KUALA LUMPUR: Kenyataan Pas yang diumpamakan seperti pelacur yang dilaporkan dikeluarkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilihat sebagai isu terpencil kerana perjuangan UMNO dan Pas kini tertumpu kepada penyatuan Melayu dan Islam.
Justeru, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii menyifatkan sentimen seperti keikhlasan dalam berpolitik tidak perlu dipersoalkan dalam politik era yang baharu.
"Pendekatan merapatkan saf itu penting sebelum kita melangkah ke pilihan raya. Saya percaya kalau kita tidak ada kesatuan ini, orang Melayu akan berhadapan dengan masalah besar terutama apabila kita lihat apa yang terjadi selama 22 bulan Pakatan Harapan menerajui kerajaan.
"Agama kita dihina, bangsa kita dipijak. Itu semua berpunca daripada perpecahan orang Melayu. Jadi saya harap tidak adalah kenyataan provokasi yang menggunakan bendera UMNO kerana kita mahukan perdamaian.
"Saya percaya kenyataan itu bersifat individu dan Pas sendiri tentu faham bahawa UMNO dan Pas saling memerlukan," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: 'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Tambahnya, politik Muafakat Nasional ketika ini berlandaskan mencari persamaan dan mengetepikan perbezaan, namun tentunya ada cabaran tersendiri memandangkan UMNO dan Pas 'terpisah' selama 60 tahun sebelum ini.
"Bukan mudah nak buang kuman atau virus yang tertanam selama 60 tahun. Sebab itu kita kena teruskan dengan prinsip penyatuan terutama apabila wujud pandangan-pandangan terpencil ini, kena dinilai dan tak boleh ambil begitu sahaja.
"Contoh kalau nak mainkan sentimen keikhlasan, kita boleh persoalkan pada semua orang. Yang penting, tujuan kita dalam memimpin parti, kita boleh cari titik pertemuan untuk orang Melayu dan Islam bersatu yang akhirnya akan membawa kemenangan besar dalam pilihan raya akan datang," ujarnya.
Tengku Razaleigh, dalam wawancara dengan sebuah portal berita melabelkan Pas sebagai "pelacur politik" yang perlu ditewaskan pada pilihan raya umum akan datang.
Veteran UMNO itu menyifatkan tindakan Pas dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini sebagai bukti parti berkenaan tidak boleh dipercayai.
Madiha Abdullah
Sat Mar 13 2021

Razlan menyifatkan sentimen seperti keikhlasan dalam berpolitik tidak perlu dipersoalkan dalam politik era yang baharu. - Gambar fail/BERNAMA

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.
Suri rumah tikam suami hingga mati, tidak beri respons
Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Teknologi, Semenyih, pada 16 Februari lalu.

Dakwa Pas 'pelacur', pandangan Ku Li terpencil - Razlan
Datuk Razlan Rafii menyifatkan sentimen seperti keikhlasan dalam berpolitik tidak perlu dipersoalkan dalam politik era yang baharu.

Pemecatan ahli UMNO zaman Mahathir dibuat dengan pantas, tanpa belas kasihan - Annuar
Annuar Musa memberi beberapa contoh seperti Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Musa Hitam, Datuk Harun Idris dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.