Sebuah kereta mewah jenis BMW 520i musnah dalam kebakaran di Kilometer 60.4 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara dekat Pendang, pada petang Jumaat.
Dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, mangsa yang juga wanita berusia 42 tahun yang memandu kereta itu menyedari kereta tersebut mempunyai masalah apabila ternampak asap di bahagian depan kereta itu.
Berikutan itu, mangsa memberhentikan kenderaan itu di tepi jalan dan keluar dari kenderaan sebelum menghubungi bomba.
Bagaimanapun, wanita itu bernasib baik apabila sejurus keluar dari kereta, api terus merebak dengan pantas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.57 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohamad Farid Abdullah tiba di lokasi jam 4.04 petang.
Setibanya di lokasi didapati kereta BMW itu sedang terbakar namun hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa dilaporkan berada dalam kereta itu.
Kemusnahan dalam kebakaran itu dianggarkan sebanyak 90 peratus.
Mohamadul Ehsan berkata, operasi disertai enam anggota dan sebuah jentera dari BBP Pendang.
Beliau berkata, operasi dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pendang dan Kota Sarang Semut.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13 Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024] Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman - Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini - Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman - Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta #AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza. Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak. Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Bin Zayed tarik diri projek Langkasuka: Sanusi bidas pihak salahkan kerajaan negeri Muhammad Sanusi membidas pihak-pihak yang mengaitkan keputusan Bin Zayed International LLC menarik diri daripada projek Langkasuka di Langkawi dengan kegagalan kerajaan negeri.
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Kedah henti perbincangan jual 100 peratus saham dengan Mahsuri Medical Centre KDA FC memaklumkan bahawa kelab itu telah membuat keputusan untuk menghentikan perbincangan penjualaan 100 peratus saham mereka dengan Mahsuri Medical Centre.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat sedikit malam ini Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga berbanding 1,157 orang daripada 347 keluarga petang tadi.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa di PPS meningkat kepada 463 Pertambahan itu berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga di dua PPS di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap, setakat jam 6 petang semalam.
Satu PPS baharu dibuka, mangsa banjir di Kedah meningkat Air Sungai Laka di Kampung Padang Pasir, Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap dan Sungai Perik di Kampung Perik, melebihi paras bahaya.
Mangsa banjir di Kedah menurun, masih ramai di PPS kerana banjir termenung Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit penurunan kepada 6,593 orang membabitkan 2,116 keluarga setakat jam 12 tengah hari Selasa berbanding 6,804 mangsa jam 11 pagi tadi.