JOHOR BAHRU: Polis Johor telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah yang diterima kumpulan muzik rock Indonesia, Radja Band sewaktu mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena, Larkin pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamaruzaman Mamat berkata, kertas siasatan tersebut akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.
Setakat ini katanya, polis telah merakam keterangan seramai 17 individu terdiri daripada 14 warga tempatan dan selebihnya merupakan warga asing.
“Polis Johor memberi jaminan bahawa siasatan yang telus akan dijalankan tanpa kompromi mengikut undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sebelum ini, Polis Johor menyatakan telah menahan dua individu lelaki masing-masing berusia 37 dan 48 tahun bagi membantu siasatan kes.
Kesemua mereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan sekitar jam 3.30 petang Ahad.
Sebelum ini, media melaporkan, band terkenal Indonesia itu menerima ancaman bunuh serta dilempar dengan kata-kata kesat selepas selesai mengadakan konsert.
Kejadian itu katanya berpunca akibat wujudnya salah faham antara pihak penganjur dan Radja Band sebelum mereka bertindak membuat laporan di Balai Polis Larkin.
Menurut Kamaruzaman Mamat, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Hilmi Malik
Tue Mar 14 2023
![Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678772669_KumpulanRadja.jpg)
Ahli kumpulan Radja Band ketika membuat laporan di Balai Polis Larkin. - Gambar fail/Astro AWANI
![Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720353476_ZaidiAttan.jpg)
Teater Hikayat Hang Tuah antara tarikan Melaka Heritage Festival
Persembahan Teater Hikayat Hang Tuah di Encore Melaka antara tarikan Melaka Heritage Festival 2024 yang dijadual diadakan di sekitar Banda Hilir pada 12 hingga 14 Julai ini.
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717216800_imantroye.jpg)
Ibu bapa diugut bunuh, Iman Troye tidak buat laporan polis
Kerap menjadi mangsa buli siber, penyanyi Iman Troye mengakui pernah berdepan ugutan bunuh terhadap kedua-dua ibu bapanya.
![Bebas dari hukuman penjara atas kesalahan rogol, Dani Alves terima ancaman bunuh Bebas dari hukuman penjara atas kesalahan rogol, Dani Alves terima ancaman bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711681742_TBDaniAlvesjpg.jpg)
Bebas dari hukuman penjara atas kesalahan rogol, Dani Alves terima ancaman bunuh
Alves didapati bersalah pada Februari tahun ini dan dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun.
![Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678772669_KumpulanRadja.jpg)
Kertas siasatan kes ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik Radja selesai
Polis telah mengambil keterangan daripada 14 individu warga tempatan dan tiga warga asing bagi membantu siasatan.
![Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678604190_TBKamarulZamanMamat.jpg)
Polis buru suspek ancam bunuh kumpulan Radja
Polis memburu suspek yang dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat serta membuat ancaman bunuh terhadap kumpulan muzik rock terkenal Indonesia, Radja Band.
![Kumpulan Radja terima ancaman bunuh selepas konsert di Larkin Kumpulan Radja terima ancaman bunuh selepas konsert di Larkin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678586817_KumpulanRadja.jpg)
Kumpulan Radja terima ancaman bunuh selepas konsert di Larkin
Kumpulan berkenaan telah didatangi dua individu lelaki mewakili pihak penganjur sebelum dilemparkan kata-kata kesat dan ancaman bunuh.
![Tengku Maimun dedah pernah terima ancaman bunuh Tengku Maimun dedah pernah terima ancaman bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673254189_TengkuMaimun.jpg)
Tengku Maimun dedah pernah terima ancaman bunuh
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendedahkan bahawa beliau pernah mendapat ancaman bunuh semasa mengendalikan kes-kes membabitkan tokoh-tokoh dan personaliti tertentu.
![Caprice dedah terima lebih 60 ancaman bunuh: 'I have been under 24/7 security' Caprice dedah terima lebih 60 ancaman bunuh: 'I have been under 24/7 security'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-08/71566296738_TBCAPRICE.jpg)
Caprice dedah terima lebih 60 ancaman bunuh: 'I have been under 24/7 security'
PENYANYI rap Caprice mendedahkan telah menerima lebih 60 ugutan bunuh dalam masa dua bulan kebelakangan ini.
![Gojek: Pengguna punya pilihan lain - Dr Mahathir Gojek: Pengguna punya pilihan lain - Dr Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71566385310_TBGOJEKjpg.jpg)
Gojek: Pengguna punya pilihan lain - Dr Mahathir
Pengguna mempunyai pilihan pengangkutan awam lain jika berpendapat perkhidmatan teksi motosikal seperti Gojek tidak selamat, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Remaja Saudi mohon perlindungan suaka hapus akaun Twitter selepas ancaman bunuh Remaja Saudi mohon perlindungan suaka hapus akaun Twitter selepas ancaman bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/81547200475_Rahaf.jpg)
Remaja Saudi mohon perlindungan suaka hapus akaun Twitter selepas ancaman bunuh
Rahaf Mohammed al-Qunun, 18, tiba di Thailand pada Sabtu dan pada awalnya kemasukannya dinafikan.
![Terima ancaman bunuh, Salman Khan dikawal ketat pihak polis Terima ancaman bunuh, Salman Khan dikawal ketat pihak polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/51515477613_salman.jpg)
Terima ancaman bunuh, Salman Khan dikawal ketat pihak polis
Bishnoi telah ditahan reman dan dihadapkan ke mahkamah selepas mengeluarkan kenyataan dia akan membunuh Salman Khan di Jodhpur, India.