KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan bagi kes rasuah melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membabitkan Yayasan Akalbudi perlu menyemak semula bukti Pelepasan Tanpa Pembebasan (DNAA) dan kesemua 47 pertuduhan seterusnya membuat pertuduhan semula jika perlu.
Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, keputusan pelepasan Presiden UMNO itu tidak boleh diterima susulan pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie.
"Pihak pendakwaan perlu tampil memberi penjelasan kepada orang ramai mengapa membuat permintaan untuk DNAA pada peringkat ini apabila prima facie telah kukuh.
"Jabatan Peguam Negara (AGC) juga mesti mendedahkan kemungkinan pertuduhan baharu atau arah penyiasatan baharu. Jika tiada rancangan untuk pertuduhan baharu, maka ini mungkin memberi laluan kepada Ahmad Zahid memohon perlepasan dalam tempoh beberapa bulan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan AGC ingin memberhentikan semua prosiding pada peringkat ini.
Dalam pada itu, Bersih turut memberi gambaran kes sama melibatkan bekas Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Unit Perisikan Luar di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Allahyarham Datuk Hasanah Abdul Hamid yang mana Mahkamah Tinggi membenarkan pembebasan dan perlepasan penuh terhadap pertuduhan pecah amanah RM50 juta, setahun selepas DNAA beliau.
"Memandangkan iltizam anti rasuah dan reformis Kerajaan Madani kini diragui berikutan keputusan ini, Bersih menggesa Perdana Menteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk mengumumkan dalam masa seminggu pelan hala tuju dan garis masa yang jelas untuk pemisahan Pendakwaan Awam (PP) daripada AGC.
"Mengikut kedudukan sekarang, Peguam Negara ialah seorang lantikan politik yang menasihati kerajaan, memainkan dua peranan Pendakwa Raya (yang) memegang kuasa untuk memulakan atau menggugurkan tuduhan jenayah.
"Kuasa ini boleh disalah guna atau diperalatkan atas sebab politik. Pemisahan pendakwa raya dan peguam negara telah dianjurkan oleh Bersih dan kumpulan masyarakat sivil sekian lama," menurut kenyataan itu.
Sementara itu Bersih turut mempersoalkan sama ada tindakan berkenaan sebagai ‘pendahuluan’ kepada pengguguran semua baki pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di masa akan datang.
Oleh demikian, Bersih memberi amaran kepada Anwar bahawa sebarang penangguhan dalam reformasi institusi AGC boleh merosakkan kredibiliti Kerajaan Madani.
"Sehingga pemisahan ini dilakukan, AGC mesti mengelak daripada menarik balik pertuduhan dalam kes politik berprofil tinggi. Jika kes-kes itu lemah, biarlah hakim memutuskan perkara berkenaan, bukan pendakwa raya yang akhirnya di bawah kawalan Perdana Menteri.
"Rakyat Malaysia sudah muak melihat korelasi ini (iaitu) mereka yang kekal berkuasa selama-lamanya kekal tidak bersalah, manakala mereka yang kehilangan kuasa juga hilang rasa tidak bersalah.
"Permintaan untuk DNAA oleh Timbalan Pendakwaan Awam pada peringkat perbicaraan Ahmad Zahid mengukuhkan keperluan mendesak untuk memisahkan PP dan AG," tegasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 04 2023

Bersih berkata, keputusan pelepasan Ahmad Zahid tidak boleh diterima susulan pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.