KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, sama ada seiring jajaran politik atau tidak, perlu diperkukuh demi kepentingan rakyat keseluruhannya.
Beliau berkata Kerajaan Perpaduan yang dibentuk ketika ini mempunyai makna lebih besar dalam memacu kemajuan dan pembangunan negara, justeru, perbezaan politik perlu diketepikan kerana ia hanya akan menimbul ketidakstabilan seperti yang berlaku pada penggal sebelumnya.
"Kerajaan Perpaduan yang telah dibentuk, malah negara Malaysia MADANI yang kita sama-sama dukung harus diberi keutamaan, yang penting soal kemajmukan rakyat di negara ini.
"Kini, kita sama-sama bentuk kerajaan di bawah kepimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dukungan 19 parti yang berbeza," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata Kerajaan Perpaduan yang ada harus diperkukuhkan dengan pelbagai polemik politik ditamatkan dan isu-isu baharu tidak ditimbulkan.
"Ini untuk membentuk (Malaysia) menjadi sebuah negara yang stabil politiknya dan pertumbuhan ekonominya semakin rancak kerana kita mahu pelaburan masuk. Pertumbuhan ekonomi (negara) perlu diberikan keutamaan kerana yang penting adalah kesejahteraan rakyat, bukan lagi masalah politik.
"Kerajaan yang ada sekarang ini adalah kerajaan stabil dengan 148 Ahli Parlimen yang mendukung," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 04 2023
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, sama ada seiring jajaran politik atau tidak, perlu diperkukuh demi kepentingan rakyat keseluruhannya. - BERNAMA
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
Kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan perlu diperkukuh tanpa mengira jajaran politik
Ahmad Zahid berkata jalinan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, perlu diperkukuh demi kepentingan rakyat keseluruhannya.