KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 kereta ditunda manakala 15 motosikal diangkut selepas kenderaan terbabit menghalang lalu lintas selain diletakkan di laluan awam serta di kawasan tidak dibenarkan.
Penguatkuasaan tersebut dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi tindakan khas terhadap kesalahan lalu lintas yang dijalankan di Jalan Ampang dan Jalan Bukit Bintang.
Pihak berkuasa tempatan itu berkata, sebanyak 67 notis kompaun turut dikeluarkan dalam operasi terbabit mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, operasi dijalankan berikutan DBKL menerima aduan awam terdapat kenderaan diletakkan di kawasan yang menghalang kelancaran lalu lintas selain menggunakan laluan pejalan kaki serta laluan orang kelainan upaya (OKU).
"Kenderaan terbabit dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang sebagai tempat penyimpanan sementara untuk proses dokumentasi serta tuntutan," katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi kenyataan sama, DBKL mengingatkan pengguna jalan raya dan pemilik premis untuk mematuhi peraturan dan isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan.
Ujarnya, pengguna perlu memastikan kenderaan (motosikal/kereta) diletakkan di tempat sepatutnya tanpa menghalang dan menggangu pejalan kaki atau kelancaran lalu lintas. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 27 2023

Penguatkuasaan tersebut dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi tindakan khas terhadap kesalahan lalu lintas yang dijalankan di Jalan Ampang dan Jalan Bukit Bintang. - Gambar/ Sinar Harian
Geng parang rompak hab penghantaran barang
Sekumpulan penjenayah bersenjata parang rompak syarikat hub penghantaran barangan dan melarikan wang tunai RM46,000.
Guan Eng pertahan jawatan, tolak spekulasi tarik diri
Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng menafikan spekulasi bahawa beliau akan menarik diri daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti yang berlangsung pada Ahad.

Kes bunuh warga emas: Polis rakam keterangan enam individu
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya kini giat mengenal pasti suspek dan motif selain senjata yang digunakan dalam kejadian itu.
AWANI Ringkas: Permit masuk warga asing
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tahan sakit lebih 3 jam kepala tertusuk besi
Mangsa dalam keadaan sedar dan stabil, tetapi masih memerlukan pembedahan susulan untuk mengeluarkan baki batang besi.

Amerika Syarikat lancar misi ke ISS, bawa pulang dua angkasawan
Kapal angkasa itu berlepas menggunakan roket SpaceX Falcon 9 dari Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 7.03 malam waktu Timur, menurut siaran langsung NASA.

Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal lonjakkan ekonomi, pelancongan
Projek itu akan dibangunkan di Victoria Harbour Beach, tapak pasar basah lama di pusat bandar Labuan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.

Lelaki maut digilis lori, dilanggar beberapa kenderaan ketika hujan lebat
Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah lori yang datang dari arah sama.

Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di Bangkok
Pasukan penyelamat segera dikerahkan untuk menyelamatkan mangsa, termasuk yang terperangkap di atas kren.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.

Dua anggota DBKL dicederakan penjaja tidak berlesen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan dua anggota penguat kuasanya cedera ketika menjalankan tugas pemantauan di Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Benteng.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.

Caj tapak Bazar Ramadan DBKL serendah RM500
Caj bagi setiap tapak Bazar Ramadan yang dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikenakan serendah RM500 sahaja.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

KPDN rampas 5,500 barangan tiruan bernilai RM360,000 di Petaling Street
KPDN merampas 6,500 unit barangan yang disyaki tiruan bernilai RM360,000 daripada 20 premis di sekitar Jalan Petaling di sini hari ini.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Projek DBKL: 'Saya doakan Allah lembutkan hati pemfitnah itu' - Afdlin Shauki
Afdlin zahir rasa syukur selepas SPRM sahkan tiada elemen jenayah atas dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah DBKL.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.