IPOH: Kerja-kerja pembinaan palang atau pengadang bagi keselamatan pengunjung di kawasan Kinta Riverwalk di sini akan selesai sepenuhnya pada Julai depan.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya kini sudah memberi fokus kepada aspek pencahayaan dan melantik kontraktor bagi pemasangan palang di kawasan berkenaan.
Ia berikutan insiden seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai di Amusement Park, Kinta Riverwalk baru-baru ini.
"Sekarang ini dalam kajian kejuruteraan kita (MBI). Yang pertama kita sudah luluskan RM200,000 untuk meningkatkan pencahayaan.
"Saya harap dalam masa terdekat kita boleh lantik kontraktor, bahagian kejuruteraan MBI sedang buat satu kertas sebut harga untuk lantik kontraktor.
"Kalau lampu di kawasan itu rasanya sudah siap, palang pula inshaAllah dalam masa sebulan kita boleh lantik kontraktor. Siap sepenuhnya jika tiada aral dalam bulan Julai (pasang palang)," katanya lagi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan Ipoh Car Free Nite@ Hari Tanpa Kereta Bulan Mei 2022, di sini pada Sabtu malam.
Rumaizi berkata aktiviti perniagaan di kawasan terbabit masih berjalan seperti biasa, bagaimanapun katanya sebarang program yang berkaitan di Amusement Park dihentikan buat sementara waktu.
Dalam pada itu, beliau berkata insiden yang berlaku baru-baru ini merupakan salah satu cabaran bagi MBI dan juga pengusaha yang dilantik.
Ketika ditanya sama ada insiden itu memberi tamparan hebat atau menjejaskan reputasi kawasan tumpuan pelancong berkenaan, beliau berpendapat ia menjadi salah satu pengalaman serta pengajaran buat semua pihak.
"Ia cabaran sebab saya kata kita masih baru nak terlibat secara agresif dalam bidang ini. Biasalah bila sesuatu nak bermula, pasti ada cabaran.
"Bagi saya kita tidak boleh menyerah kalah, kita akan cuba perbaiki dengan lebih baik di masa hadapan," katanya mengulas lanjut.
Sebelum ini media melaporkan, kerajaan negeri akan meningkatkan ciri keselamatan kawasan operasi permainan bermotor di Amusement Park, Kinta Riverwalk susulan insiden seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi dipetik berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan MBI bagi mengetatkan peraturan keselamatan di kawasan terbabit.
Dalam pada itu, sebelum ini Rumaizi berkata MBI melantik syarikat berkaitan bagi menjalankan aktiviti permainan kanak-kanak di Kinta Riverwalk mulai 1 Januari tahun ini dengan menetapkan garis panduan keselamatan untuk beroperasi.
Aida Aziz
Sat May 28 2022

Datuk Rumaizi Baharin berkata pihaknya kini sudah memberi fokus kepada aspek pencahayaan dan melantik kontraktor bagi pemasangan palang di kawasan berkenaan. - Foto ihsan MBI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kerja bina pengadang di Kinta Riverwalk selesai Julai depan - Datuk Bandar
Insiden kanak-kanak jatuh sungai: Kerja bina pengadang di Kinta Riverwalk selesai Julai depan- Datuk Bandar