Seorang kerani akaun kerugian RM120,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa lelaki itu mempunyai kes jenayah serta tidak hadir perbicaraan kes di mahkamah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata lelaki berusia 39 tahun itu menerima panggilan telefon ketika berada di tempat kerjanya di sini minggu lepas, kononnya daripada pihak mahkamah yang meminta dia hadir untuk perbicaraan kes.
"Panggilan mangsa kemudiannya disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Sarjan Ang dan memaklumkan mangsa mempunyai kes pengubahan wang haram dan tidak hadir perbicaraan kes itu di mahkamah.
"Sarjan itu memberitahu mangsa yang kesnya masih dalam siasatan dan meminta tidak memaklumkan kepada sesiapa memandangkan mangsa adalah 'suspek' dalam kes itu serta meminta mangsa memberi kerjasama," katanya di sini hari ini.
Katanya berikutan panik dan takut, mangsa tanpa berfikir panjang terus membuat pemindahan wang daripada akaun simpanan miliknya ke akaun bank yang diberikan lelaki mengaku sebagai polis seperti diarahkan suspek berkenaan.
Noorzainy berkata mangsa juga melakukan lima transaksi pemindahan wang ke dalam empat akaun bank berlainan dalam tempoh satu minggu yang membabitkan jumlah keseluruhan RM120,000.
"Malah, mangsa mendakwa bertindak demikian apabila dimaklumkan bahawa kesemua wangnya untuk tujuan siasatan dan akan dipindahkan kepada Juruaudit Negara. Mangsa akhirnya menyedari dia ditipu selepas gagal menghubungi lelaki mengaku sebagai polis sebelum membuat laporan polis semalam," katanya.
Beliau berkata modus operandi yang digunakan suspek sama seperti kes lain yang berlaku di seluruh negara, namun masih ada individu yang ditipu dan terperdaya.
"Sehubungan itu, polis menasihati orang ramai supaya tidak mudah panik apabila menerima panggilan telefon seperti ini sebaliknya menghubungi polis atau pihak berkuasa untuk pengesahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 13 2018
![Kerani akaun rugi RM120,000 ditipu sindiket Macau Scam Kerani akaun rugi RM120,000 ditipu sindiket Macau Scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41541489648_scamgeneric.jpg)
Modus operandi yang digunakan suspek sama seperti kes lain yang berlaku di seluruh negara, namun masih ada individu yang ditipu dan terperdaya.
Penari MSS teruja sambut ketibaan kontinjen SUKMA 2024
Kehangatan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mula dirasai di pintu masuk wilayah itu apabila suasana balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) bergema dengan alunan seribu rentak.
Fokus pengantarabangsaan produk tempatan ke 4 negara - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagi tujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia, empat negara menjadi fokus pada tahun ini iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan
Jenazah Muhammad Nidza selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Puncak Alam, Kuala Selangor.
Kematian Nidza Afham tiada unsur jenayah, kes diklasifikasikan SDR
Bedah siasat yang dijalankan ke atas Muhammad Nidza Afham Mokhtar tidak menemukan sebarang unsur jenayah.
AWANI Borneo [15/08/2024] – Jaga integrity | Persaingan sihat | SUKMA 2024
Tumpuan Awani Borneo 15 Ogos 2024 bersama Nickyson Nyambar;
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
1. Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
2. KPDN pelawa pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
3. SUKMA 2024: Premier bakal umum insentif untuk atlet Sarawak berjaya raih pingat
[TERKINI] Belasungkawa: Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan
Ikuti siaran perjalanan terakhir jenazah Allahyarham Nidza Afham di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, Selangor.
SUKMA 2024: Kesemua venue bagi 488 acara sedia digunakan
Kerja penaiktarafan tiga lokasi iaitu padang memanah, gelanggang hoki serta trek bmx yang belum siap sepenuhnya tidak menjejaskan pelaksanaan acara sukan berkenaan kerana ia hanya melibatkan fasiliti tandas yang diganti menggunakan tandas mudah alih, selain landskap trek.
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
Mengambil contoh harga ayam di Lotus’s Malaysia, Armizan berkata rangkaian pasar raya itu konsisten menawarkan harga berpatutan serendah RM6.99 sekilogram berbanding harga ayam yang tinggi di wilayah tersebut.
Hajiji ingatkan pegawai daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji berkata beliau telah menerima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah, termasuk ada antara mereka melengah-lengahkan urusan yang mempunyai kepentingan untuk rakyat.
STB Sabah mahu kembalikan kegemilangan Sandakan
Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi libat urus bersama wakil-wakil rakyat dan pemain industri pelancongan Sandakan nagi mengembalikan populariti daerah itu dalam kalangan pelancong.
![Pegawai bank songlap RM2 juta dalam akaun pelanggan Pegawai bank songlap RM2 juta dalam akaun pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720768601_pegawaibank.jpg)
Pegawai bank songlap RM2 juta dalam akaun pelanggan
Satu kes kehilangan wang dari akaun bank melibatkan nilai kerugian melebihi RM2 juta dikesan berlaku di sebuah bank di Kuala Kangsar, Perak.
![Pelakon disiasat tumbuk teman wanita Pelakon disiasat tumbuk teman wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720417421_Tumbuk.jpg)
Pelakon disiasat tumbuk teman wanita
Seorang pelakon disiasat dipercayai menumbuk teman wanitanya di Ara Damansara, di sini pada Ahad.
![JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704365322_TBRamliMohamedYoosu.jpg)
JSJK rekod lebih 14,000 kes tipu pelaburan, babit kerugian RM1.34 bilion
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) merekodkan sebanyak 14,488 kes penipuan pelaburan bagi tempoh lima tahun dari 2019 hingga 2023, dengan nilai kerugian keseluruhan RM1.34 bilion.
![Parti politik termasuk pembangkang, boleh sewa dewan orang ramai - MB Perak Parti politik termasuk pembangkang, boleh sewa dewan orang ramai - MB Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41706798183_Pembangkang.jpg)
Parti politik termasuk pembangkang, boleh sewa dewan orang ramai - MB Perak
Kerajaan Perak membenarkan semua parti politik termasuk pembangkang untuk menggunakan dewan orang ramai melalui kaedah sewaan.
![Kes jenayah babitkan warga asing di Kelantan meningkat Kes jenayah babitkan warga asing di Kelantan meningkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705914105_TBpdrmjpg.jpg)
Kes jenayah babitkan warga asing di Kelantan meningkat
Sebanyak 153 kes jenayah melibatkan warga asing direkodkan di Kelantan sepanjang tahun lepas, meningkat berbanding 121 kes yang direkodkan pada tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhama
![Pengawal keselamatan dipenjara, pecah masuk mahkamah, curi wang Pengawal keselamatan dipenjara, pecah masuk mahkamah, curi wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695115423_TBcuriwang.jpg)
Pengawal keselamatan dipenjara, pecah masuk mahkamah, curi wang
Gara-gara pecah masuk bangunan mahkamah dan mencuri wang, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.
![Pesara wanita rugi RM3.839 juta jadi mangsa phone scam Pesara wanita rugi RM3.839 juta jadi mangsa phone scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692459760_HusseinOmarKhan.jpg)
Pesara wanita rugi RM3.839 juta jadi mangsa phone scam
Seorang wanita pesara syarikat swasta di Subang Jaya menanggung kerugian RM3.839 juta selepas menjadi mangsa sindiket 'phone scam'.
![Kes tembak: Lima lagi diberkas Kes tembak: Lima lagi diberkas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693634345_maut.jpg)
Kes tembak: Lima lagi diberkas
Lima lagi individu diberkas bagi membantu siasatan kes lelaki maut ditembak di hadapan sebuah kedai di di Jalan Hamzah Alang, Kapar di sini.
![Trump serah diri, ditahan di penjara Georgia Trump serah diri, ditahan di penjara Georgia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692926072_DonaldTrump.jpg)
Trump serah diri, ditahan di penjara Georgia
Trump dijangka akan dibawa ke Penjara Fulton County untuk menyerah diri atas lebih 12 pertuduhan jenayah.
![Komuniti Sibu puji tugas baik polis - Tiong King Sing Komuniti Sibu puji tugas baik polis - Tiong King Sing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71692395343_TiongKingSing.jpg)
Komuniti Sibu puji tugas baik polis - Tiong King Sing
Tiong berkata, komuniti amat berterima kasih dengan polis Sibu kerana telah meningkatkan keselamatan dan kemananan.