KUALA LUMPUR: Kertas siasatan membabitkan penceramah bebas yang disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya, hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata kertas siasatan itu dirujuk untuk penelitian sebelum menunggu arahan lanjut daripada pihak pendakwaan.
"Kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk semakan dan kami tunggu arahan seterusnya," katanya kepada Bernama hari ini.
Pada 28 Julai lepas, Azmi dilaporkan berkata lelaki berusia lingkungan 30-an itu diserahkan kepada Kontinjen Perak selepas tempoh remannya tamat pada 27 Julai bagi siasatan kes di Kuala Lumpur.
Media sebelum ini melaporkan penceramah bebas itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 4.50 petang pada 18 Julai lepas dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Berdasarkan siasatan awal, perkenalan antara suspek dan remaja bawah umur itu dipercayai bermula apabila mangsa menghubungi lelaki terbabit di media sosial bagi bertanyakan masalah agama sebelum hubungan terjalin sejak Mei tahun lepas.
Setakat ini terdapat empat laporan polis membabitkan individu itu iaitu dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 02 2022
Setakat ini terdapat empat laporan polis membabitkan penceramah bebas berusia lingkungan 30-an itu, dua di Selangor dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
Jenayah perang di Gaza: OIC sambut baik waran tangkap ICC terhadap pegawai Israel
OIC sifatkan waran itu "langkah penting ke arah menamatkan 'kekebalan daripada hukuman' yang dinikmati pegawai Israel selama beberapa dekad."
Malaysia sedia perkukuh komuniti ASEAN - Mohamad
Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Curi barang kemas: Polis serah kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara
Rusdi berkata pihaknya juga mencadangkan pertuduhan terhadap suspek di mahkamah dan buat masa ini suspek masih bertugas.
Polis KL tawar 50 peratus diskaun saman bermula esok hingga Sabtu
ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kaunter akan dibuka di Balai Polis Tun H S Lee dan orang ramai boleh mengambil peluang membuat semakan serta pembayaran saman secara bebas tunai.
Hotel terbiar jadi sarang pelacuran diserbu
Polis menyerbu sebuah hotel terbiar yang terkenal dengan aktiviti pelacuran dan menahan 10 wanita warga asing dalam Op Noda malam tadi.
Ada kecederaan pada empat pelajar tahfiz, dipercayai melarikan diri - Polis
Rusdi berkata, tempoh kecederaan itu dipercayai berlaku semasa mereka berada di pusat tahfiz itu, namun perkara tersebut masih dalam siasatan.
Tanah jerlus Masjid India: IWK akan buka semua injap pintu saluran kumbahan - Polis
Ia bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang terjatuh akibat tanah jerlus di Masjid India.
Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan
Mohd Zamzuri berkata sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang sambutan Hari Pahlawan berlangsung.
Op Hormat Undang-Undang Jalan Raya: 9,427 saman dikeluarkan sejak Selasa
Dalam operasi sama, sebanyak 25 individu ditahan manakala dua kenderaan disita.
25 ditahan dalam operasi bersepadu Polis Kuala Lumpur
Operasi berkenaan melibatkan 12 pegawai dan 147 anggota polis, bermula 10 malam Sabtu dan berakhir 7 pagi Ahad.
Penganjur WMMY 2024 hanya hantar satu notis bukan empat - Polis KL
Polis hanya menerima satu notis perhimpunan daripada Jawatankuasa Penganjur Women's March Malaysia (WMMY) 2024 dan bukan empat seperti yang didakwa.
Op Selamat 21: 821 kemalangan direkodkan di Kuala Lumpur, Putrajaya
Sebanyak 821 kemalangan dengan tiga kematian direkodkan di ibu negara dan Putrajaya sepanjang pelaksanaan Op Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina 2024 bermula 8 Feb lepas hingga semalam.