Susulan degradasi kualiti alam sekitar pada kadar yang membimbangkan di negara ini, pencinta alam sekitar mengalu-alukan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membanteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam isu alam sekitar.
Pakar alam sekitar dan salah seorang pengasas Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Afandi Ahmad berkata langkah tersebut adalah satu permulaan baik untuk sesuatu yang lebih besar dan terdapat banyak aspek yang boleh diberi perhatian.
"Kami berterima kasih kepada SPRM kerana berbincang dengan pakar dan pencinta alam sekitar dan badan bukan kerajaan (NGO) bagaimana menangani rasuah melibatkan alam semulajadi," katanya kepada Bernama ketika mengulas penubuhan Kokus Perlindungan Alam Sekitar dan Antirasuah (EPACC) di sini pada Rabu.
Beliau berkata perubahan besar perlu dilakukan untuk menghentikan alam sekitar daripada digunakan sebagai 'lombong emas' kepada pihak-pihak tertentu.
"Terdapat banyak kelemahan sekarang. Sebagai permulaan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar perlu lebih tegas dan telus berhubung Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
"Memang EIA perlu melalui banyak peringkat kelulusan tetapi malangnya ia boleh 'dibeli'. Justeru, suatu pembaharuan menyeluruh diperlukan dalam sistem kelulusan laporan EIA," katanya.
Menurut Eko-Manifesto 2013 yang ditandatangani oleh 23 NGO, kesemua telah bersetuju untuk mengisytiharkan 'Eko-Kecemasan Nasional Mengenai Kemusnahan dan Degradasi Hutan'.
Menurut manifesto itu, kehilangan kawasan hutan semulajadi boleh disabitkan dengan aktiviti pembalakan komersil dan pembangunan ladang hutan mono-kultur serta perladangan tanaman tunai khususnya kelapa sawit.
Pembangunan ekonomi menerusi aktiviti yang tidak sihat telah menyumbangan kepada peningkatan trend tidak mampan, sekali gus mengancam ekosistem hutam di negara ini.
Statistik Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menunjukkan jumlah kawasan berhutan di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 5,901,389 hektar pada 2006 dan jumlah itu menurun kepada 5,784,870 hektar pada 2015.
Ia menunjukkan kadar dua peratus penyahhutanan atau kemerosotan jumlah kawasan berhutan sebanyak 116,516 hektar dalam tempoh 10 tahun.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ketika dihubungi Bernama, mengalu-alukan jalinan rangkaian kerjasama strategik antara SPRM dan badan pencinta alam sekitar bagi membanteras rasuah dalam isu berkaitan alam sekitar.
Sambil menegaskan kementeriannya sentiasa memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam menyiasat kes rasuah membabitkan agensi dan jabatan di bawah kementerian itu, katanya, kerjasama itu dipertingkatkan dengan penubuhan Unit Integriti peringkat kementerian dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 15 Feb 2014.
Dalam perkembangan berkaitan, Wan Junaidi berkata adalah tidak mungkin untuk pencinta alam sekitar menjadi sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan kerana Akta Perhutanan Negara 1984 menyatakan hanya pegawai perhutanan yang diwartakan sahaja boleh menguatkuasakan peruntukan undang-undang akta tersebut.
"Bagaimanapun, dalam menggubal dasar, kerajaan mungkin mempelawa pakar dan pencinta alam sekitar untuk memberi input bagi meningkatkan kualiti urus tadbir menerusi pelbagai kerjasama strategik antara kedua-dua pihak," katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, yang mempengrusikan mesyuarat dengan kumpulan alam sekiar dan pihak universiti pada awal bulan ini, menegaskan bahawa sudah tiba masa untuk memberi lebih banyak tumpuan kepada isu-isu degradasi kualiti alam sekitar termasuk rasuah dalam isu alam sekitar.
"Langkah ini bagi membanteras dan menghentikan pembalakan tidak berlesen dan pemusnahan alam sekitar yang menyebabkan banjir kilat dan hakisan tanah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 19 2017
![Kerjasama semua pihak dalam banteras rasuah alam sekitar Kerjasama semua pihak dalam banteras rasuah alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81451985227_hutanmalaysia.jpg)
Menurut manifesto itu, kehilangan kawasan hutan semulajadi boleh disabitkan dengan aktiviti pembalakan komersil dan pembangunan ladang hutan mono-kultur serta perladangan tanaman tunai khususnya kelapa sawit. - Gambar hiasan
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
![Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719568128_GunungMerapiPulau.jpg)
Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB
Bencana itu terutamanya letusan gunung berapi dipengaruhi faktor seperti pertumbuhan penduduk, pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim.
![Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719471668_GunungSantubong.jpg)
Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong
Penganjuran RWMF 2024 oleh Sarawak Tourism Board (STB) pada hujung minggu ini membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.
![Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718962279_AnwarIbrahim.jpg)
Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berkepentingan agar terbabit aktif dalam mencapai masa depan mampan.
![Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717663033_parkirStadiumTuank.jpg)
Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.
![Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717567538_ProfDrAhmadIsma.jpg)
Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar
Kesedaran awal mampu membantu melahirkan masyarakat yang lebih cakna berkenaan alam sekitar sebaik sahaja mereka memasuki alam pekerjaan.
![Tanah kita, masa depan kita Tanah kita, masa depan kita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717550736_HariAlamSekitar.jpg)
Tanah kita, masa depan kita
Kita tidak mampu mengubah masa lalu, tetapi kita boleh menanam semula hutan, memulihkan sumber air dan menyuburkan semula tanah - untuk masa depan.
![Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717286955_FadillahYusof.jpg)
Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah
Fadillah berkata penerapan ESG semakin mendapat perhatian daripada kedua-dua perniagaan dan pelabur.
![Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715763295_TBAnwarIbrahim.jpg)
Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis
Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
![Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713794355_helmyhajamydin.jpg)
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
![Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71712823709_tbKatiravanSubaraya.jpg)
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.