Ramai rakyat negara ini yang tidak sedar bahawa terlalu kerap menonton video lucah atau bahan pornografi boleh menyumbang kepada masalah disfungsi erektil (ED) atau mati pucuk.
Pakar Sakit Tuan, Dr Mohd Ismail Mohd Tambi berkata kajian mendapati terdapat peningkatan dalam jumlah lelaki Malaysia yang tidak dapat melakukan hubungan intim dengan pasangan mereka akibat kerap menonton bahan lucah.
“Mereka yang menonton pornografi ini pada kebiasaannya akan terangsang sehingga satu tahap dan kemudian akan hilang rasa sensasi sehingga akhirnya akan mengalami kelesuan seksual,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama Astro AWANI.
Dr Mohd Ismail berkata terdapat banyak salah faham berkenaan bahan pornografi terutamanya di kalangan mereka yang tinggal di luar bandar.
“Ada pesakit saya dari Terengganu dan Kelantan yang memberitahu saya bahawa mereka menonton pornografi sebagai satu cara untuk mengubati masalah mati pucuk mereka.
"Mereka ini akhirnya sedar pornografi itulah yang mengakibatkan masalah mereka lebih buruk,” katanya.
Turut membimbangkan, ialah peningkatan dalam angka orang muda dan mereka yang berusia pertengahan umur yang mengalami masalah mati pucuk yang dikaitkan dengan tabiat menonton atau membaca bahan pornografi.
Portal video Pornhub pada tahun 2014 melaporkan, rakyat Malaysia dari Kuala Terengganu merupakan mereka yang paling banyak menonton pornografi di laman itu.
Ini diikuti oleh Kuala Lumpur dan Kota Bharu.
Sementara itu, majalah TIME awal tahun ini melaporkan bahawa 46 peratus kaum lelaki dan 16 peratus wanita mempunyai kecenderungan menonton bahan pornografi dalam seminggu.
Majalah itu turut melaporkan bahawa 5 peratus lelaki mengalami masalah mati pucuk pada usia 40 tahun pada tahun 1992. Angka itu meningkat ke 26 peratus pada tahun 2013.
Satu kajian di Switzerland pula melaporkan pada tahun 2012, satu pertiga lelaki berusia 18 hingga 25 tahunmengalami masalah mati pucuk.
Selain daripada masalah kesihatan yang lain, pornografi turut dikatakan antara penyebab masalah mati pucuk.
Suganthi Suparmaniam
Sat Aug 13 2016
Dr Mohd Ismail Mohd Tambi berkata mereka yang menonton pornografi ini biasanya akan terangsang sehingga satu tahap dan kemudian akan hilang rasa sensasi sehingga akhirnya akan mengalami kelesuan seksual. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tunggakan bil elektrik cecah RM1.01 bilion - Akmal Nasir
Jumlah akaun dan tunggakan bil elektrik yang terlibat dalam proses pemotongan bekalan terus meningkat.
[KOLUMNIS] Belanjawan 2025 merealisasi agenda ‘Reformasi’ kebajikan veteran tentera
Ini adalah kali pertama tuntutan para veteran ini diselesaikan kerajaan selepas berjuang menuntut pelarasan ini sejak sekian lama.
Adik Zaliha Mustafa meninggal dunia
Adik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, Shamsiah binti Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan Zaliha, menerusi semua platform media sosial rasmi beliau.
Pekerja Islam berdepan diskriminasi solat Jumaat diminta buat aduan - Exco
Pekerja beragama Islam yang berdepan isu diskriminasi untuk menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan tahun depan diminta membuat aduan.
Lebih 2,000 alumni bakal sertai Malam Alumni UM 2024
Aktiviti ini dijangka memberi motivasi kepada pelajar baharu dan alumni muda untuk terus mencipta kejayaan dalam bidang masing-masing.
MediaTek lancar cip Dimensity 8350
Ia dihasilkan menggunakan teknologi 4nm, hadir dengan empat teras CPU Cortex-A715, empat teras CPU Cortex-A510, GPU Mali-G615 MC6, dan NPU 780.
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Sidang Parlimen: Pembinaan LCS siap akhir tahun, ikut jadual kontrak
Fasa akhir pembinaan kapal Littoral Combat Ship (LCS) pertama dijadualkan siap akhir tahun ini dan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dalam kontrak.
'Kita perlukan pasukan penembak dron' - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia memerlukan pasukan penembak dron bagi mengatasi masalah penyeludupan dadah dalam negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerap tonton video lucah antara penyebab mati pucuk - Pakar sakit tuan
Ramai rakyat Malaysia yang tidak sedar bahawa terlalu banyak menonton pornografi boleh menyebabkan mati pucuk.
Remaja Malaysia kini lebih terbuka soal seks berbanding generasi terdahulu
Nampaknya, remaja Malaysia hari ini lebih terbuka dalam soal seks dan masalah kesihatan seks berbanding generasi terdahulu.