IPOH: Kerenah birokrasi serta kelemahan sistem perkhidmatan agensi terlibat, menyebabkan projek dan program penambahbaikan berkaitan kebajikan golongan miskin tegar dan B40 di Perak terbantut, selain mengalami kelewatan sehingga bertahun lamanya.
Sewaktu sesi perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tampil mempersoalkan masalah yang timbul hingga menyebabkan projek seperti rumah mampu milik tidak dimulakan walaupun telah mendapat kelulusan.
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) berkata beliau terkilan kerana usaha membasmi kemiskinan tegar merupakan satu dasar yang baik, namun pelaksanaan melibatkan agensi terlibat seperti tidak dipedulikan.
"Ada kes di kawasan saya, rumah sebuah keluarga ini hampir roboh dan runtuh, saya telah majukan kepada kerajaan serta mendapat kelulusan tetapi pembinaannya masih tiada bayang.
"Kepada pihak bertanggungjawab, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan kerana kita sudah ada dasar yang baik tapi pelaksanaannya diambil mudah. Ia memberi kesan kepada kerajaan yang mentadbir hingga merosakkan imej serta persepsi tidak baik," katanya ketika membahaskan Usul Menyembah Ucapan Tahniah Serta Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Sultan Perak.
Senada dengan beliau, Jamilah Zakaria (BN-Trong) yang menyifatkan masalah penyampaian dan perkhidmatan tidak efisien ini menyebabkan timbul persepsi bahawa wakil rakyat hanya bekerja sewaktu menjelang pilihan raya umum (PRU) sahaja, walhal kerenah birokrasi melambatkan permohonan berkaitan isu rakyat.
"Rakyat tanya bila nak siap (projek pembangunan). Adakah perlu tunggu PRU baru ingin mula? Masalah berlaku di pihak pentadbiran, ia patut dibincangkan. Birokrasi tidak masuk akal sampai bertahun lamanya, jadi patut cari jalan penyelesaian dan urus masalah ini hingga selesai. Orang kampung ingat kami tidak buat kerja," katanya.
Teoh Yee Chern (DAP-Astaka) turut berkongsi pengalaman beliau ketika ke sebuah pejabat daerah dan tanah untuk menghantar permohonan tetapi disambut dengan suasana sepi kerana dimaklumkan kebanyakan petugas telah keluar atau tiada walaupun bukan waktu rehat.
Turut bangun mencelah, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim (BEBAS-Titi Serong) yang mahukan bahagian sumber manusia mengisi kekosongan jawatan penting seperti penolong pegawai daerah dengan segera supaya tidak mengganggu kelancaran pelaksanaan program pembangunan rakyat.
"Exco telah luluskan beberapa permohonan, tetapi pejabat daerah dan tanah ambil masa sampai enam bulan untuk melaksanakan kelulusan dengan alasan pegawai terpaksa memangku tugas. Ini menyusahkan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022

Zambry terkilan kerana usaha membasmi kemiskinan tegar merupakan satu dasar yang baik, namun pelaksanaan melibatkan agensi terlibat seperti tidak dipedulikan. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Prosedur permohonan TOL: Mohon dulu baru teroka - Saarani
Saarani berkata adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang individu meneroka tanah milik kerajaan tanpa kebenaran.

405,300 liter diesel bersubsidi dirampas di Perak
Sejumlah 405,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM871,395 telah dirampas di Perak dari 2023 hingga Mei tahun ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Program kopi dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Perak, sokong usahawan tempatan
Katanya, sambutan yang diterima Karnival Cherita Secangkir Kopi begitu menggalakkan, di samping berjaya menghimpunkan lebih 40 usahawan kopi.

DUN Perak lulus RUU Wasiat Orang Islam 2023
Dewan Undangan Negeri Perak hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Wasiat Orang Islam (Perak) 2023.

Perak umum bonus untuk ADUN
Kerajaan Perak pada Khamis mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan gaji kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.

2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco
Daerah tertinggi mencatatkan perumahan tidak terjual adalah Kinta (1,065), diikuti Manjung (498) dan Kampar (328).

Perak wujud pasukan petugas audit penubuhan taska di tempat kerja
Ia menyasarkan semua pejabat kerajaan seluruh negeri meliputi pejabat daerah dan tanah, majlis daerah, perbadanan, IPT dan hospital.

Jumlah KIR miskin tegar di Perak menurun 51 peratus - MB
Saarani berkata, jumlah tersebut merangkumi 4,819 orang berbanding 9,402 KIR miskin tegar pada Januari lalu.

Lima maut kemalangan kuari bagi tempoh tahun lepas sehingga Sept tahun ini - Saarani
Saarani berkata pengoperasian sesuatu kuari memerlukan Surat Kelulusan Skim Pengkuarian (SKSK) yang akan dikeluarkan JMG Perak.

Perak umum Belanjawan 2024 bernilai RM1.35 bilion
Belanjawan Negeri Perak 2024 melibatkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM491 juta dan perbelanjaan mengurus RM856 juta.