hari ini,” ujarnya.
Sementara itu, dalam perbicaraan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam (Selasa), menampilkan 5 orang saksi iaitu pengurus DSSK Buskers, Azhar Hassan; isteri salah seorang ahli DSSK Buskers, Junaira Mohd Nasir; anggota polis Inspektor Nor Zuki Hussin; pegawai penyiasat Inspektor Abdul Fatah Abdullah dan mangsa sendiri.
Pada 20 Oktober lepas, Shahidan didakwa melakukan amang seksual dengan menyentuh tangan hingga ke bahu seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, dalam sebuah kereta Toyota Harier, di perkarangan Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, pada pukul 11.30 malam.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Salim Aziz
Wed Apr 24 2019
![Kes amang seksual: Shahidan Kassim dilepas tanpa dibebas, pengadu tarik balik tuduhan Kes amang seksual: Shahidan Kassim dilepas tanpa dibebas, pengadu tarik balik tuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/71452150439_ShahidanKassim.jpg)
Tuduhan ke atas Shahidan digugurkan selepas pengadu yang juga seorang remaja bawah umur hadir memberikan keterangan dan menarik balik tuduhannya ke atas tertuduh. - Gambar fail
Nasib acara sepak takraw wanita diketahui Khamis ini
Nasib acara sepak takraw wanita berpasukan dalam Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 di Sarawak akan ditentukan dalam Mesyuarat Jawatankuasa SUKMA Peringkat Kebangsaan pada Khamis ini.
JPBM Sabah serah jentera khas buat pasukan sukarela
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sabah sedang dalam perancangan untuk menyerahkan jentera khas, iaitu Volunter Fire Rescue Tender (VFRT) untuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di Sabah.
Sarawak akan pertahan pingat sukan Muay Thai edisi lalu
Skuad Sarawak akan berusaha mempertahankan masing-masing dua emas, perak dan gangsa dalam kejohanan SUKMA yang dimenangi dalam edisi lalu.
![Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721124841_TBFAM.jpg)
Usaha pujuk Pan-gon tidak berhasil - Yusoff Mahadi
FAM pernah berusaha memujuk Kim Pan-gon untuk terus mengemudi skuad Harimau Malaya hingga kontraknya tamat secara rasmi pada akhir tahun depan.
![Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708604164_kasperskyancamans.jpg)
Kaspersky tinggalkan pasaran AS bermula 20 Julai ini
Kaspersky mengesahkan kurang 50 pekerja akan terkesan, dan mereka akan diberikan pampasan susulan penutupan syarikat tersebut.
![ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721128485_Uzbekistanflag.jpg)
ADB lulus pinjaman AS$100 juta kepada Uzbekistan
Pinjaman itu bagi membantu Uzbekistan meningkatkan penjagaan pranatal untuk wanita hamil dan bayi mereka.
![Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721127722_NurFarahKartini.jpg)
Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
Kakak ipar mangsa Syeril Norsyuhada Suhaimi, 29, berkata mereka sekeluarga masih terkejut dan sedih atas kejadian yang menimpa Nur Farah Kartini.
![Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721125507_SultanSelangor.jpg)
Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan untuk pembedahan katarak mata
Sultan Selangor Sultan kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata.
Enam MP kekal : Tak adil salahkan Speaker - Gobind
Mengenai keputusan mengekalkan enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu, Gobind Singh Deo berkata tidak adil untuk salahkan Speaker buat keputusan yang diperuntukkan undang-undang.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![PRN: Shahidan tidak tolak kemungkinan tanding di Selangor PRN: Shahidan tidak tolak kemungkinan tanding di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61667228842_DSShahidan.jpg)
PRN: Shahidan tidak tolak kemungkinan tanding di Selangor
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan bertanding di kawasan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
!['Nama saya ditulis BEBAS-Arau, saya Pas-PN' - Shahidan 'Nama saya ditulis BEBAS-Arau, saya Pas-PN' - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671520576_ShahidanKassim.jpg)
'Nama saya ditulis BEBAS-Arau, saya Pas-PN' - Shahidan
Pada PRU15, Shahidan yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian menang dengan majoriti 23,216 undi.
![UMNO mesti adakan pemilihan Jun ini demi selesai krisis kepimpinan - Shahidan UMNO mesti adakan pemilihan Jun ini demi selesai krisis kepimpinan - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/81618753125_ShahidanKassim.jpg)
UMNO mesti adakan pemilihan Jun ini demi selesai krisis kepimpinan - Shahidan
Sekiranya pemilihan parti ditangguh, ia hanya akan menyebabkan krisis kepimpinan yang dialami UMNO berterusan.
![Zahidi sewajarnya diberi peluang ketuai UMNO Perlis - Shahidan Zahidi sewajarnya diberi peluang ketuai UMNO Perlis - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41619279236_Sidangmediakhas.jpg)
Zahidi sewajarnya diberi peluang ketuai UMNO Perlis - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan bahawa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin sewajarnya diberi peluang mengetuai UMNO di negeri itu.
![Shahidan Kassim kembali terajui UMNO Perlis Shahidan Kassim kembali terajui UMNO Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71510545206_ShahidanKassim.jpg)
Shahidan Kassim kembali terajui UMNO Perlis
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyambut baik pelantikan beliau sebagai Pengerusi UMNO Perlis yang berkuat kuasa semalam.