Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberi jaminan bahawa caj rawatan pergigian bagi pesakit kelas tiga dan pesakit luar termasuk di klinik-klinik kesihatan seluruh negara kekal.
Menegaskan dakwaan di media sosial kononnya caj rawatan pergigian untuk pesakit kelas tiga dan pesakit luar telah meningkat adalah tidak benar, beliau berkata orang ramai yang menjalani rawatan pergigian akan terus menikmati caj rendah pada kadar subsidi amat tinggi dibiayai kerajaan.
Pesakit, katanya, hanya perlu membayar RM2 untuk penskaleran dan penggilapan gigi, RM2 bagi caj tampalan gigi dan RM1 untuk mencabut gigi.
"Kerajaan sentiasa peka terhadap penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi pada kadar yang berpatutan kepada rakyat khususnya golongan miskin dan berpendapatan rendah," katanya dalam sidang media di kementeriannya di sini pada Isnin.
Dr Subramaniam menjelaskan semakan caj pergigian dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 hanya melibatkan pengurangan subsidi bagi pesakit kelas satu dan dua.
Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan perlu membiayai kadar subsidi yang tinggi ekoran peningkatan kos rawatan dan ubat pada setiap tahun.
"Seperti jumlah caj yang tercatat pada resit bayaran di hospital kerajaan, orang ramai tidak bayar kadar sebenar kerana telah disubsidikan atau perlu bayar bayaran yang sangat rendah dan ramai tidak tahu bahawa kerajaan yang menanggung segala kos itu," katanya.
Mengulas mengenai kes Rotavirus di Kedah, Dr Subramaniam berkata tiada penutupan kawasan rekreasi atau riadah ekoran penyakit kes itu namun menasihati orang ramai agar tidak melawat kawasan-kawasan terbabit.
"Kita sedang melakukan siasatan dan akan mengeluarkan keputusan dalam masa terdekat," katanya.
Kedah mencatatkan 11 kes terbaharu jangkitan virus Rotavirus melibatkan kanak-kanak dan remaja, menjadikan jumlah keseluruhan 18 kes jangkitan direkodkan di hospital di negeri itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2017
![Kerajan tegas caj rawatan pergigian pesakit kelas 3, pesakit luar kekal - Dr Subramaniam Kerajan tegas caj rawatan pergigian pesakit kelas 3, pesakit luar kekal - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479118418_Subramaniam.jpg)
SUBRAMANIAM: Caj rawatan pergigian bagi pesakit kelas tiga dan pesakit luar termasuk di klinik kekal. - Gambar fail
Rakyat Gaza harus diberi pilihan tinggalkan enklaf jika mahu- Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata bahawa rakyat Gaza harus diberi pilihan untuk meninggalkan enklaf itu, jika mereka mahu
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![Laporan autopsi tidak sebut Kim Chol mati akibat serangan jantung Laporan autopsi tidak sebut Kim Chol mati akibat serangan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81473665457_Subramaniam.jpg)
Laporan autopsi tidak sebut Kim Chol mati akibat serangan jantung
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengesahkan laporan autopsi yang dilakukan ke atas Kim Chol tidak menyebut beliau mati akibat serangan jantung.
![Tingkat kerjasama basmi leptospirosis - Dr Subramaniam Tingkat kerjasama basmi leptospirosis - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/81473665457_Subramaniam.jpg)
Tingkat kerjasama basmi leptospirosis - Dr Subramaniam
Kementerian Kesihatan akan meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan amalan kebersihan sentiasa dipatuhi untuk membasmi leptospirosis.
![Kerajan tegas caj rawatan pergigian pesakit kelas 3, pesakit luar kekal - Dr Subramaniam Kerajan tegas caj rawatan pergigian pesakit kelas 3, pesakit luar kekal - Dr Subramaniam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479118418_Subramaniam.jpg)
Kerajan tegas caj rawatan pergigian pesakit kelas 3, pesakit luar kekal - Dr Subramaniam
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberi jaminan bahawa caj rawatan pergigian bagi pesakit kelas tiga dan pesakit luar termasuk di klinik-klinik kesihatan seluruh negara kekal.
![Kerajaan peruntuk RM360j untuk latih pekerja mahir Kerajaan peruntuk RM360j untuk latih pekerja mahir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2012-12/71356232445_120x90.jpg)
Kerajaan peruntuk RM360j untuk latih pekerja mahir
Kerajaan mensasarkan 745,800 pekerja dapat dilatih bagi meningkatkan kemahiran dalam tempoh tiga tahun akan datang.