KUALA LUMPUR:Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan bahawa pendekatan parti itu sepertimana dimaklumkan Presidennya yang berkata tidak menolak kemungkinan berlaku satu penjajaran baharu politik di Perak, adalah demi rakyat negeri itu.
Jelasnya tawaran telah dibuat oleh UMNO untuk bekerjasama dengan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun kini terpulang kepada dua parti itu untuk bersama UMNO demi rakyat.
"Kemungkinan, segala kemungkinan akan dipertimbangkan, kalau tidak boleh cara A, kita buat cara B atau C, yang penting kerajaan dapat kembali menguruskan pentadbiran negeri untuk rakyat terutamanya bajet mesti dibentang dan diluluskan.
"Jadi dia (Presiden UMNO) sudah sebut dengan jelas, kalau boleh kerajaan lama kekal yang bertukarnya cuma (jawatan) Menteri Besar sahaja. Itu pilihan pertama, dia telah menyebut hendak kalau boleh kerajaan dahulu diteruskan, cuma bertukar MB (Menteri Besar), pilihan yang lain hanya timbul sekiranya pilihan yang pertama tidak ditimbulkan," jelasya ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.
Jelas Tajuddin, beliau berharap agar Pas dan Bersatu dapat berubah pendirian untuk bersama UMNO.
"Kalau mereka masih pendirian tetap begitu, tidak boleh pilihan itu. Hari ini mereka boleh berfikir, tawaran sudah dibuat.
"Kalau mereka (Bersatu dan Pas) boleh berubah pendirian yang telah dibuat sepertimana yang ditulis oleh Setiausaha Agung masing-masing, boleh menukarkan kerajaan lama bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) jadi tidak perlu pilihan lain," katanya lagi.
Dalam pada itu, Tajuddin turut mengingatkan bahawa UMNO dan BN telah menunjukkan sokongan dalam pentadbiran Kerajaan Perak di bawah Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
"Saya mempersoalkan kenapa Pas dan Bersatu buat pendirian begitu? Padahal UMNO ini, BN ini telah menunjukkan sokongan kepada Pas dan Bersatu. UMNO dan BN telah tunjukkan sokongan kita berikan kepada mereka.
"Dalam kerajaan PN dahulu, sekarang ini salah siapa? Bukan salah UMNO, ini kehendak Dewan (DUN), Dewan begitu ramai tidak mahu MB (Menteri Besar), itu mesti ada sebab besar menyebabkan dia ditolak dan tidak lagi diterima sebagai MB.
"Jangan salahkan BN, balik-balik salahkan BN dan UMNO," katanya.
BACA: Politik Perak: UMNO, BN tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu - Ahmad Zahid
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam satu sidang media memaklumkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan berlaku penjajaran baharu di Perak seiring krisis politik yang melanda negeri itu.
Bagaimanapun, Presiden UMNO itu berharap kerajaan yang ada di bawah kepimpinan Menteri Besar yang lalu dapat dikekalkan.
Fareez Azman
Sun Dec 06 2020

Tajuddin turut mengingatkan bahawa UMNO dan BN telah menunjukkan sokongan dalam pentadbiran Kerajaan Perak di bawah Perikatan Nasional (PN) sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA

Selangor kekal larangan guna khidmat imam luar untuk solat tarawih
Larangan itu selari dengan arahan dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sejak 2015.

4 pegawai bekas PM ditahan: SPRM panggil beberapa individu, kenamaan bantu siasatan
SPRM akan memanggil beberapa individu termasuk kenamaan dalam masa terdekat untuk membantu siasatan membabitkan penahanan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri.

Bekas pengawal keselamatan dilapor hilang ditemukan meninggal dunia
Bekas pengawal keselamatan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai pergi ke Gua Beringin, Chuping semalam ditemukan meninggal dunia.

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Pemimpin UMNO perlu perjelas isu kerjasama dengan DAP sebelum PRU16
Isu itu perlu diperjelaskan sehingga orang Melayu benar-benar faham, sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Tajudin bimbang wujud sindrom ‘bisu’ dalam kalangan pemimpin UMNO
Pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dibidas kerana tidak berani bersuara untuk memperjuangkan masalah rakyat.

Saman fitnah: Mahkamah perintah Tajuddin bayar kos RM120,000 kepada Khalid dan KiniTV
Mahkamah Rayuan memerintahkan Tajuddin membayar kos RM120,000 kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abd Samad dan KiniTV Sdn Bhd.

Digantung UMNO: Tajuddin dakwa ada pihak cuba sabotaj rayuan
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa ada pihak cuba melakukan sabotaj terhadap rayuan penggantungnya sebagai ahli UMNO.

Saya bukan salah seorang daripada 10 'warlord' UMNO sertai PN - Tajuddin
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menegaskan, tidak mungkin beliau akan meninggal UMNO yang telah disertainya sejak lebih 50 tahun lalu.

PRN: 'UMNO perlu dengar suara akar umbi, bukan pengampu' - Tajuddin
UMNO perlu mendengar suara akar umbi dan menunjukkan keikhlasan sekiranya mahu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam buah negeri.

PRN: Tajuddin tidak berhasrat tanding wakili parti lain
Bekas Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak berhasrat untuk bertanding mewakili parti lain bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan datang.

"Sombong!" - Tajuddin kesal, dihalang masuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Pasir Salak
Kekecohan tercetus pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Salak selepas Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dihalang daripada memasuki Dewan Besar Bandar Baru Felda Seberang Perak.

Tekad teruskan legasi cemerlang Tajuddin di Pasir Salak
Katanya, segala gerak kerja dan strategi yang diguna pakai sebelum ini akan terus dipraktikkan bagi memastikan UMNO kembali 'bernyawa'.