KUALA LUMPUR: Polis hanya menerima satu notis perhimpunan daripada Jawatankuasa Penganjur Women's March Malaysia (WMMY) 2024 dan bukan empat seperti yang didakwa, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata notis pertama yang diterima pada Jumaat lepas bagaimanapun telah diserahkan kembali kerana penganjur tidak memenuhi 14 syarat seperti yang dituntut dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
"Penganjur hanya dapat memenuhi sembilan syarat yang diperlukan dan mereka telah memadam baki syarat yang tidak dapat dipenuhi, notis berkenaan kami (polis) serah kembali kepada penganjur untuk mereka lengkapkan semua syarat yang diperlukan dan berdasarkan notis baharu yang diterima semalam, ia masih belum dipenuhi," katanya kepada pemberita selepas majlis serahan kelengkapan sekolah kepada murid darjah satu Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penganjur WMMY 2024 telah berusaha memohon kebenaran untuk mengadakan perhimpunan itu selama empat kali dan pihak polis enggan menerima notis perhimpunan yang diserahkan.
Mengulas lanjut, Allaudeen berkata walaupun penganjur tidak dapat memenuhi semua syarat seperti yang dituntut mengikut undang-undang, pihaknya tetap mengambil maklum mengenai himpunan berkenaan dan akan menempatkan anggota yang mencukupi bagi memastikan keselamatan peserta perhimpunan dan orang awam.
Dalam pada itu, Allaudeen berkata notis perhimpunan ialah dokumen undang-undang dan ia tidak boleh dipinda atau dipadam sesuka hati seperti yang dilakukan oleh penganjur WMMY.
Beliau berkata pihaknya menghormati hak orang ramai untuk melakukan perhimpunan, bagaimanapun ia perlu mengambil kira aspek ketenteraman awam dan keselamatan nasional.
Diminta mengulas mengenai himpunan #Reformasi100peratus, Allaudeen berkata sebanyak enam individu telah dirakam keterangan dan pihaknya akan mengambil keterangan tiga individu lagi.
"Kita akan lengkapkan kertas siasatan pada minggu ini sebelum diserahkan kepada Peguam Negara," katanya.
Ditanya mengenai kejadian pecah masuk rumah seorang usahawan wanita di Padang Balang, Sentul Ahad lepas yang melibatkan kerugian RM3.5 juta, Allaudeen berkata pihaknya turut akan mengambil keterangan ahli keluarga usahawan berkenaan.
Katanya, pihak polis kini menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti suspek yang terbabit.
"Kes masih baharu, kita akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut untuk dapatkan siapa yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024

Polis hanya menerima satu notis perhimpunan daripada Jawatankuasa Penganjur Women's March Malaysia (WMMY) 2024 dan bukan empat seperti yang didakwa, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penganjur WMMY 2024 hanya hantar satu notis bukan empat - Polis KL
Polis hanya menerima satu notis perhimpunan daripada Jawatankuasa Penganjur Women's March Malaysia (WMMY) 2024 dan bukan empat seperti yang didakwa.