Kertas dasar mengenai Rahmatan Lil Alamin sudah siap tetapi belum dibentangkan kepada Kabinet, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
"Sebelum kertas dasar itu dibentangkan kepada Kabinet, biasanya ia perlu 14 hari untuk kementerian membuat komen.
"Kita jangka kertas itu akan dibentangkan kepada Kabinet pertengahan bulan ini dan apabila sudah 'endorse' maka ia sudah jadi dasar rasmi," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.
Terdahulu, beliau menghadiri sesi 'Dialog Menteri: Rahmatan Lil Alamin' bersama pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini dan meluangkan masa hampir tiga jam beramah mesra serta menjawab soalan daripada pelajar.
Sementara itu, Mujahid berkata setakat ini beliau telah menyampaikan penerangan mengenai dasar pentadbiran Islam baharu negara Rahmatan Lil Alamin kepada sembilan pusat pengajian tinggi termasuk USIM melalui program jelajah kampus dan maklum balas yang diterima adalah sangat positif.
"Kita berharap untuk mengadakan majlis penerangan ini kepada 10 lagi universiti tahun ini di mana akhirnya kita hendak membentuk Majlis Perundingan Mahasiswa Rahmat (MPMR).
"Kita telah menghubungi Kementerian Pendidikan dan mereka menyokong penubuhan MPMR sebab kita akan membantu membina kepimpinan di kalangan pelajar menerusi idea baharu ini dan kita mengharapkan mereka akan membawa gagasan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 02 2019

Mujahid menyampaikan ucapan dan menjawab soalan mahasiswa pada program Jelajah Kampus Rahmatan Lil Alamin di USIM malam tadi. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Lingkaran tengah utama belum dibuka untuk Aidilfitri - Nanta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Apple disaman kerana iklan untuk Siri didakwa membohongi pengguna
Apple disaman oleh firma guaman Clarkson Law, iaitu firma yang sama menyaman Google dan OpenAI atas isu pembangunan teknologi AI masing-masing sebelum ini.

Polis siasat video tular pacuan empat roda himpit Myvi
Kemalangan berlaku ketika Ford Ranger menghimpit Perodua Myvi di selekoh jalan.

Jefri komited guna pengalaman majukan sukan negara
Ketua Pengarah MSN yang baharu Jefri Ngadirin komited menggunakan pengalaman sedia ada bagi memajukan sukan negara.

Catatan kembara seni Slam, Exists bersatu di pentas
Konsert Slam X Exists - Our Journey pada Julai depan bakal bawa pencinta dua kumpulan itu merentasi dan mengimbas nostalgia silam.

Yahoo jual TechCrunch kepada firma pelaburan
TechCrunch telah diasaskan sekitar 2005 yang lepas, dan pada tahun ini ia berusia sekitar 20 tahun.

Kenakan hukuman lebih berat terhadap pemandu cuai, melulu - Lee
Hukuman lebih berat terhadap mereka yang memandu secara melulu dan cuai perlu dilaksana bagi mengurangkan jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di musim perayaan.
Legenda tinju George Foreman meninggal dunia pada usia 76
George Foreman, juara heavyweight dua kali dan ikon sukan Amerika, meninggal dunia pada usia 76 tahun selepas perjalanan hidup penuh inspirasi dalam dan luar gelanggang.
Kak Cik Yah raih populariti, video masakan bersahaja, cuit hati
Kak Cik Yah yang semakin popular di TikTok menerusi video masakan bersahajanya dan mencuit hati rakyat Malaysia menyifatkan tumpuan yang diterimanya ketika ini sebagai rezeki Ramadan.
Lingkaran tengah utama belum dibuka untuk Aidilfitri - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) akan dibuka dalam masa terdekat.

Kertas dasar Rahmatan Lil Alamin sudah siap - Mujahid
Setakat ini, beliau telah menyampaikan penerangan mengenai dasar pentadbiran Islam baharu negara Rahmatan Lil Alamin kepada sembilan pusat pengajian tinggi melalui program jelajah kampus.