SHAH ALAM: Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan bertanding di kawasan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.
Shahidan berkata, beliau berhasrat untuk membantu dalam memberi kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) di PRN yang akan datang yang mana gabungan tersebut telah menyasarkan akan menawan tiga negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai negeri mana yang akan menjadi pilihan untuk bertanding pada PRN akan datang, Shahidan akui tidak kisah ditempatkan mana-mana kawasan yang dapat memberi kekuatan kepada PN.
“Jika ada PRN, mana-mana negeri pun boleh... dan (pilihan) Selangor sebab nak ambil hati sebab saya duduk di Selangor.
“Kehadiran saya untuk membantu dan menguatkan mereka (PN), tetapi sekiranya untuk menimbulkan masalah, saya tidak mahu, itu tidak ada masalah
“Jadi saya mengambil pendekatan yang mudah dalam kehidupan, kalau mereka perlukan saya, saya akan hadir untuk membantu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika dalam sesi program Sinar Live bertajuk ‘Shahidan: Otai Perlis masih berbisa’ yang dihoskan oleh Hazwan Mokhtar menerusi platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Shahidan merupakan calon PN mewakili Pas bertanding bagi kerusi Parlimen P3-Arau pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.
Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 23216 undi.
Sebelum ini, Barisan Nasional (BN) dalam usaha menampilkan lebih banyak muka baharu pada PRU15 bertindak menggugurkan beberapa pemimpin senior dalam gabungan itu.
Antara pemimpin 'heavyweight' yang digugurkan ialah Shahidan sendiri, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan; Tan Sri Noh Omar di Tanjong Karang, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman di Pasir Salak; Datuk Seri Adham Baba di Kota Tinggi dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (Tenggara).
- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 15 2023

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan bertanding di kawasan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

PRN: Shahidan tidak tolak kemungkinan tanding di Selangor
Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim tidak menolak kemungkinan bahawa beliau akan bertanding di kawasan Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

'Nama saya ditulis BEBAS-Arau, saya Pas-PN' - Shahidan
Pada PRU15, Shahidan yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian menang dengan majoriti 23,216 undi.

UMNO mesti adakan pemilihan Jun ini demi selesai krisis kepimpinan - Shahidan
Sekiranya pemilihan parti ditangguh, ia hanya akan menyebabkan krisis kepimpinan yang dialami UMNO berterusan.

Zahidi sewajarnya diberi peluang ketuai UMNO Perlis - Shahidan
Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan bahawa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin sewajarnya diberi peluang mengetuai UMNO di negeri itu.

Shahidan Kassim kembali terajui UMNO Perlis
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyambut baik pelantikan beliau sebagai Pengerusi UMNO Perlis yang berkuat kuasa semalam.