Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyambut baik pelantikan beliau sebagai Pengerusi UMNO Perlis yang berkuat kuasa semalam.
Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan Datuk Zahidi Zainul Abidin yang kekal sebagai timbalan pengerusi.
Katanya, beliau akan terus berkhidmat kepada parti sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini.
"Dulu pun masa tak ada pengerusi selepas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhenti saya masih teruskan kerja saya.
"Saya dengan Zahidi memang tak ada masalah, kalau Zahidi jadi pengerusi pun saya tak ada masalah, saya ikut saja. Saya okay dengan Zahidi," katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu di Dewan Gemilang Darulaman Golf, di sini hari ini.
Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau kembali menerajui UMNO Perlis selepas digantikan oleh Mohamed Khaled yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, tahun lalu.
Terdahulu, seramai 384 perwakilan hadir ke mesyuarat berkenaan.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Ahmad Zaini Japar dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Khalidah Adibah Ayob.
Sinar Harian
Sat Jul 06 2019

Shahidan yang juga Ketua UMNO Bahagian Arau kembali menerajui UMNO Perlis selepas digantikan oleh Mohamed Khaled yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, tahun lalu. - Gambar fail/Astro AWANI

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi
Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.

Lokman Adam telah padam hantaran fitnah terhadap Mohd Na'im di media sosial
Datuk Lokman Noor Adam telah memadam kesemua hantaran berunsur fitnah terhadap Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Na'im Mokhtar berhubung dakwaan gangguan seksual yang dimuat naik dalam FB dan YouTube.

Dakwa Pas 'pelacur', pandangan Ku Li terpencil - Razlan
Datuk Razlan Rafii menyifatkan sentimen seperti keikhlasan dalam berpolitik tidak perlu dipersoalkan dalam politik era yang baharu.

Politik Perak: Jangan salahkan UMNO, tawaran untuk bekerjasama sudah dibuat - Tajuddin
Tawaran telah dibuat oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas dan Bersatu, namun terpulang kepada dua parti itu untuk bersama UMNO demi rakyat.

Veteran politik Kedah, Khalid Abdullah meninggal dunia
Tokoh politik Kedah yang juga veteran UMNO, Tan Sri Khalid Abdullah meninggal dunia akibat sakit tua di Kedah Medical Centre (KMC) di sini, hari ini.

Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.

PRU: UMNO tiada masalah dengan agihan kerusi
Dira berkata, sehingga hari ini, proses rundingan antara semua rakan sekutu dalam PN giat dilaksanakan meliputi semua aspek.

Pemimpin Pemuda UMNO desak Lembaga Disiplin siasat Lokman Adam
Mereka mendakwa Lokman sebagai ahli dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah melanggar disiplin parti.

Polis akan panggil Lokman Adam kerana perhimpunan tanpa permit
Polis akan memanggil Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berhubung penganjuran himpunan di hadapan pusat membeli-belah Sogo di sini hari ini.

Shahidan Kassim kembali terajui UMNO Perlis
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyambut baik pelantikan beliau sebagai Pengerusi UMNO Perlis yang berkuat kuasa semalam.