PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyediakan kertas putih berhubung reformasi sistem kesihatan negara untuk dibentangkan di Parlimen, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.
"Dokumen ini dibangunkan dan akan dibentang di Parlimen tidak lama lagi agar segala saranan serta reformasi kesihatan yang dirancang kalis masa depan.
"Ini bermakna segala saranan dan reformasi kasihatan akan tetap dilaksanakan tidak kira siapa yang menerajui kementerian ini pada masa depan," katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KKM 2021 di sini hari ini.
Dengan adanya kertas putih itu, Khairy berharap perkhidmatan KKM kepada pelanggan, skop tugasan dan kebajikan warga KKM dapat ditambah baik.
Beliau berkata kertas putih yang dibangunkan setelah dicadangkan pada 15 Jan lepas diharap mendapat sokongan bipartisan apabila dibentangkan di Parlimen nanti.
Menyentuh peranan warga KKM di semua kemudahan kesihatan kerajaan, Khairy berkata selaras dengan slogan 'Kami Sedia Membantu', semua pihak perlu menjalankan tugas sebaik mungkin serta bersedia untuk berhadapan dengan perubahan persekitaran.
"Kita (warga KKM) tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian. Jangkaan pelanggan (rakyat) terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi dan kita perlu melaksanakan pembaharuan berterusan agar memenuhi permintaan dan harapan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022

Khairy ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2021 Kementerian Kesihatan di kementeriannya hari ini. - Foto BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Khairy cadang kertas putih KKM, reformasi sistem kesihatan negara
Perkara itu telah disuarakan kepada Bahagian Perancangan KKM untuk dibentangkan di Parlimen bagi mendapatkan sokongan bipartisan, sama ada wakil rakyat daripada kerajaan ataupun daripada pembangkang.