PUTRAJAYA: Penglibatan atau kerjasama bersepadu pelbagai agensi dan penggiat industri francais adalah diperlukan bagi merancakkan semula momentum industri tersebut dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut perdana menteri, bagi mencapai sasaran itu, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM10 juta kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk meneruskan pelaksanaan Program Pengukuhan Francais Bagi Meningkatkan Eksport (EFDP).
Beliau berkata, ini bagi melatih perniagaan francais tempatan dalam aspek pengurusan dan amalan francais antarabangsa, padanan perniagaan serta misi perdagangan selain berkaitan bayaran balik kos eksport.
"Kerajaan juga kekal komited untuk menyokong pertumbuhan industri francais menerusi pelbagai inisiatif di bawah KPDNHEP," katanya ketika melancarkan Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia (FIM) 2021 secara maya, hari ini.
FIM merupakan satu-satunya pameran francais berskala besar yang diiktiraf oleh Majlis Francais Dunia (WFC) dan Persekutuan Francais Asia Pasifik (APFC).
Acara yang diadakan dalam format digital pada tahun lepas bagi mematuhi ketetapan norma baharu susulan pandemik COVID-19, turut diteruskan dengan konsep sama tahun ini.
Selain itu, Ismail Sabri yang menyifatkan industri francais sebagai sesuatu yang dekat di hati beliau kerana pernah menerajui KPDNHEP, berkata industri tersebut telah mencatatkan jualan yang mencecah RM13.3 bilion pada 2019 dan kira-kira RM5.2 bilion pada 2020.
Pada 2019, industri francais telah menyediakan lebih daripada 80,000 pekerjaan dengan anggaran sumbangan upah sebanyak RM1.4 bilion.
"Kita positif bahawa angka jualan pada akhir tahun ini akan mencecah RM13 bilion dengan mengambil kira daripada kekuatan industri ini walaupun dalam keadaan pandemik," katanya.
Ismail Sabri berkata usaha di bawah Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik juga dijangka membuahkan hasil menjelang akhir tahun ini apabila kalangan francaisi terbabit memulakan perniagaan masing-masing.
"Sejak 1994, jenama Francais Malaysia telah mempamerkan daya tahan mereka dalam mengharungi cabaran ekonomi global dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Hasilnya, semakin banyak francais kita yang telah menarik minat pasaran antarabangsa yang lebih luas," katanya.
Beliau berkata sebanyak 391 outlet baharu francais Malaysia telah dibuka di seluruh dunia menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 dari 2016 hingga 2020.
"Pemfrancaisan telah berkembang menjadi kekuatan yang signifikan bagi mendorong pengantarabangsaan perniagaan dan nilai yang lebih tinggi daripada urus niaga ini telah memanfaatkan komuniti perniagaan di peringkat antarabangsa," katanya.
Ismail Sabri berkata Malaysia sentiasa mengamalkan dasar pro-francais dan mengalu-alukan francaisor di seluruh dunia untuk menjalankan perniagaan di negara ini seiring dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab francais di ASEAN.
"Kita yakin pertumbuhan perniagaan francais yang memberangsangkan ini akan dapat membantu memakmurkan dan memanfaatkan negara, usahawan, pengguna, ahli perbankan, perkhidmatan sokongan dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya," katanya.
Perdana menteri berkata pelbagai program yang menyasarkan usahawan muda untuk mendapat akses yang adil terhadap sumber terbabit juga telah dilaksanakan melalui geran yang ditawarkan kerajaan menerusi Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik tersebut.
Di bawah program ini, pemilik perniagaan baharu ditawarkan dengan geran sepadan manakala geran penuh ditawarkan kepada pemilik francais untuk mengembangkan lebih banyak peluang perniagaan.
Dalam pada itu, perdana menteri turut mengajak komuniti pemfrancaisan asing untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penubuhan kemudahan pusat bagi rantau Asia Tenggara serta bertindak memperkenalkan perniagaan mereka di serata negara-negara Asia Timur.
"Anda akan mendapati Malaysia yang bersandarkan persekitaran bagi pengupayaan perniagaan dan kerajaan pro-perniagaan adalah pilihan cemerlang bagi pelaburan anda," katanya.
Mengulas acara FIM 2021, Ismail Sabri berharap perjumpaan tahunan itu berupaya menarik kehadiran seramai 15,000 pengunjung serta dapat menjana potensi pelaburan bernilai kira-kira RM200 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 14 2021
![Kerjasama bersepadu diperlukan bagi pacu semula industri francais - PM Ismail Sabri Kerjasama bersepadu diperlukan bagi pacu semula industri francais - PM Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633851951_DatukSeriIsmailSa.jpg)
Perdana Menteri menyifatkan industri francais sebagai sesuatu yang dekat di hati beliau kerana pernah menerajui KPDNHEP. - Gambar fail
![Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718249777_KesZaynRayyan.jpg)
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
![Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721222558_abdullahsaidol.jpg)
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
![Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024 Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721220717_LimHuiYing.jpg)
Dewan Rakyat lulus RUU Kastam (Pindaan) 2024
Rang Undang-Undang itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga dikemukakan Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
![Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715585827_TBJohariAbdul.jpg)
Ahli Parlimen wajib jalani pemeriksaan kesihatan sebelum 11 Nov
Semua Ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692615151_gold.jpg)
Emas capai tahap harga tertinggi baharu, cecah AS$2,487.25 seauns
Harga emas mencapai tahap tertinggi baharu sebanyak US$2,487.25 seauns pada Rabu, menurut data dagangan.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
![PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690800163_IsmailSabri.jpg)
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
![Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668767184_TBISMAILSABRI.jpg)
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
![Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668752236_TBISMAILSABRI.jpg)
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
![Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81669110155_TBISMAILSABRI.jpg)
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
![Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668420650_IsmailSabriYaakob.jpg)
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
![PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669017618_IsmailSabri.jpg)
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
![MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668748485_Dutchcourt.jpg)
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
![PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41668420650_IsmailSabriYaakob.jpg)
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
![Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61668659758_TBIsmailSabri.jpg)
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
![PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71666866453_MajlisAmanatJelaja.jpg)
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.